Monday 12 January 2015

Pregnancy Travelog - Preparation For New Comer

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk 28 weeks hari jumaat minggu lepas. Sebenarnya dah tunggu lama nak makan NANASSSSSSS!!!. Tu je mengidamnya. Sebelum ni sip sekali je juice nanas kawan punya. Eventho sebelum ni ada pengalaman makan nanas bukan punca keguguran I tapi still kene berjaga-jaga. 

Ok..sehingga hari ni, eh..bukan sehingga hari ni sangat lah..sehingga akhir tahun lepas, barang-barang baby dan mummy dah 80% dah beli. Especially yang besar-besar dah settle awal. Beli mana yang patut je pun. Malas nak beli banyak-banyak since kita belum tahu anak kita macam mana kuar nanti. Lagipun tu semua nafsu mummy je lelebih, kan? hehehe..

Yang I dan beli dan mungkin ada sesetengah belum sampai lagi sebab beli kat Malaysia tapi I post ke rumah cousin di UK sebab bila compare harga plus shipping still wayyyyy cheaper than kat sini. So, kena rajin buat research.

Stroller

Ni yang I beli dulu kebetulan babyhouz ada sale Babyzen Yoyo. Beli yang newborn je dulu. Masa ni pun awal pregnancy lagi, so we chose black color pack saje. No pink no blue..color safe sangat. Tak apa, color pack boleh tukar. 

Babyhouz offer for combination newborn + 6 month+ hanya RM1999.00 masa tu tapi color pack hitam untuk 6 month + tak ada...end up, beli newborn je dlu. Yang 6 month+ i beli lain di UK. 

Bila combine both purchase, murah dari babyhouz offer. A good bargain I guess hehehe.

Abah dah berapa kali tunjuk gambar mima xari..dia tak cakap dia nak sponser tp anak dia boleh sense kot..I cakap no no no..tak nak yang bulky. Nak beli 1 je stroller yang senang untuk travel sebab kitorang plan nak g travel with or without baby..janji stroller mesti travel friendly dulu. No bulky stroller, please! hehe

Baby cot + Bedding Set

Beli yang simple je kat Baby Palace IoI City Mall..tu pun sebab dah habis survey masa g expo kat Midvalley hari tu. Balik ke Baby Palace jugak sebab murah RM100. Tak perlu mahal-mahal sebab belum tentu baby nak tido dalam cot. Tapi yang ni memang kene train dari kecik ni. No tido atas katil dengan mummy daddy..tido sendiri ye. 

Harapnya jangan lah daddy dia malam-malam g angkat anak dia tido tengah..ada yang kene denda berjaga malam kang=p

Clothes

Kebetulan parents ke US meeting sambil jejalan, jadi carters kat sana sangat lah murah. They got rompers around US1 - US10 je..murah yang amat. Bila rasa kain carters yang jual dekat malaysia, memang jauh beza lah. Jadi suh mak pilih yang unisex je sebab tak sure baby boy or girl lagi. 

Ada certain rompers especially yang tido malam, I beli kat mothercare or pumpkin patch UK. Since mothercare kat sini walau sale, still mahal (bagi I). At least I jimat berganda.

Breast Pump

Pilihan pertama dah akhir, Medela freestyle. Memang dapat good reviews cuma kita kena invest sikit lah. Niat di hati memang nak exclusive breastfeed.

Tommee Tippee Closer To Nature Complete Stater Kit


Ni beli dari amazon.uk since masa ni ada offer GBP15 untuk each purchase of GBP80 keatas. So apa lagi..grap lah selagi boleh. I dapat ni murah berganda dari orang jual di Malaysia yang cheapest around RM480. Yang lain almost RM700 pun ada. 

Senang beli complete set sebab semua dah ada. Tak payah fikir mana nak beli steamer, nak beli sterilizer, botol lagi..jadi senang, sekali harung dan sekali jalan je blh slash terus dari list.

Health Kit

Yang ni senang sebab ada semua jugak. Tak payah fikir sikat lah, kepit kuku lah..semua lengkap. Tak payah banyak keje nak g mencari dah memilih.

Drying Rack

Munchkin drying rack ni kat sini around RM109. Gila bapak mahal. Nyaris I cancel je nak beli. Tapi amazon tetap jual murah hahahaha..Apa lagi..rembat lah seketul.

Muslin Square (Kain Lampin)


Tak beli banyak pun. Beli dalam 10 helai gitu je. Ni pun macam serba guna. Tak semestinya nak bedung dia. Nak lap muntah dia pun boleh. Jadi baik jugak kalau ada.

