Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

New York Skin Solution - Bad Review

Assalamualaikum. 

Okey..dari tajuk pun dah tahu I akan buat bad review pasal New York Skin Solutions (NYSS) kan. 


Last week masa I duk saja-saja kat opis (duk saje-saje kau..macam opis bapak punye je kan), I pun tertengok NYSS ada deal dalam groupon. Bila tengok harga RM28 je pastu ramai pulak yang beli, I pun tergoda lah. Dah lah weekend en tunang tak ada, pastu I pulak jenis tak boleh duduk rumah lama-lama. Harus lah I cari aktiviti katenye. 

Then hari Jumaat I called NYSS The Mines buat appointment cakap nak buat facial hari Sabtu jam 3pm yang pick up call cakap datang jam 3:30pm je. So ok lah kan. Lagi pun bukan jauh sangat pun dengan The Mines tu. Sekangkang kera je pun.

Tiba hari sabtu..dari pagi ada je dari NYSS call ingatkan appointmnet jam 3:30pm. I cakap lah I tahu dan dekat je dengan rumah. Dah 2 3 kali call I naik bosan jugak. I sound lah cakap I tahu appointment I dan I akan sampai sharp on time. No worries. Ye lah diorang nak pujuk ambik package diorang kan, so tak sabar lah tu.

Dekat-dekat jam 3, I dah nak kuar rumah ni. Dengan tak make up dah lah katanya nak buat facial kan. Make up pun membazir je. So ngam-ngam sampai dekat 3:30pm. So I masuk dalam consultation room dengan amoi name Emily. Tapi dalam duk tunggu si amoi tu ambik borang bg borang, dah 2 3 orang masuk tanye nama keje mana bla bla bla...tp I, dah tahu dah tektik diorang. I memang nak pg just nak try je pun. Bukan nak sign up package diorang yang mahal macam haram tu. Saja nak cuba-cuba apa hebat sangat skin solutions diorang ni kan.

So, time I duk isi borang, si amoi Emily ni adalah tanya pasal macam-macam kan. Minum kopi ke, makan sayur ke, supplement ke..so I jawab je lah. Pastu ada lah scan kulit internal dan external bagai kan.

Time nak dekat-dekat bawak g facial tu, dia blh pulak promote cakap kalau nak mask free kene tunjuk ada credit card ape...so I tunjuk je lah. Bukan buat ape pun, just tunjuk je. Padahal I nak mask tu je hahaha..

Time facial tu ok je tapi time picit black and white heads tu memang I tak berapa nak suke sebab sakit. I prefer guna shiseido black mask tu sebab lagi puas hati semua anasir kuar hehe..Tapi I boleh katakan..diorang ni banyak guna mask je. Dah lah nak kene tunggu lama kan, tapi suasana sekeliling bising. I cuba jugak nak lelap (walaupun takkan lelap jenis mata degil sangat) tapi bising gile. Macam tak tenteram je I rasa.

Bila dah buat cleansing, picit black and white heads, dah letak serum lah, mask lagi, mask lagi dan lagi..akhirnya habislah masa 1 jam lebih. I tanya lah kenapa 1 jam lebih padahal dalam voucher 3 jam kan...rupanya 2 jam untuk consultation. Setengah jam sebelum facial, selebihnya lepas facial.

Masa tu dah agak dah. Diorang ni nak pedajal kulit aku macam-macam supaya aku takut dan terus sign up dengan diorang lah ni kan. Tapi I relex je dulu. Tak ada melenting lagi. So I pun ikut je lah amoi tu ke consultation room. Dia bagi air, scan kulit lagi skali which is I tak nampak beza sangat pun. Kira macam I tak yakin lah tapi dia terang tu macam facial tadi memang membuatkan kulit I cantik lah lepas buat banyak kali.

Haaa..time banyak kali tu lah yang I rasa WTF weiiii...I tanya dulu berapa kali kene buat. Tak teragak dia sebut 20 kali. Dan kos untuk 20 kali dari RM8k tapi sebab customer groupon punya pasal terus jadi RM5600. Pastu I buat muka ketat lah tak nak kan. Ingat I cop duet ke. So I bagi alasan I nak pindah ke Taiping which is I tahu memang tak ada kat Taiping. Kalau ada pun kat Ipoh. So jauh gak lah kan.

Pastu tak jadi 20 kali, pujuk ambik 10 kali, tak jadi 10 kali ambik 3 kali pulak. Pastu dah tak jalan, dia promote pulak masuk ahli bayar RM500 seumur hidup dan dapat beli set pencuci dengan 50% off. Weii 50% pun harga dekat RM300 tau. Cilakak punye brand mahai nak mampus.

