Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, 25 September 2015

Nursery

Assalamualaikum.

Lepas raya decide nak hantar Aqeel ke nursery awal dari sepatutnya. Plan asal nak suh mak jaga sampai dia 6 bulan. Since nursery ada kosong awal, so masukkan dia awal. Masa tu Aqeel baru nak 3 bulan setengah. 

Mula-mula berdebar jugak takut terjadi apa-apa sebab dia kecik lagi kan..tapi lama-lama hati ni terpujuk jugak sebab ada je yang hantar anak lepas je habis cuti bersalin. Pastu pulak nursery Aqeel depan rumah je. Sebelum hantar pun dah pergi kenal-kenal dengan owner nursery tu. Baby pun tak ramai dan atas 1-2 tahun pun tak sampai 10 orang. Penjaga pun ramai seiring dengan syarat yang JKM bagi.

Nasib Aqeel ni well behave. Tak perangai sangat. Dia pun tak guna buai..so senang kerja pengasuh sebab kat nursery pun tak ada buai. Dia just merengek masa nak susu dan tidur je. Masa lain dia sibuk duk sengih je lah. Dia kan mat senyum. 

Pengasuh dia pun cakap senang jaga Aqeel. Dia tak menangis tapi kalau orang menangis kadang dia tengok je kadang dia join skali. Macam berangkai pulak.
Ni mummy jahit ribbon kat lampin supaya senang nak sangkut dan tak bertukar. Ye lah, lampin ni ramai yang pakai wat basahan pergi nursery.
 
Ni kononnya hantar gambar untuk merdeka contest nursery dia. Mummy tak ada idea sebab sibuk kenduri kat kampung masa ni. Jumpa orang tampal bendera tepi jalan, berhenti ambik gambar jap. Budak ni pulak baru bangun tidur..gasak je lah..janji ada gambar tema merdeka katanya.

Sampai sekarang Aqeel dah nak masuk 6 bulan, dia dah kenal orang..kadang dia tak nak balik dari nursery..pegang pengasuh tu tak nak lepas. Tercabar kejap mummy ni hehe.

Bulan depan dah boleh bagi makan..mummy so excited!

Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Monday, 13 July 2015

Iman Aqeel - At 3 Months Old

Assalamualaikum.

Iman Aqeel dah 13 weeks. So, apa yang dia dah pandai? Dia dah pandai meniarap ke kiri dan kanan..siap boleh golek balik dan angkat-angkat bontot. Some cakap dia ni cepat pulak meniarap. Maybe tak berapa besar kot. Just 5.3kg je bila timbang. Dia tak nak tidur masalahnya. Macam nak berperang kalau nak suruh dia tidur. Macam mana nak besar, anak oi. 

Aqeel pun duk galak main bibir dia sekarang ni. Macam gatal gusi pun ada. Nak tunbuh gigi biar dulu..yang tak ada gigi pun asyik lah gigit, ni kalau ada gigi tak tahu lah apa nak jadi dengan mummy. Minum EBM je lah..xde direct feed nanti. So behave ye baby=)

 Bangun pagi mesti galak macam ni. Minum susu pun belum lagi..main dulu.

 Lepas balik dari cucuk 3 bulan. Tidur sekejap..bangun dah macam ni. Mat senyum mummy!

 Tapiiii....susu jangan sesekali lambat ye. Kalau tak memang mengamuk. Hari ni daddy day care. Mummy pergi keje.

 Last week buat legging untuk Aqeel since nak beli mahal sangat. Mummy usaha tengok tutorial. Finally, jadi!!! Next..mummy tengah buat baju melayu.

Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

Tuesday, 17 March 2015

Pregnancy Travelog - Braxton Hicks?

Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal last week hari Jumaat dan weekend hari tu. 

