Showing posts with label Bantal. Show all posts
Showing posts with label Bantal. Show all posts

Friday, 1 March 2013

Review #3 - Bantal

Assalamualaikum. 

Since I ada buat entry pasal macam mana nak jahit/buat bantal kecik-kecik kat SINI. So, hari ni I nak cerita pasal mana I letak bantal-bantal ni sekalian. FYI, total bantal semua adalah 10 biji. 8 biji ada bentuk love, 2 biji lagi I buat yang tulis "I Do".

Actually masa mula-mula I plan nak D.I.Y pelamin nikah, I decided nak buat tema merah+pink+putih/off white. Sekali last minute masa nak beli bunga, bunga yang nak guna tak ada masa majlis I nanti, which is on CNY. So tukar plan serta-merta.

Jadi, pelamin nikah jadi lah macam dalam gambar kat bawah ni. Okey jugak. Kiranya 'LOVE' tu menaikkan seri pelamin jugak lah. Tak lah semua putih je kan.

 Gambar penuh pelamin

 Letak kat side kiri dan kanan

 Macam ni..letak dekat kaki kerusi..Macam sandar lah..bagi berdiri

Jadi props pun boleh

Selain kat pelamin, lebihan bantal 4 biji lagi I letakkan kat atas katil. Yang ni memang ngam sebab memang dinding warna pink + off white, warna cadar off white + merah. So I just letak red roses dengan bantal ni. Cuma yang dalam bilik I letak yang 'I DO' tu. Cuba tengok gambar kat bawah.
 Dalam bilik pengantin

Since I jahit sendiri bantal ni, I nak buka untuk SEWA pada yang berkenan nak sewa. Selain sewa, kalau yang nak tempah pun boleh. Bantal ni tak besar. Size lebih kurang 30x30cm je. Anything boleh email at love_in_february@yahoo.com


 Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Friday, 22 February 2013

Review #1 - Pelamin Nikah

Assalamualaikum.

Ada yang email pasal pelamin nikah dan reception. Mostly berkaitan kos sesebuah pelamin kalau buat sendiri dan barang-barang adakah beli sendiri atau sewa. Gambar pelamin nikah macam kat bawah ni ye.


Mula-mula warna tema untuk pelamin I nak buat merah + pink + white/offwhite tapi bila nak order bunga, kebanyakkan bunga yang I nak imported dari China. Since kenduri within CNY, so tak dapat lah menggunakan bunga idaman hati. Dan-dan tu jugak tukar semua plan asal ke pada plan baru. Akhirnya I decided just guna bunga chrysanthemum dan baby's breath saje.

Apa yang I beli dan kos berapa?

Bunga
Beli di Floristika, Bangsar. I tak tahu nak kira macam mana sebab kos untuk bunga + pos ke kampung around RM620. Ia merangkumi 36 bundles which include bunga untuk hantaran both side, hand bouquet untuk nikah dan bersanding dan penyeri dalam bilik pengantin (untuk letak dalam pasu sahaja). So, pandai-pandailah korang kira sendiri ok.

Kerusi
Mak I cakap kerusi tu macam meja. Jenuh dia cakap kat adik I tu meja, walau adik I cakap tu sebenarnya kerusi hahaha..I beli dekat Serdang. Lupa nama kedai tapi sederet dengan dewan badminton. Kalau yang tahu kawasan tu, tau lah kot dewan badminton kat mana kan. Kos? Untuk kerusi sahaja (masa tu warna hitam/dark brown) RM99 tapi I suh diorang cat kat kilang tambah lagi RM30. Cat kat kilang memang cantik dan sekata walau diri sendiri sebenarnya nak cat sendiri T__T. So, hantar kilang saja dan jimat masa dan tenaga untuk benda lain.

Bantal
Entry cara-cara jahit bantal dan kos I dah buat. Sila rujuk dekat SINI.

Vase Kaca
Yang ni I beli. 4 biji semuanya. Beli di kedai Fun n Cheer dekat Balakong. Kedai tu dekat Econsave dan Jusco Cheras Selatan. Kos untuk 4 biji vase dah lupa tapi almost RM100 jugak. Vase ni muat-muat nak letak flower container. Kalau tengok dalam gambar, benda warna putih yang support bunga tu.

