Wednesday 1 July 2015

Labour Story

Assalamualaikum.

Lama dah peram labour story..hari ni baru ada masa nak tulis selepas 2.5 bulan. Lantak lah..bukan ada yang baca pun hehe

19 March 2015

Masa ni dah 39 weeks. Last check up dengan Dr. Azmi di Hospital Putrajaya. Masa tu tak ada tanda-tanda nak bersalin pun. Sikit pun tak ada. Lagi kuat berjalan ada lah. Memang tak duduk diam. Ye lah..kat office jalan nak ke toilet blh tahan jauh. Lagi lah tengah memboyot ni, asyik nak terkencing je kan.

1st soalan yang Dr. Azmi tanya masa jumpa tu..apa yang I takut kalau overdue,

"I takut czer Dr"
"ooo..bukan takut anak berak"

hehe..masa tu I takut czer sebab kawan I baru je czer sebab dah overdue 6 hari dan anak dah berak. So I nak avoid dari czer and anak berak masa dalam perut. I takut jadi apa-apa kat baby. 

So Dr. suggest 40 weeks 3 days kalau x bersalin jugak, masuk wad malam tu..next day Dr. akan induce. I on saje. Tak kisah lah orang cerita yang induce ni sakit ke apa..tapi I taknak czer and anak berak. I takut bende yang tak elok jadi. 

6 April 2015

Kul 2pm I register nak masuk wad tapi wad penuh. So, I kene tunggu nurse call bila katil dah available. So that I boleh check in masuk hari ni. Ingat nak rehat-rehat dulu sebelum esok pagi-pagi dah kene induce kan tapi tak ada rezeki pulak. So I balik dulu. Lepas asar I call balik hospital, wad still tak available. So apa lagi, I merayap kat IoI City Mall. Boleh pulak masa tu last minute nak tengok wayang tapi sekali pergi, penuh orang beratur. So, cancel je lah. Berhenti makan ice cream buskin n robin pulak..last ice cream sebelum berpantang katanya.

Bila dah petang sikit, Dr. Azmi personally whatsapp kata bed dah available. Dah boleh masuk sekarang. So, I apa lagi..excited lah. Excited campur berdebar masa ni. Excited sebab nak jumpa baby, berdebar sebab takut sakit.

Bila check in je kat executive ward, I dapat bilik yang share 2 katil. I pun siap-siap mandi n solat, sebab lepas tu nak buat CTG dan nurse datang tanya menu apa nak makan untuk esok hari. So, kul 12malam hubs orang katil sebelah datang. Since then, mula lah macam-macam masalah datang. Masa ni hubs I teman tidur tapi tidur kat bawah je lah. Lapik dengan kain batik.

Masa nak tidur tu, I tak boleh tidur. Pusing kiri tak kene, pusing kanan tak kene. terlentang pun tak kene..semua tak kene lah..Hubs I pun macam tu sebab hubs orang sebelah berdengkur macam kapal api pecah. Serious kuat gila. Dah lah bilik sekangkang kera, tutup pintu pulak..boleh imagine tak macam mana sengsaranya I malam tu. Dah lah I jenis susah tidur merata-rata, bunyi bising n bukak lampu pun tak boleh..memang tak akan boleh tidur punya lah. Hubs I yang boleh tidur bila-bila dan dimana sahaja ni pun, malam tu tak boleh tidur.

Masa tu, I dah menangis dah ni. Ye lah..dah lewat kot. Nak tegur, sure lah tak menjadi punya sebab dengkur ni kan luar kawalan kita. So, hubs pergi tanya nurse kata nak balik. Memang lah tak boleh once dah check in. Last-last we decided tidur kat living room je. Thank God ada living room dekat wad tu. Kalau tak ada, I tak tahu nak buat apa dah. 

7 April 2015

Kat living room tu ada sofa 2 seater 2 bijik. So, I baring 1, hubs baring sebelah 1 lagi.Masa tu baru lah boleh lelap sekejap sebelum I bangun kul 4.50am sebab nak prepare kul 5am nak buat CTG lagi. 

Masa bangun pagi tu, I ingat I kencing sebab rasa ada air suam-suam keluar. bila tengok dekat panty, air putih and ada darah sikit keluar. Ni memang confirm ketuban dah pecah. Pastu bagitahu nurse, nurse bagi pad pakai..pastu buat CTG.

Masa buat CTG, si budak kecik ni pulak tidur. Jenuh lah nurse kejut nak monitor condition dia ok ke tak. Susah betul budak ni nak bangun, Ye lah, dia kalau malam memang tak kacau. Siang je dia aktif.

Bila semua dah ok. Start rasa sakit sikit-sikit. Jarang-jarang sekali datang sakit tu. Then I pun sempat breakfast makan roti and omelet je. Tak terfikir pulak nak makan kenyang-kenyang. Ye lah masa tu dah mamai sebab tak cukup tidur. Tak boleh nak fikir apa dah. Focus rasa sakit tu je.

Pastu ada Dr. bertugas check jalan. Masa tu baru 2 cm. So, dia suruh I berjalan sekeliling wad untuk cepatkan bukaan. Jalan je lah dalam tu beberapa round. Asal datang contraction je, I stop pegang dinding sekejap. Bila dah lama sikit. Dr. Azmi datang lawat. Check bukaan, tanya nak epidural ke tak tapi dari awal I dah cakap kat Dr., jangan offer pun..I tak nak epidural. I tak nak apa-apa ubat. Nurse pulak cakap boleh ke I tahan ni..ambik je lah epidural semua bla bla bla. I memang tak nak pun. Masa tu dah 5 cm.