Hari Jumaat hari tu tetengah jalan nak pergi lunch, ada rasa contraction dekat ari-ari. Jalan 10 langkah, rasa sakit kat ari-ari. Risau jugak masa tu. Kang terberanak tengah berjalan kang satu hal pulak. Dah lah sorang masa tu. Kawan tunggu kat kedai makan je sebab sebelum tu I nak beli barang sikit dan g bank. Nasib sekejap je jadi..lepas makan dah ok.

Maybe tu tanda uterus mengecut or Brixton Hicks.

Pastu nak dijadikan cerita..hari Sabtu malam masa nak tido, baby tetibe mengeras. Mengeras yang amat keras sampai sakit pinggang tapi tak tahu nak describe sakit macam mana dan kat mana.

Bende tu jadi lepas hubs letak olive oil dekat perut. Padahal tetiap malam lepas masuk 8 bulan ni, tu lah rutin hubs sebelum tido. Memang akan letak minyak. Bukan urut pun. Sapu macam biasa. 

Tapi ni jadi lepas je letak minyak. Masa tu baring tak kene, mengiring kanan tak selesa, mengiring kiri rasa lenguh. Hubs tanya sakit mana, tak tahu nak jawab sebab rasa semua lah sakit kecuali bahagian pinggang ke bawah. Ari-ari ok je..tak rasa sakit apa. Masa tu dah agak, ni mesti bukan kes nak bersalin sebab tak rasa sakit kat ari-ari. Ni mesti kes baby mengeras je ni.

Lama jugak lah. Dari kul 12 malam sampai 4 pagi. Tapi kul 3 pagi tu, dah habis ikhtiar...hubs kate, cuba lah minum air zam-zam dan makan kurma sikit. Kot ok lepas tu. Masa nak suap tu..suh hubs hold dulu sebab rasa nak muntah. Elok je habis cakap, muntah lah. Ingatkan sikit tapiiiii...habis atas baju, atas katil lagi..tak sempat berlari g toilet, kat lantai lagi..masuk toilet belum apa-apa dah sembur 1 toilet. Ni lah muntah yang paling teruk pernah jadi dalam hidup. Serius tak pernah macam ni. Dah lah dinner makan butter prawns byk gila siap ratah butter tu. So imagine lah macam mana berminyaknya lantai yang kene muntah tu. 

Kesian kat hubs, dia lah yang bersihkan semua sampai loya tak boleh nak bercakap. Masa tu hilang sikit sakit sebab dah melepek dalam bilik air. Dah tak boleh nak bangun masa tu. Disebabkan kesian kat hubs dah lah tak boleh tdo, kene bersih muntah pulak..I pun tolong lah basuh bilik air. Berminyak sangat. Hubs pun tukar cadar, sembur febreze kat tilam, basuh lap kaki semua lah. I basuh baju tido pun dah rasa..oi loya nya.

Lepas dari kul 4 tu, minum air zam-zam sikit, pastu try baring. Masa ni dah tukar bilik dah sebab bilik tido dah bau masam. So tido bilik tetamu. Hubs pun baring-baring je sebelah. Bila dia rasa I dah tido, baru dia tido. Tu pun dekat kul 5. Dia tahu I tido pun sebab dia kate I mengeruh. Penat sangat sampai macam tu.

Esok baru ganti tido. I je lah yang tido. Hubs buat laundry, mop lantai lagi skali, basuh toilet balik, vacuum, basuh kain siap. I..tido je dari pagi sampai petang. Bangun sekejap nak makan. Tu pun alas perut bukan sebab I lapar tapi sebab tak nak baby kat dalam lapar. Dah kenyang baru lah dia tak kacau I tido. Kalau tak kene tendang je nanti.

Yang I boleh cakap, pengalaman baby mengeras tu memang sakit dan tak selesa yang amat. Sampai sekarang kalau baby mengeras terus trauma takut jadi lagi. Kalau dia nak kuar dah tak kisah. Ni rasanya dia macam seronok lagi kat dalam tu.

