Showing posts with label fresh flowers. Show all posts
Showing posts with label fresh flowers. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Review #7 - Hand Bouquets

Assalamualaikum. 

Kali ni nak review pasal hand bouquets untuk semua events dari akad nikah ke bertandang. Semuanya D.I.Y dari fresh flowers ke brooch. Memandangkan sikit je nak cerita pasal hand bouquets ni, so I pukul rata bagi habis review semua hehe.

1 -  Akad Nikah

Just guna pink roses dan buat yang simple saje. Memang nak yang macam tu je plus masa dah tak mengizinkan I buat yang lebih complicated. Banyak lagi hantaran nak dibuat kan on that day. So, yang simple menjadi idaman hati.

Rose tu I beli satu bundle ada dalam 20 kuntum, 2 kuntum I sendiri dah patah kan, so tinggallah 18 kuntum je. Tak besar, tak kecik untuk I yang kentot dan buntal ni T__T


2 - Bersanding - Kemasik, Terengganu

Totally love this one. Fully baby's breath. Tak besar pun bunga ni. Just nice je. I nak something yang boleh bagi effect lembut since baju I memang simple saje. Al-maklumlah beading sendiri kan.


3 -  Bertandang, Taman Botani Putrajaya

I guna 25 brooches yang I beli dekat Kenanga, artificial hydrangea beli dekat SSF dan letak je lebihan ribbon. Yang ni paling awal siap sebab tak guna fresh flowers kan. Ingatkan dah terkubur idea nak D.I.Y hand bouquet ni sebab tak jumpa cari brooch yang dalam budget. Tapi sebab nak sangat, cari sampai jumpa. Akhirnya..masa wedding boleh senyum lebar hahaha
 


Brooch hand bouquet for rental..atau ada yang nak tempah hand bouquet lain pun lai lai..=)


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Thursday, 7 March 2013

Review #5 - DIY Hantaran

Assalamualaikum.

Pasal hantaran pulak, I DIY untuk both side. Dengan bantuan kawan sebab I memang tak cukup masa untuk gubah bunga untuk pelamin lagi, untuk deco dalam bilik lagi, untuk hand bouquet lagi, so part hantaran kawan I tolong sikit-sikit. Tak cukup masa bukan sebab banyak sangat nak DIY tapi sebab tenghari tu I siap pergi kenduri kawan dulu, cari kain untuk cover platform sanding esok dan bermingle-mingle dulu dengan kawan. Padan muka sendiri T__T"

Akhirnya ngam-ngam MUA nak datang, semuanya siap jugak akhirnya. Walaupun simple saje tapi sendiri puas hati. Sendiri kuar duet kan, sendiri rasa berbaloi lah. Masa ni buat segala DIY tak penat lagi tau. Sebab more to excited dan berdebar hehe.

So bawah ni gambar yang I dan combine for both side punya hantaran. 

From bride to groom : theme - white/off white and apple green flowers with silver ribbon.
From groom to bride : theme - pink, purple and white/off white flowers with pink ribbon.

(Click on the picture for enlarge)

Just a simple hantaran je kan. Barang-barang pun just bagi yang simple-simple je. Bilangan dulang hanya 7 berbalas 7.

note : Coming up project, hantaran tunang adik ipar bulan 5 ni=)

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Friday, 22 February 2013

Review #1 - Pelamin Nikah

Assalamualaikum.

Ada yang email pasal pelamin nikah dan reception. Mostly berkaitan kos sesebuah pelamin kalau buat sendiri dan barang-barang adakah beli sendiri atau sewa. Gambar pelamin nikah macam kat bawah ni ye.


Mula-mula warna tema untuk pelamin I nak buat merah + pink + white/offwhite tapi bila nak order bunga, kebanyakkan bunga yang I nak imported dari China. Since kenduri within CNY, so tak dapat lah menggunakan bunga idaman hati. Dan-dan tu jugak tukar semua plan asal ke pada plan baru. Akhirnya I decided just guna bunga chrysanthemum dan baby's breath saje.

Apa yang I beli dan kos berapa?

Bunga
Beli di Floristika, Bangsar. I tak tahu nak kira macam mana sebab kos untuk bunga + pos ke kampung around RM620. Ia merangkumi 36 bundles which include bunga untuk hantaran both side, hand bouquet untuk nikah dan bersanding dan penyeri dalam bilik pengantin (untuk letak dalam pasu sahaja). So, pandai-pandailah korang kira sendiri ok.

Kerusi
Mak I cakap kerusi tu macam meja. Jenuh dia cakap kat adik I tu meja, walau adik I cakap tu sebenarnya kerusi hahaha..I beli dekat Serdang. Lupa nama kedai tapi sederet dengan dewan badminton. Kalau yang tahu kawasan tu, tau lah kot dewan badminton kat mana kan. Kos? Untuk kerusi sahaja (masa tu warna hitam/dark brown) RM99 tapi I suh diorang cat kat kilang tambah lagi RM30. Cat kat kilang memang cantik dan sekata walau diri sendiri sebenarnya nak cat sendiri T__T. So, hantar kilang saja dan jimat masa dan tenaga untuk benda lain.

Bantal
Entry cara-cara jahit bantal dan kos I dah buat. Sila rujuk dekat SINI.

Vase Kaca
Yang ni I beli. 4 biji semuanya. Beli di kedai Fun n Cheer dekat Balakong. Kedai tu dekat Econsave dan Jusco Cheras Selatan. Kos untuk 4 biji vase dah lupa tapi almost RM100 jugak. Vase ni muat-muat nak letak flower container. Kalau tengok dalam gambar, benda warna putih yang support bunga tu.

Apa yang I sewa?

Candle Lantern
I sewa dekat Somethingborrowed by Nawal. I sewa 2 besar, 2 medium, 2 kecik. Kos RM60. Self pick up dekat Desa Pinggiran Putra. Sesiapa yang berminat sila contact SINI.

Bayar Lum sum dekat kawan (kos tak pandai nak kira satu per satu)

Chandelier Stands
Kain backdrop
Spot lights
Mirror boxes

Yang dapat free atau tajaa =)

Karpet putih
Besi backdrop
Bantal ottoman (not in the picture)

Yang tak terbalas budi

Yang menaja dengan perahan tenaga panjat dan gantung backdrop belum kira lagi tu. Dah lah rumah siling tinggi, kalau panjat sendiri sure tak sampai even letak tangga pun. So thanks pada adik-adik, cousin dan ayah su yang tersayang yang balik all the way from Dubai=)

Sampai sini dulu. Ni je yang ingat so far. Kalau ada penambahan..lepas ni tambah lagi.

Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Wednesday, 20 February 2013

All About Pelamin

Assalamualaikum.

Just nak tunjuk pelamin dari akad nikah hingga ke bertandang je..kebetulan ada jumpa gambar yang di-tag dan share dari catering.

 DIY-ed pelamin akad nikah - fresh flowers

 DIY-ed Reception Dais

 Bertandang dais by Rass Deco & Event

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60