Friday, 15 July 2016

Aqeel's 2nd Raya - Terengganu

Assalamualaikum.

Lama tak bersiaran. Tup tup dah keluar entry raya hehe..bukan apa, bz lah sepanjang ramadhan dan sebelum-sebelum ni. Tak sempat nak jengah. 

Tahun ni turn balik Terengganu. Akak happy uolls. Sebab belah akak semua kecok-kecoh banyak aktiviti nak buat. Aktiviti makan saja dari pagi sampai ke malam. Sebelum raya lagi dah ada menu nak makan apa raya pertama sampai ketiga. Raya ke-4 dah ada kenduri dan balik ke KL.

Tahun ni pun mak relex..makanan dah tempah dekat tok sedara. Dia masak memang 1st class lah. Hubs akak cukup suka kalau dengar Mok Tie yang masak. Nak-nak gulai kambing. Dia punya tak sabar nak makan tu lain macam mengidam dia. 

Macam biasa raya pertama mesti nasik minyak + ayam merah + gulai daging + acar nanas. Raya ke-2 nasik dagang ikan aye (ikan tongkol). Raya ke-3 bakar sate (sendiri) + kuah kacang + nasik impit..tengahari masak singgang pedas terengganu je sebab malam ada aqiqah anak cousin. Aqiqah kali ni lauk gulai kambing (sedap nak mati) + ayam masak merah + ikan goreng + ulam-ulam + nasik putih.

Amacam..meriah tak? hehe

Tahun ni pulak Aqeel dah boleh jalan. Jadi jahitkan dia baju melayu siap sampin. Tapi kain baju dia tak sama dengan kami sebab belikan dia kain cotton. Terengganu panas ting ting...so budak-budak baik pakaikan kain cotton saje. Boleh lah dia bertahan sampai tengahari.

Orang lain pg sembahyang raya..dia mengamuk cari-cari tak ada orang kat rumah..keluar masuk bilik tak ada orang gak..habis mood ke laut pagi ni. Umpan makan kuih kapit.
 Gambar bertiga yang paling berjenis (elok) sekali. Tu pun ce tengok mulut Aqeel...penuh cookies dalam mulut.

 Ingat boleh nak ambik gambar cantik-cantik kalau ada toki dia..memang tak lah..

 Cari kain cotton yang ada sikit-sikit color purple memang susah. 2 kali ulang pg sportlight..last2 beli yang black & white saje..lantak lah Aqeel..Asal ada sampin.

 Tahun ni raya salam toki ye..mummy pun kemain susah nak salam.

 Aktiviti petang raya ke-2..sebenarnya mummy yang nak mandi. Dah lama tak mandi laut. Aqeel mula-mula nak pijak pasir pun tak nak..nak masuk air lagi tak nak tp mummy tak kesah, nak tak nak ko masuk jugak dalam air..sudahnya suka sampai tak nak naik hehehe.

 Dia punya excited tengok batu dan ayam..toki bawak round motor..habis sekampung dia tegur ayam..duk huuuuhuuuu (konon bunyi ayam). Memang tak duk diam kalau ada ayam. Kesian budak bandar ni. Biasa tengok ayam goreng je hahaha.

Tu je lah serba sedikit aktiviti raya tahun ni. Sebenarnya tak puas lagi tapi apakan daya, nak kene balik kerja pulak. InsyaAllah akan balik lagi bulan 8 ni untuk aktiviti seterusnya hehe..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN!!

Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Wednesday, 11 May 2016

Aqeel's 1st Birthday

Assalamualaikum.

Lama sangat tak bukak blog ni..kesibukkan hal-hal harian dengan anak, hubs, house chores and business..sampai terlupa I ada blog hehe..

Ni nak cite Aqeel's 1st Birthday.

Celebrated secara kecil-kecilan je..panggil kawan sikit-sikit, selebihnya geng-geng Aqeel kat nursery. Tak larat lah nak buat besar-besaran. Kecik ni pun dah penat woii..

Kadang mummy dia terlebih ngada sebab nak ada gambar kononnya. Kenangan lah katakan. Bukan selalu. Dah janji dengan daddy dia yang buat setiap 5 tahun..yang ke 2 3 4 hantar je pergi nursery...settle.

We chose duck theme in yellow and blue. Rubber duck beli kat chow kit je. Murah pun murah. Nampak tak mummy so cheapskate hehehe...semua bende nak cut. Even yang pompom tu, sticker kat drinking water, baju pun diy.

The invitation card 
(kat bawah ada address tapi have to crop lah for security purposes)
 
 Ni dessert table yang simple-simple je.

 Birthday cake - duck theme (since Aqeel likes duck)
 
 Mango cheese cake in mini pot by me

 Tak nampak pulak baju yang mummy diy..

 
 Look, mummy yang too excited hehehe

 Tangan tak boleh duk diam...kan dah kene cake

 Penyambut tetamu..masa ticers, kawan-kawan Aqeel dah datang..dia memang bawak diri ke hulu ke hilir sendiri. Ni teman mummy samput tetamu


Menu pada hari kejadian:

Cake: Anies Bake House (choc cake with steamed cream)
Mini mango cheese cakes: sisters
Spaghetti bolognese and carbonara: me
Nasi kunyit and chicken curry: my mom (paling dapat perhatian)
sandwiches: easymakan (IG)
Brownies and pandan gula melaka cake: eefa delight (IG)
Nuggets: MIL
Fruit: Watermelon
Drink: Orange

DIY:

Out tshirts and Aqeel's romper (gambar duck sama dengan invitation card)
Label on drinking water
Pompom

Tu je yang mampu mummy buat tapi alhamdulillah Aqeel so happy..tetamu datang pun kenyang. Thanks pada yang datang dan menolong memeriahkan majlis =)

Next...kita tunggu pulak adik Aqeel hehehe

Alahai...lupa pulak nak ambik gambar macam mana nak diy baju ='(
 
Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Wednesday, 20 January 2016

Pes Tomyam Letop

Assalamualaikum.


Ni untuk golongan yang;

> tak pandai masak dan malas
> tak pandai masak tapi nak masak jugak
> pandai masak tapi tak ada masa
> pandai masak tapi nak cara mudah
> tak nak kotorkan dapur

haaa...golongan-golongan di atas boleh cuba pes tomyam ni. 

Senang gila nak buat tomyam. Bahan-bahan yang diperlukan hanya;

1. Pes tomyam
2. Lauk (ayam/udang/sotong/etc)
3. Sayur (carrot/cauliflower/cendawan/etc)

Cara buat;

1. Rebus air
2. Letak pes tomyam (1-2 sudu ikut berapa ramai dan banyak anda masak)
3. Letak lauk dan sayur
4. Siap untuk dihidang.

Senang kan kan kan?

So, sesiapa yang nak order...boleh order melalui;

> fb page CLICK HERE (www.fb.com/pestomyamletop)
> whatsapp +60179017161

RM10 jerrrrr

=======================================================

COD area : Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya Sentral, Puchong, Bukit Jalil, Puncak Jalil, Serdang, Balakong dan area sekitarnya.

p/s: yang jauh dari mata tapi dekat dihati...boleh je pos. Any further information, boleh PM tepi ye..nanti kita talk-talk hehe.

p/s: yang nak jadi agent, boleh jugak. Ada harga special untuk anda. 


Tak perlu dah semua ni..dalam pes tomyam ni semua dah ada.

Thanks for reading=)

Love,
Nurul