Bila I google, berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Lepas dari malam tu, I boleh tido malam mcm biasa. Still lena cuma bangun g toilet sekali or dua kali dan kadang-kadang bangun kuatkan kipas. Panas woo. Kalau bukak aircond pun, 17 degree tu tak pakai selimut pun. Ntah kulit apa pun tak tahu hahaha.

Khamis ni last check up. Hopefully semua ok dan tak kene tahan lagi hehe.
Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Friday, 13 March 2015

Pregnancy Travelog - At 37 weeks

Assalamualaikum.

Hari ni ngam-ngam 37 weeks. Kemarin rasa baby dah tak pusing dah. Sekali semalam dia buat pusing tengah-tengah malam sampai tak boleh tido. Dengan tendang kuat, mengeras, berpusing...last-last lapar. Kejut hubs g ambik roti kat bawah. Nasib ada spare roti. Kalau tak 1 hal pulak kene keluar g beli sebab kat rumah tak ada stok makanan pun since sebulan lepas.

Bukan malas nak masak tapi memang tak boleh masak. Rasa nak muntah. Macam early pregnant dulu.Nasib lah baby boy...kalau girl, mesti besar nanti tak minat masak hahaha.

Nampak gayanya memang dia tak nak kuar lagi ni. Hari tu kami ada lah pujuk dia jangan kuar awal sangat. Kalau nak kuar, kuar masak 39 weeks or ngam-ngam due date sebab tukang urut tak available kan. Tapi nak dijadikan cerita, lepas kami ni merata cari tukang urut lain nak spare kot terberanak awal, skali yang akak ni boleh whatsapp kate available bila-bila masa dah. Tak tanya pulak kenapa. Mungkin customer dia yang sebelum ni tak jadi ambik sebulan kot. So dia tunggu je I beranak dan terus boleh datang rumah. Alhamdulillah, rezeki baby.

Next week ada last check up dengan hospital putrajaya. Lepas tu, tunggu masa je lah kot. Tengok lah doc nak macam mana. Kali ni last nak cuba tengok muka dia..if not, I redha je lah tengok masa keluar nanti.

Doakan I senang bersalin normal, dipermudahkan segalanya dan selamat semuanya. Amin.

daaaa...

Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

Friday, 6 March 2015

Untuk Baby

Assalamualaikum baby,

Hari ni mummy nak luahkan perasaan mummy sikit. Dah lama mummy simpan tapi hari ni baru nak tulis.

Sejak dari 6 bulan lagi, susah betul mummy nak tengok muka baby masa buat scan. Sampai doc yang buat scan 4d pun give up nak tekan perut mummy supaya uri beralih sikit dari muka baby. Baby duk dekat dengan uri. Pastu tutup muka dan telinga. Puas pujuk, tak jalan jugak. Bertepek dengan uri tu. The best gambar pun nampak mulut baby muncung. Tu lah the best pun.


Sampai lah setiap kali pergi check up..mesti tak boleh nampak muka. Puas lah doc tekan perot mummy, mummy minum air banyak...konon orang cakap nanti baby timbul lah apa lah..ada yang cakap minum air orange..semua lah dah buat. Tak nampak jugak. 

Last check up..mummy minum air orange, baby tutup muka baby dengan 2 belah tangan baby. Sudahnya mummy dengan daddy dapat bilang jari je. Tak tahu lah baby malu apa. Kalau ikut perangai pemalu tapi nakal..tu memang anak daddy sangat.

Jadinya bila dah genap 36 minggu ni, mummy berserah je lah..apa-apa pun mummy tunggu je lah baby keluar. Suprise muka baby macam muka mummy or muka daddy.

Satu lagi mummy mintak kat baby...kalau tak nak tunjuk muka pun, tolong lah jangan tendang kuat sangat perut mummy ni bila lapar. Ni tendang macam nak tendang bola. Senak sampai ke pinggang ok..Sakit tau. Mummy tak tahu dah nak buat apa..sampai pagi petang siang malam dah makan nasik. Badan mummy ni dah naik 15kg tapi baby relex je 2.1kg je. Nampak sangat nafsu mummy yang menggila. Ni mummy harap dalam pantang nanti turun banyak. Padahal kalau ikutkan selera makan mummy...tak adalah mengidam macam-macam. Ntah lah..mummy ni jenis senang gemok kot hahaha.