Nursing Pillow

Yang ni DIY dan guna kekabu yang sedia ada. Hari tu kan buat maternity pillow jadi beli lebih sebab nak buat nursing pillow dan set tilam kekabu baby. Jimat berganda kalau buat sendiri. Just beli kain dah rajin menjahit je. Almost 2 bulan tak bukak mesin tapi sekali bukak, better siapkan mana yang belum siap hehe..

Pattern? Tengok kat google dan lukis hentam keromo asal nampak bentuk hehehe

Maternity Pillow


Ni lah bende 1st I buat masa tahu pregnant. Puas hati tido dapat peluk bantal ni. FYI, bantal ni setinggi I yang tak berapa nak tinggi ni. Buat sebelah je sebab bila 2 belah macam ambik space besar sangat. So I decide buat sebelah je. Kalau nak mengiring belah kiri, pusing ke belah kiri. Jadi ada lagi space untuk cuddle dgn hubs since I tido tak boleh tak pegang dia. Pegang sipi2 pun tak apa hehe.

Set Tilam Kekabu

Pun DIY. Yang sarung dalam untuk letak kekabu dah siap. Tinggal nak sumbat kekabu dan buat sarung luar je. InsyaAllah akan complete soon.

Miscellaneous

Barang yang kecik-kecik macam minyak yuyi, lotion, sabun basuh baju baby, bath tub etc, beli kat sini je. Yang kecik-kecik je belum beli. InsyaAllah by 8 month boleh complete semua dah. Tak ada dah barang besar-besar nak beli. Tunggu nak basuh dah install je. 

Car seat dan baby carrier, tu boleh tunggu lepas bersalin. Masa pantang pun boleh beli. Memula target car seat britax first year sbb boleh guna until 4 years, harga pun way cheaper dari sini, tapi tu kemudian lah. Kang kalau rasa perlu..beli je kat uk dan cousin post kan or sweet cherry pun not bad..murah dan nampak ok jugak.

Baby carrier still confuse lagi. Tak apa, stroller ada dah kalau xnak ada baby carrier pun.

Set pantang bersalin pun dah survey cuma tinggal nak beli je. Hopefully within 3 months sebelum baby pop up, semuanya goes smoothly and well.

Ada lagi few things yang tak penting pun beli hahaha..nafsu mummy memang melebih. Tu pun duk pujuk hati jangan beli nuna leaf..membazir membazir.




SILA KATAKAN YANG NUNA LEAF NI MEMBAZIR...PLEASE!!! HEHEHE


Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

7 comments:

  1. Hehehe.. Tu la kadang2 nafsu je kan membeli benda bukan-bukan..

    I pon tengah list kan betul2 checklist baby..

    Kalau ikotkan hati, smua nya nak beli.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..nafsu mak 90%, bapak 10% je hehehe..I pun tgk list org jugak..kadang kalau x penting I x mskkan dlm list I pun..

      Delete
  2. uii ku berkenan mima ! tp lps dah g mamours ioi tu & try sendiiri nak fold etc. Cancel ! dah la bulky. berat gak. klu i keluar berdua je.. mau sejam aku bukak tutup benda tu. hahaha so tgh pikir lg stroller apa. Tgh pikir Nuna Pepp. sbb ku pon terfikir bab travel. Wahhhhh dah pikir nak travel .kahkah.

    btw memang rasa mahal kan beli brg kat sini?

    Nuna tu toksah ! haha. membazir T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ms g mamours ms baru bukak kat ioi..diorg siap nk bg offer 20% lagi kalau jadi nak mima xari n nuna leaf..tp aku xnk lah sbb dh beli babyzen n rasa mcm membazir pulak nuna leaf tu. Jadinya..cancel semua..mima tu mmg cantik tp aku rs mima tu lg besar Dr aku hahaha

      Aku suka babyzen sbb bila fold sng n ringan..the only stroller yg cabin size. Kalau x ambik babyzen..aku maybe pilih maclaren saje sbb lipat payung.

      Delete
  3. Baby cot mmg beli yang mcm dlm gambar tu ke?? Wahh..cantik. Bape harga kt baby palace? Hari tu jln2 kt ioi city mall, x masuk plak dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama dlm gmbr pun.yg dlm gmbr tu mahai n berat.beli yg biasa je 😜

      Delete
    2. Rm699 untuk katil, tilam and bedding set..complete semua dh kt situ.

      Delete