Tuesday 17 March 2015

Pregnancy Travelog - Braxton Hicks?

Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal last week hari Jumaat dan weekend hari tu. 

Hari Jumaat hari tu tetengah jalan nak pergi lunch, ada rasa contraction dekat ari-ari. Jalan 10 langkah, rasa sakit kat ari-ari. Risau jugak masa tu. Kang terberanak tengah berjalan kang satu hal pulak. Dah lah sorang masa tu. Kawan tunggu kat kedai makan je sebab sebelum tu I nak beli barang sikit dan g bank. Nasib sekejap je jadi..lepas makan dah ok.

Maybe tu tanda uterus mengecut or Brixton Hicks.

Pastu nak dijadikan cerita..hari Sabtu malam masa nak tido, baby tetibe mengeras. Mengeras yang amat keras sampai sakit pinggang tapi tak tahu nak describe sakit macam mana dan kat mana.

Bende tu jadi lepas hubs letak olive oil dekat perut. Padahal tetiap malam lepas masuk 8 bulan ni, tu lah rutin hubs sebelum tido. Memang akan letak minyak. Bukan urut pun. Sapu macam biasa. 

Tapi ni jadi lepas je letak minyak. Masa tu baring tak kene, mengiring kanan tak selesa, mengiring kiri rasa lenguh. Hubs tanya sakit mana, tak tahu nak jawab sebab rasa semua lah sakit kecuali bahagian pinggang ke bawah. Ari-ari ok je..tak rasa sakit apa. Masa tu dah agak, ni mesti bukan kes nak bersalin sebab tak rasa sakit kat ari-ari. Ni mesti kes baby mengeras je ni.

Lama jugak lah. Dari kul 12 malam sampai 4 pagi. Tapi kul 3 pagi tu, dah habis ikhtiar...hubs kate, cuba lah minum air zam-zam dan makan kurma sikit. Kot ok lepas tu. Masa nak suap tu..suh hubs hold dulu sebab rasa nak muntah. Elok je habis cakap, muntah lah. Ingatkan sikit tapiiiii...habis atas baju, atas katil lagi..tak sempat berlari g toilet, kat lantai lagi..masuk toilet belum apa-apa dah sembur 1 toilet. Ni lah muntah yang paling teruk pernah jadi dalam hidup. Serius tak pernah macam ni. Dah lah dinner makan butter prawns byk gila siap ratah butter tu. So imagine lah macam mana berminyaknya lantai yang kene muntah tu. 

Kesian kat hubs, dia lah yang bersihkan semua sampai loya tak boleh nak bercakap. Masa tu hilang sikit sakit sebab dah melepek dalam bilik air. Dah tak boleh nak bangun masa tu. Disebabkan kesian kat hubs dah lah tak boleh tdo, kene bersih muntah pulak..I pun tolong lah basuh bilik air. Berminyak sangat. Hubs pun tukar cadar, sembur febreze kat tilam, basuh lap kaki semua lah. I basuh baju tido pun dah rasa..oi loya nya.

Lepas dari kul 4 tu, minum air zam-zam sikit, pastu try baring. Masa ni dah tukar bilik dah sebab bilik tido dah bau masam. So tido bilik tetamu. Hubs pun baring-baring je sebelah. Bila dia rasa I dah tido, baru dia tido. Tu pun dekat kul 5. Dia tahu I tido pun sebab dia kate I mengeruh. Penat sangat sampai macam tu.

Esok baru ganti tido. I je lah yang tido. Hubs buat laundry, mop lantai lagi skali, basuh toilet balik, vacuum, basuh kain siap. I..tido je dari pagi sampai petang. Bangun sekejap nak makan. Tu pun alas perut bukan sebab I lapar tapi sebab tak nak baby kat dalam lapar. Dah kenyang baru lah dia tak kacau I tido. Kalau tak kene tendang je nanti.

Yang I boleh cakap, pengalaman baby mengeras tu memang sakit dan tak selesa yang amat. Sampai sekarang kalau baby mengeras terus trauma takut jadi lagi. Kalau dia nak kuar dah tak kisah. Ni rasanya dia macam seronok lagi kat dalam tu.

Bila I google, berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Lepas dari malam tu, I boleh tido malam mcm biasa. Still lena cuma bangun g toilet sekali or dua kali dan kadang-kadang bangun kuatkan kipas. Panas woo. Kalau bukak aircond pun, 17 degree tu tak pakai selimut pun. Ntah kulit apa pun tak tahu hahaha.

Khamis ni last check up. Hopefully semua ok dan tak kene tahan lagi hehe.
Thanks for reading=)

Love,
Nurul

2 comments:

  1. Hi awak. Kite pun penah kne sekali braxton hicks kuat cmtu. Masa tu lg dua minggu nk bersalin. Dr kul 1 pg sampai 6 pg. Mmg risau.sakit plak tu. Skang dah 9 ari bersalin. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..alamak..kita pun xlama lah ni.takutnya.terus rs nervous..

      Congrats dear..kiss hug to the baby;)

      Delete