Monday 17 November 2014

Pregnancy Travelog - Mengidam vs Mengada

Assalamualaikum. 

Sejujurnya I tak ada mengidam pun sampai hari ni. Setakat rasa nak makan sekadar mengada tu ada. Bab makan tak ada mengidam tapi bab membeli mengidam macam-macam. Masa ni lah nak shopping macam-macam. Syaitan sangat tu.

Mengidam makan yang tak ketara teruknya..tapi I suka air warna merah. Untuk mengelakkan I minum air strawberry bergas tu..so alternative nya I tukar kepada air sirap. Padahal sebelum mengandung, bukannya peminat sirap pun. Jarang bebenor nak order air sirap sesaje kalau bukan telan masa kenduri rumah org je. Harap lah anak kuar muka pink-pink gitu hahahaha.

Bila dah gila air sirap ni, susu pulak tak boleh minum sangat. Pahit je mulut ni. Jadinya..I buat ais krim bandung guna susu kambing hehe..Sedap je makan. Sehari habis lah 2-3 batang.

Tu belum lagi I restock ais krim asam boi..tu lagi mengancam. Dapat pulak asam yang gila masin n masam tu, time hujan pun blh selamba makan. 

Pastu duk lah teringin ais krim kelapa. Ni kes orang duk pos kat fb lah ni. Jenuh lah hubs drive ke Jalan Alor kat Bukit Bintang tu. Kalau bukan sebab mengandung, mau dia balik saje-saje je. Jam kot tempat tu. Harap lah bini mengandung pastu buat muka sedih skit, terus pasrah hahaha.


I recommend ais krim (Sangkaya) ni sebab sedap dan I rasa lagi sedap dari Krabi Night Market. Rasa kelapa dan signature diorang letak dalam tempurung kelapa dan isi kelapa tu dia parut siap-siap. Pastu makan pulak kat tepi gerai tu..asal habis je topping (I ambik jagung je) slow-slow hulur sudu tambah topping hahahha..kate free kan..time ni hujan renyai...gigih betul g makan ais krim memalam buta. Sampai kul 10 lebih balik kul 10.30 mlm..sekejap je pun tapi punya gigih drive dr Seri Kembangan ke Bukit Bintang. Tu orang cakap...sayang bini, ikutkan je lah hahaha.


Pastu nak makan cendol. Dah selalu jugak makan yang dalam mangkuk plastik dan bekas plastik. Tapi rasa tak puas tu ada. Tak puas and mengada tu sama banyak kot. Saje nak manja-manja hahaha..tapi kan 2 minggu jugak I menyanyi kat telinga hubs cakap nak g kat belakang UNITEN sebab ada mamak jual cendol dalam mangkuk besi. Sekali semalam pergi, dah lah hujan renyai, boleh pulak mamak tu tak bukak gerai. Masa tu hubs dah pujuk konon nak balik Seremban ni, terus pekena Haji Shariff..tapi dia pun takat berani tak berani je nak janji bukak ke tak sebab selalu dia nak singgah biasa tutup. Harus rimas dengar bini nak makan cendol dalam mangkuk besi macamkan mangkuk tu boleh makan je hahaha.

Hari Ahad (semalam) memandangkan teringatkan bini dia ni nak makan sangat cendol, siap google cari no telefon kedai dan operation hours lagi..gigih lah dari Seremban 2 ke Seremban pekena cendol. Yang tang rojak pulak tak puas hati. Tak sesedap yang makan biasa. Boleh pulak hubs compare yang dekat masjid Bandar Sri Permaisuri n mamak kat sana punya lagi sedap. Ini mengundang padah namanya. Harus nanti I ajak dia pergi sana. Tak pun g rojak beratur kat Subang tu. Walaupun bagi I kat Subang tu kes ramai orang beratur je nampak sedap rojak tu. Kalau tak, biasa-biasa saje. Tapi kalau mengada tu datang, beratur pun beratur lah..asal rojak kan hahaha..ni kes dera laki.

Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

2 comments:

  1. ai pon tetibe suka air sirap jugak... huhu apekah? -__-
    cendol hj sharif tu dkt sgt dgn rumah i kat s2 height ni., for me cendol dia n rojak dia pon biasa2 jugak.. I rs sedap yg beratur subang /rojak kareem sec9. haha. Over kan bgtau u. supaya g carik ! let me guess. U baby Gurl eh? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tersama plak..I belum nampak laki or pompuan..dh nmpk ke u punye? Bapak mentua I duk rasah kemayan je..dkt sgt tu..nnt I blk lg jom jmpe laga2 perot hahaha

      Delete