Yang mummy nak puji, baby jarang bagi masalah bila malam. Jarang buat mummy tak tido malam. Cuma bangun kencing tu memang wajib lah. Sekali je mummy bangun makan kul 3 pagi. Tu pun silap mummy jugak g makan lunch lambat pastu tak makan malam dah.

Hari ni ngam-ngam 36 minggu tapi baby tak engage lagi. Mungkin baby dengar kot bila mummy dengan daddy cakap suh keluar ngam-ngam due. Sebabnya..mummy tempah orang jaga dan mengurut masa pantang nanti ngam-ngam due date baby. Mak cik tu tak available kalau awal sangat. Kalau tak, terpaksa lah mummy cari orang lain tapi deposit dah bayar pulak.

Walaupun rasa dah tak larat nak bawak baby dan ada rasa tak sabar nak tengok baby, tapi mummy gagahkan jugak. At least lepas lah stage premature..biar masak ranum dulu baru keluar k.

Baby, hopefully baby sihat kat dalam tu ye. Bila keluar nanti jadi budak baik k. Senangkan mummy n daddy jaga baby. 

Love you too much..muahhh
 
Love, 
Mummy

Wednesday, 4 February 2015

Pregnancy Travelog - Almost 32 Weeks

Assalamualaikum.

Lepas masuk third trimester ni, rasa masa berjalan dengan cepat pulak. Tup tup dah nak masuk 32 weeks. Nanti pejam celik pejam celik tunggu masa baby nak pop up je. Berdebar pulak.

Rasa baru je lepas morning sickness masa 5 bulan hari tu...tup tup bila pertengahan 7 bulan ni tetibe selera makan hilang. Kadang boleh muntah. Ada je bau makanan yang tak boleh nak bau. Even dengar hubs burp pun terus muntah. Rasa macam geli je dengar org burp..Padahal sebatu kawan tu lari tp still. Ntah apa perangai pun tak tahu sekarang ni. Semua benda rasa geli. Termasuklah tengok dan bau kari. Makan je tapi tak lama pun kari tu bermastautin dalam perut. Yang peliknya, kari mamak boleh pulak makan.

Tu belum lagi bau sabun basuh baju. Ntah hapa-hapa sekarang ni tak boleh bau pulak. Naik pening lah hubs. Nak jemur baju pun fikir banyak kali. Sudahnya dia hantar dobi. Tapi sabun dobi wangi pulak. Suruh dia g tanya org dobi tu pakai sabun apa, dia tak nak pulak. Ntah apa-apa.


Ni gambar semalam dekat Astaka Morocco, Taman Botani, Putrajaya. Dalam tak sihat, turun padang jugak untuk bantu photo shoot new product untuk Tihanna. 1st time ada gambar pregnant berdua dengan hubs. Dah nak beranak baru nak ada gambar hahaha.

Baru naik 11 kg muka dan badan dah kembang semangkuk. Tak tahu lah kalau jenis memang boleh makan dari awal mengandung sampai akhir, mau naik dekat 20kg agaknya. Masa tu mungkin jadi tong bergerak. Dah tak jadi comey macam penguin dah kot.