Pastu dah I tak nak jugak..masuk lah diorang punye leader pulak datang pujuk I. Dah lah buat muka garang. I pulak mmg muka tak ada perasaan lah. Dia pujuk punye pujuk cakap muka nanti ada naik  jeragat lah bagai, ada aku kesah kan. I cakap I tak nak. I tak nak sign up your package. Bila dia tanye kenapa dengan muka sinisnya..I jawab your service is so expensive. So I tak nak. Dah lama tu dia give up I rasa. Dia tak tahu ke I ni lagi pujuk lagi keras hati. Bende-bende yang ridiculous ni I memang keras hati kalau I tak nak. Jangan duk pujuk cakap muka I tak cantik lah lepas ni sebab ada I kesah pun. 

I rasa nak je jawab, RM5600 tu servis tukar muke ke ape? Memang diorang ni sesungguh hati paksa ambik walau sikit pun. Sanggup aturkan appointment dan transfer segala package ke Ipoh. I cakap lah, I wont drive too far because of this service (kan I cakap nak pindah Taiping). Gile ke ape I nak buat macam tu. Baik I beli product yang bagus. Beli SK2 pun dah berset-set dapat kot.

Lepas dah puas pujuk I yang tak makan sikit pun pujukan rayu dan kata-kata sinis diorang tu, so diorang mengalah. Dah sejam dah ni. Pastu si amoi Emily ni masuk cakap dia nak print receipt sebab I dah datang guna groupon. So ok lah. Dekat 15 minit I tunggu tak muncul-muncul, I kuar. I cakap I nak balik dah, ada apa-apa lagi ke nak tunggu. Diorang boleh duk bersembang kat depan tu. Baru gelabah nak print. I sound je tak kira. Ramai jugak yang duk menunggu. I agak muka-muka yang datang guna groupon jugak sebab ada voucher I tengok diorang pegang.

Lepas si amoi tu bg receipt nak sign, I baca dulu, kot-kot kang dia claim I setuju nak beli ke ape kan. Bila dah ok I sign dan dia bagi trial set. Ok lah I blah je.

Bagi I, cara diorang push customer even potential or not memang tak kena. Memaksa gila. Pastu cakap sinis nak mampus. Cakap muka dah teruk lah ape lah. I memang terus turn off lah kalau orang macam ni. Dah tu pulak cakap tak sopan, I pulak memang muka jenis garang..memang takkan mengalah lah.

So moral of the story, hati-hati kalau nak beli deal macam ni. Nak nak lagi yang jenis ada branch macam ni. Ada outlets seluruh malaysia, memang dia akan pujuk sampai kita sign up dengan dia. Kalau just nak beli sebab nak try, dari rumah tu dah niat memang takkan termakan pujuk rayu. Banyak tu nak bayar tapi hasilnya belum tentu lagi macam mana. Setakat ambik artis jadi duta, tak jalan. Dah memang sah-sah diorang dah lawa.

Sekian saja entry sakit hati hari ni haha


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Thursday, 13 December 2012

Product Review : Sally Hansen Cream Hair Bleach

Assalamualaikum...

Memandangkan beberapa bulan lagi nak kahwin, berdebar tak hingat pada bulu dekat atas bibir ni. Mau tak risau kang orang cakap kahwin laki sama laki pulak. So I pun busy meng-google segala macam teknik dari laser, waxing, treading dan plucking sendiri. Mana I boleh duduk diam macam tu je tunggu mak andam cukur je misai I, of coz I kene cari solution supaya misai I dapat disorokkan walaupun kadang-kadang tumbuh lepas cabut tu, bulu tu macam boleh sanggul (haa..dengar macam I ni sayang kat misai lebih kan hahaha). Hitam dan panjang. Kalau nak tahu macam mana misai I, hah..tengok gambar bawah ni.

See...perempuan misai bersama adik perempuan misai hahaha...misai I dah nak dekat sama panjang dengan adik laki I punye

Memandangkan laser ni I kurang percaya plus kos pun agak mahal dan sebab musabab utama adalah dulu ada satu hakak-hakak gedik kat opis lama buat laser, skali muka dia jadi teruk naik jerawat dan nampak burn, terus I say no no no pada laser. Takut uolls. Jangan nak cari pasal kang ada kahwin muka macam bencana alam. Mesti I jadi worst bride of the year haha

Waxing? Erm..I tak nak ajar sangat duk wax wax ni. Nanti asyik lah kene pergi wax. Lagipun I terbayang sakitnya wax ni. I rasa I boleh menangis kot. Dah lah kat upper lip, kalau kat kaki gigih lagi menahan tapi kaki I tak ada bulu sangat. Bulu semua tumbuh kat bibir.

Kalau bukan laser, bukan jugak wax..treading pun I tak nak. Sebabnya I pernah ikut kawan I buat treading, kuar air mata jugak. Tu dia yang selalu buat, kalau I yang tak pernah buat, harus menjerit meratap pilu kot. I tengok macam sakit je. Tak mau tak mau.