Apa yang I sewa?

Candle Lantern
I sewa dekat Somethingborrowed by Nawal. I sewa 2 besar, 2 medium, 2 kecik. Kos RM60. Self pick up dekat Desa Pinggiran Putra. Sesiapa yang berminat sila contact SINI.

Bayar Lum sum dekat kawan (kos tak pandai nak kira satu per satu)

Chandelier Stands
Kain backdrop
Spot lights
Mirror boxes

Yang dapat free atau tajaa =)

Karpet putih
Besi backdrop
Bantal ottoman (not in the picture)

Yang tak terbalas budi

Yang menaja dengan perahan tenaga panjat dan gantung backdrop belum kira lagi tu. Dah lah rumah siling tinggi, kalau panjat sendiri sure tak sampai even letak tangga pun. So thanks pada adik-adik, cousin dan ayah su yang tersayang yang balik all the way from Dubai=)

Sampai sini dulu. Ni je yang ingat so far. Kalau ada penambahan..lepas ni tambah lagi.

Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Friday, 12 October 2012

DIY - Pillow

Assalamualaikum...

Pagi-pagi Jumaat yang nyaman ni..I nak share project yang tengah dan hampir siap dah iaitu bantal-bantal comey untuk letak dekat mini pelamin nanti. 

Since I ni pemalas nak ambik gambar dan tak ada orang nak tolong ambikkan kalau dah diri sendiri malas, tapi I rajin lukis-lukis ye.

So, tengok je lah yang kat bawah ni dan I try explain se-detail yang mungkin supaya korang paham. Pasal bahan-bahan yang I gunakan dan total cost ada dekat SINI


  1. Potong kain felt 10"x10"(suka hati nak besar mana, ikut berapa besar bantal yang nak dibuat)
  2. Lipat 2 kain tu supaya senang nak samakan bentuk yang kita nak gunting
  3. Buat templete bentuk yang diperlukan, pin kan dan gunting
  4. Hasil guntingan bila dah dibuka
  5. Lepas tu, gunting kain bantal 15"x15" (suka hati nak besar mana)
  6. Pin bentuk yang digunting tadi atas kain bantal dan jahit sekeliling bentuk tu. I jahit guna mesin jahit sebab malas nak jahit tangan. Lambat. So kemas sikit bila guna mesin jahit ni
  7. Untuk jahit zip pulak..cantum kain bantal (depan dan belakang) dan buat ukuran untuk jahitan sebelum jahit zip. I gunakan zip 12" so jahitan tepi untuk kedua-dua belah kain dalam lingkungan 1.5" dan tinggi 0.5". Since I bukan reti sangat nak menjahit ni, so I guna kapur untuk tanda ukuran
  8. Buka cantuman yang telah dijahit (kiri dan kanan) dan gosok untuk dapatkan line tengah-tengah tu. So that bila kita jahit zip, elok je terletak kain yang tutup zip tu. Tak lah senget. Line hijau tu guide untuk jahit zip start dari hujung kain (guna kaki mesin jahit yang khas untuk jahit zip)
  9. Bila dah siap jahit zip, jahit sekeliling bantal dan boleh terbalikkan dan siap!
Nota : Untuk letak fiber, I jahit kain putih lain, ikut tutorial No. 5 dan No. 9. Tak perlu letak zip, tapi jahit sekeliling kain dan tinggalkan sikit ruang untuk sumbat fiber nanti. Kalau banyak sangat letak fiber (nampak kembung cantik sikit), kene jahit tangan je lubang tu.

So, kat bawah ni gambar bantal yang I buat. I buat bentuk love. Mak I cakap, kalau dari dekat buruk, dari jauh cantik je. Dari dekat sebab kain felt tu nampak kasar. Tapi I ok je since kain felt lah paling senang nak buat bentuk dan jahit. Lagi, tak leceh.


Kalau nak tengok tutorial lebih detail, sekali dengan gambar, sila rujuk website tutorial INI. Yang lain ikut kretiviti anda nak buat macam mana.

Ok..daaa!

Thanks for reading!=)