Bukan tak sihat apa..badan tetibe berangin dan kepala baby duk kat atas. Sengkak dan susah betul nak bernafas. Kalau duduk saje lagi lah tak boleh nak buat apa kan. Jadinya ke hulu ke hilir jugak lah. Balik tu lembik. Tak lalu nak makan tengahari, tapau makan petang. Malam tu tak makan sebab rasa kenyang lagi. Tapiiiii...kul 3 pagi baby buat mogok dalam perut aih. Dia duk lah bergerak macam main roller coaster dalam perut mummy dia. Bangun makan cornflakes sebab suspect dia ni mesti lapar. Lepas tu baru lah diam. Jarang sangat-sangat dia kacau masa tidur. Biasanya bangun 2 3 kali sebab nak buang air kecik je. Semalam merasa lah bangun makan malam-malam buta. Baru tahu gini rupanya bila lapar malam-malam. Lepas tu susah nak tidur. Janganlah hari-hari macam ni ye, baby. Esok mummy nak keje dah jadi macam zombie. Mummy bukan jenis senang nak tidur kalau bukan katil sendiri.

Sekarang ni pun giat duk survey set berpantang tapi yang berkenan di hati macam set berpantang NR. Macam best je. Review banyak yang tulis pasal turun berat badan dengan banyaknya. Kadang depends pada badan jugakkan. Jenis I ni yang lemak tepu dah bertahun ternak, tak sure lah macam mana. InsyaAllah niat di hati memang nak gigih berpantang. Niat kena ada. Action kena bersungguh hehe..

Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

Friday, 2 January 2015

Pregnancy Travelog - 24 - 27 Weeks Old

Assalamualaikum. 

Since 1st check up masa 6 bulan hari tu..hati ni meronta-ronta nak tahu jantina baby. Ye lah..nafsu mak nak shopping baju membuak-buak. Anak tak ada apa-apa pun, maknya yang lebih. hehehe.

Takut jugak kalau nak beli pink, tapi keluarnya yang ada burung haha..jadi untuk langkah selamat, kami pergi scan. Memula nak buat 4D tapi kebetulan doc tu tak pandai nak guna sebab mesin baru. Sudahnya dengan 2D je dulu. Masa ni macam confuse lagi.

Tapi bila seminggu lepas tu, kami try buat 4D. Susahnya baby nak tunjuk muka. Dekat je muka tu dengan uri. Dah macam-macam buat nak suh tunjuk muka. Kang dia tutup telinga dengan tangan, kang tetiba tapak kaki kat muka..sampai doc cakap dah macam gymnastic pulak baby ni. Kang mendongak pulak. Macam-macam kerenah. Tu pun dalam duk kacau baby ni, sempat dia menendang kuat kat mummy dia. 

Lama duk dalam bilik scan baby. Akhirnya ni je the best photo yang boleh print. Muncung mulut tu. Marah sangat kot orang kacau dia=)

 
Assalamualaikum..anak mummy!=)

Alhamdulillah baby sihat, air ketuban ok, cukup sifat insyaAllah..dan kami pun berdoa yang baby sempurna semuanya. 

Cumanya bila dah masuk 27 weeks ni, tido dah tak boleh terlentang..kene mengiring je. Kalau tak dia duk kick je. Kuat pulak tu. Sudahnya mummy dia tak dapat tido. Kang bangun nak kencing, kang senak perot. Dah lah lately ni cuaca tak menentu...hidung tersumbat bukan blh nak tido mengiring..esoknya kene MC pulak hehehe.

Barang baby almost 80% completed. Tinggal yang kecik-kecik je. Cuma barang pantang je belum beli lagi.

Thanks for reading=) 

Love,
Nurul

Friday, 6 December 2013

Alergik Ke?

Assalamualaikum. 

Tak tahu lah ape yang orang dalam perut ni alergik sebab tetibe pusat ada rasa gatal-gatal dan keluar air. Ingatkan tak korek pusat, tapi rasanya orang rumah rajin bab bersih-membersih pusat orang ni muahaha...

Mungkin ada lah yang tak boleh makan ni cuma tak dapat dikenal pasti lagi. Malas nak g klinik sebab lepas 3-4 hari dah kering sendiri pulak. Yang last ingat masa sebelum gatal tu, makan telur putuh...tapi takkan lah telur puyuh dengan telur ayam tak sama kan? Sebab itu je yang rare sikit 1-2 hari sebelum kegatalan melanda. 