Bila dah rasa contraction kuat tu, asal datang je contraction, I cakap kat hubs..cyg, anak kita sorang je k. Sakit sangat ni hehe..tak nak bersalin dah.

Bila lunch, nak makan dah tak boleh. Nak berdiri pun rasa dah larat. Contraction datang setiap 2-5 minit. Bila check, masa tu dah 8cm. Rasa mengigil-gigil bila contraction tu. Tak boleh nak duduk, nak baring, terlentang..semua lah rasa tak kena. Just pratice tarik dan hembus nafas je.

Bila dah tak tahan sangat, nurse dah siap-siap katil nak tolak masuk labour room. Labour room dah ready. Masa tu around 4pm. Dah tak boleh nak cakap dah. Mulut asyik baca doa nabi Yunus tu je. Duk lah ulang doa tu. Sekali datang contraction, rasa nak menjerit je tapi tahan. Baca doa, berzikir semua.

Bila dah kat labour room, Dr. Azmi check dah 9cm. Dia cakap condition I and baby ok..so tunggu sampai 10cm. Masa tu rasa lamanya nak 10cm. Dr. boleh relex-relex lagi. Cakap sikit je lagi ni. Dia suh I sedut gas entonox. Sedut masa datang contraction. Tapi bagi I gas tu tak membantu sangat pun. Yang lagi ok, bernafas dengan betul je.

Bila dah kul 5pm mcm tu, bukaan dah 10cm, kepala baby pun macam dah nampak..Dr. prepare nak suh I push dah. Masa tu ada lah 3-4 orang nurse. Hubs kat sebelah Dr. suh pangku kat belakang untuk elak I angkat punggung dan terkoyak banyak. Dr. ajar macam mana nak push dengan betul jugak.

Bila dah ready, nurse tengok CTG and pegang perut..dia boleh agak bila contraction nak datang. So dia suh get ready. Bila dah push punya push...sampai hubs yang tolong kira bila nak ambil nafas n hembus tu..dia pun push sama hahha..punya lah dia berdebar dia akan pengsan bila tengok darah nanti. Dia pun kesian jugak tengok I sakit masa tu kan.

Bila sampai push yang last, I tak boleh nak tarik nafas dah. Nak muntah. Rasa tersekat kurma n air zam zam dekat dada. Nak curi ambik nafas lagi, Dr. cakap heart beat baby dah turun, so dia akan bantu I. So dia prepare nak vacuum baby. Bila I push je skali, dia terus zap gunting dan vacuum. Masa gunting tu rasa macam tergores pisau je. Tak lah sakit. Proses pun cepat je.

Keluar je baby kul 5.32pm, Masa baby tengah biru lagi, Dr. letak atas dada. Skin to skin dengan baby. Ya Allah, masa tu speechless. Macam tak percaya je dah keluar baby. Dr. gunting tali pusat semua, buat apa yang patut..nurse ambik baby nak bersihkan sebelum bagi balik.

Sementara tunggu baby, Dr. jahit bekas kena gunting tu. Tak banyak pun kene jahit..skit sangat. Boleh pulak tengah Dr. menjahit tu hubs boleh cakap kat Dr. dia nak anak 5, so ada 4 lagi coming. Amboiii..tak menyempat-nyempat. Bini baru je bersalin kot.

Bila nurse dah bawak baby yang dah bersih, hubs azan. Masa tu rasa sayu je. Dah lah hujan turun dengan lebat. Hujan rahmat kot.


Lepas dah azan, baby baring sebelah I..nurse suruh bagi susu. Masa tu picit macam ada keluar. Lepas je dah, baby pun tido. Tengah-tengah tido, tetiba baby menangis kuat. Menggelabah kejap. Tak tahu baby nak apa. Pujuk-pujuk tak jalan. Sekali nurse datang, dia tengok bedung tak ketat. Nurse betulkan..baru lah lepas tu ok. I mana nak tahu sebab bedung kan. Tak tahu pulak dia nak rasa ketat macam dalam perut lagi.

Nak check out dari labour room pun lama. Bayangkan everything dah selesai around 6pm, kul 9pm lebih baru Paed check kepala baby sebab vacuum kan. Masa tu dah lah I lapar gila. Nasib dapat makanan sementara tunggu tu.

Bila semua dah ok, baru nurse tolak masuk bilik. I pun bersiap-siap nak rehat dah. Hubs balik sebab dia pun penat dengan tak tidur n tak makan. Kesian jugak kan. So mak jaga malam tu. Malam tu pulak baby tak boleh tido sebab lendir tak habis sedut. Dia tak boleh tido sebab macam tersumbat. Mak lah pangku dia sepanjang malam. Pagi esok, tetiba dia muntah lendir..bagitahu nurse, nurse sedut balik. Memang banyak lagi tak keluar. Kesian baby susah nak bernafas.

Pagi tu bila hubs datang, tunggu Dr. Azmi datang check I ok ke tak, Paed datang check baby berak ok ke tak..tengahari boleh balik rumah dah.

Gigih mummy ambik gambar. Nak hire photographer tak mampu =p
 
 Hari ke-2

Mood pagi-pagi mostly bangun je senyum=)

 Iman Aqeel masa 2.5 bulan...next week dah cukup 3 bulan.

Thanks for reading=)

Love,
Nurul

4 comments:

  1. congratulation walaupaun da terlambat. :)

    ReplyDelete
  2. salam sis,
    Lame dah tggu sis update, baby kite geng, btw, happy mom moon ye, semoga Iman Aqeel menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ala..segan kita.ingat tak ada orang bace pun hehe..hopefully baby kita jadi anak yang soleh lagi beriman=)

      Delete