Even I tak nak laser, wax dan treading tapi I akan buat sekali wax or therading seminggu sebelum kahwin just nak make sure nanti make up ok je. So, I memang cari produk yang I akan guna selain teknik-teknik yang I sebut ni selepas kahwin pulak.

Then, I jumpe 1 produk ni nama Sally Hansen. I baca review orang buat dan almost 90% kata best dan recommended. Produk ni sebagai peluntur dan membuatkan unwanted hair ni invisible dalam masa 8 minit. 8 minit je uolls. Masa baca ni macam..eh, magicnya. Wajib cuba, wajib tau!

Tapi...masalahnya brand ni made in USA, so quite challenging nak mencari since Guardian dan Watsons tak ada..gigih lah I suruh tunang mencarinya. Tapi silap I bagi tau dia nama Sarah Hansen. Harus lah tak jumpa. Masa dekat Caring, ada tapi dia ni tak sure betul ke nama Sarah or Sally, terus cakap tak ada. Hahahampeh betul. Apa lagi yang I boleh buat selain google je lah. Nyaris nak beli kat Amazon ni tapi berkat kesabaran dan kegigihan, I jumpe satu website ni jual RM39+RM6 postage. Tak tunggu dah, terus click to chart dan bayar.

Tunggu 1 2 hari...tadaaaaa...dah sampai! Suke suke suke =D

Yang ditunggu-tunggu hikhik

Balik tu tak tunggu dah, terus salin baju. Tak sabar nak bleach misai muahaha..So, dalam paket tu ada mixing tray, spatula kecik, activator, cream bleach dan yang paling penting instruction. Ni memang penting since I tak tahu macam mana nak mix activator dan cream tu, berapa sukatan setiap satu kan. Jadi, ambiklah masa untuk baca instruction ni.
Source : Google


I lupa nak ambik gambar macam mana nak mix those things sebab excited tu melampau sangat. So kat bawah ni I tulis je lah.

How to use this cream bleach?
  1. Prepare mixing tray
  2. Sukat 1/4 mini spatula of applicator (since applicator ni macam serbuk, I just basuh sikit je spatula tu supaya nanti nak sukat cream tak tercampur)
  3. Sukat 1/2 mini spatula of cream bleach
  4. Mix all together
  5. Sapu dekat kawasan yang nak bleach
  6. Tunggu for 8 minutes or less (kalau nak unwanted hair tu lagi invisible, just re-apply, make sure jangan lebih dari 8 minutes sekali apply)
  7. Wipe with wet cloth and rinse
  8. ok..dah siap! hehe

 
Gigih perempuan misai ni bleach misai dia hahaha

Amacam misai iolls? Dah tak nampak kan? hehe

Kalau tanya pasal pros and cons, mesti lah ada.

Pros : Ye lah, bila dah buat dekat upper lip mesti lah anggota deria yang paling dekat adalah hidung. So, bau cream ni menusuk sikit tapi sikit je pun just ignore or pakai je nose plug. Pastu pandai-pandai lah korang bernafas ikut mulut haha...

Cons : Sangat berkesan..sangat sangat. At least kalau ada yang complaint cakap tak berkesan, pada I yang bermisai agak tebal ni berkesan sangat-sangat. I just buat 2 kali untuk dapatkan hasil macam dekat atas. Even sebelum balik keje I suruh kakak opis tengok misai I memang banyak, esok pergi keje dia pun cakap dah tak nampak.

Re-purchase? : Yesss...I will!!! Murah dan berkesan.

Siapa yang berminat nak beli...sila beli di SINI ye.

Thank you Sally Hansen, saya bukan perempuan misai lagi hahaha

Thanks for reading!=)

Wednesday, 28 November 2012

Tony Moly Lip Tint Mini


Assalamualaikum...



Untuk pengetahuan korang, I ada jual Tony Moly Lip Tint Mini (5ml) in Cherry Pink. Kalau guna lip tint ni, tak perlu guna lipstick. Titik 2 3 kat bibir, smudge dan ready to go. Pagi-pagi I memang guna ni untuk nampak segar. Nampak effect yang bibir kita merah semulajadi.

Main ingredient adalah dari Jojoba oil, Stevia extract.

Made In KOREA.

Kat bawah ni cara-cara untuk guna lip tint ni. Sangat senang nak apply kat bibir dan boleh guna untuk cheek jugak.





Artis Korea pun guna, uolls. So, korang pun boleh gunakan lip tint ni nak nampakkan bibir merah bak cherry tu=)


Harga : RM15 sahaja
Postage : RM6 (EM) / RM8 (WM)

Untuk order, boleh comment kat bawah ni or email ke crashmywardrobe@gmail.com or pergi kat page SINI dan PM sahaja. Pastu jangan lupa LIKE skali ye=)

Cepat order sekarang. Stock adalah terhad ye.

Thanks for reading!=)