Hai lah anak..jangan lah cerewet sangat. Sebabnya pagi-pagi susah betul nak selera makan. Yang boleh makan setakat bihun goreng, nasik lemak..kueh-kueh pun memilih. Kalau tak kene selera, sampai tengahari lah tak tahu nak makan apa..tapi kalau kene selera, tengahari memang habis sepinggan. Mana tak naik badannye T___T".

Cuma yang boleh tahan sekarang sebab tak ada morning sickness...cuma muntah bila tak kena makan je. Cerewet betul orang dalam ni. 


 Sekarang dah almost 11 weeks...so almost fully formed. Average besar baby kemungkinan sebesar lime ni..tak sabar nak check up Isnin minggu depan=)



Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Monday, 18 November 2013

Orang Baru

Assalamualaikum. 

Semua sihat ke? Rasa dah lama sangat tak update blog. Banyak sangat halangan dan makin lama, makin kekurangan idea pulak.

Tapi hari ni nak jugak upload pasal orang baru dalam hidup kitorang. Dah masuk 8 minggu pun. Tak ada keberanian nak bgtau awal-awal takut tak menjadi sebab terlampau awal.

Masa sebelum tahu pregnant, asyik lah nak makan udang. Dekat seminggu jugak lah asyik makan udang. Dua tiga hari sebelum tahu, tak boleh minum nescafe letak susu, tak boleh makan cereal dengan susu. Habis semua dimuntahkan balik. Morning sickness tak ada pulak. Cuma rasa loya lepas minum or makan yang ada susu. 

Masa ni dah pelik. So tak dan-dan nak tunggu balik rumah, terus beli test kit...lepas lunch jugak check. Masa tengok line tu terang je, tak terkata...Tak tahu macam mana rasa, nak menangis pun ada, nak senyum pun ada. Serba salah. Eh, pregnanttttttt...ala tahun depan tak dapat pergi Hong Kong dengan semua family members...alaaaa...terpaksa tukar date tiket tu sebab dah beli masa promo sebelum tahu pregnant.

  
Yang paling tak sangka, dalam nak elak bersalin bulan puasa, terkena jugak bulan puasa. Adoi..konon masa lepas kahwin, bulan 6 make sure dah pregnant sebab nak bersalin bulan 2. Konon lah nak sama dengan birthday, sama dengan anniversary..tu semua konon..budget subur sangat lah kan. 

Tapi alhamdulillah rezeki semuanya dari Allah. Syukur jugak sebab ada juga hasil walau pun jarang-jarang proses..ops! hehehe.. 

 Dah 7 minggu rupanya =)


So far Alhamdulillah tak ada morning sickness. Cuma ada rasa loya kalau terlebih makan. Makan pun kena makan sikit-sikit supaya perut tak ketat. Sebab bila dah ketat akan cepat loya. Kadang muntah jugak apa yang dimakan bila baby macam tak nak terima je. Kalau makanan yang tak diterima tu, habis semua keluar balik. Kalau yang dia nak, akan keluar air je sebab overloaded je. Adoi hai baby...sila lah behave. Kadang sampai tak tahu apa yang nak dimakan. Takut tak kena selera. Setakat ni kalau hubby menggoreng apa-apa boleh bau lagi, bau badan dia pun ok cuma kadang-kadang kalau nak tidur rasa rimas kene peluk sebab perut tengah buntat. So tolak dia jauh-jauh hehe. Jalan pun ok lagi, cuma kalau ada hari yang rasa tak larat ada jugak datang angin dia kadang-kadang. Cuba kalau angin segar, terus tak ingat yang sedang pregnant hehehe.

Nampaknya lepas ni update pasal pregnant pulak. Pasal wedding mungkin sikit-sikit je lah kot.

Doakan saya dan baby sihat walafiat. Dimurahkan rezeki juga untuk kami sekeluarga.

=)

Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60