Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Review #11 - Catering

Assalamualaikum. 

Sorry..dah lama menyepi kan..tak ada mood nak continue review since banyak kerja nak kena settle.

So kita sambung pasal catering pulak..

Untuk malam nikah..kitorg dah decide nak buat nasik dagang, goreng keropok lekor, karipap ikan (ni memang tak jumpa kat lain selain terengganu je) dan few kueh jugak. Home-made nasik dagang untuk tetamu dari luar Terengganu memang dapat good comments lah...Licin selicin nya. Pengantin pun makan sisa-sisa je tau..hehe

Untuk bersanding dan bertandang...kitorang booked Rassdeco Event & Catering. Makanan tiptop. Service paling bagus..dapat pujian ok. Asalnya diorg tak nak datang sebab jauh katanya. 3 bulan tunggu jawapan dari owner diorang (Kak Ila)...akhirnya diorg pasrah jugak. Untuk budget, for me its worth dapatkan makanan diorang ni.

Untuk majlis bersanding di Terengganu, I gunakan catering diorang saje since pelamin I diy je..walaupun diorang ni masak sebelah rumah je..sebelah bilik mak I tidur pulak tu..tapi tak sedar bila diorang masak. Memang senyap je..buat kerja kemas. Sampai lah hari last nak berkemas pun sampah satu pun tak ada. Serius diorang ni bagus. Customer service pun ok. Since I berurusan terus dengan Kak Ila..so lagi senang lah.

Untuk majlis bertandang di Taman Botani Putrajaya...family belah suami ambik sekali dengan pelamin. I malas dan letih nak diy semua. Penat diy pelamin nikah dan sanding tak hilang lagi masa majlis bertandang ni. So decide ambik sekali gus dengan caterer je senang.

Kat bawah ni gambar masa majlis bertandang. Yang bersanding I malas nak korek dalam pendrive. Ni ambik dalam fb Rassdeco je..






Majlis buat simple-simple je. Yang penting semua berjalan dengan lancar. Tak ada yang complaint pasal makanan tu yang paling penting sebab kita jemput orang, biar orang balik dengan perut terisi kan. Pelamin, baju dan sebagainya biar lah sederhana saja. Yang penting, tepuk dada tanya poket sendiri hehe..Janji tak buat loan, tak pinjam merata-rata. Yang ada ni dah cukup syukur dan alhamdulillah.

Thanks to our both families...yang banyak menyumbang untuk jayakan majlis kami.

=)

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Saturday, 31 August 2013

Yang Patut Review Nanti

Assalamualaikum.

***STICKY POST***
 
Agak banyak yang I D.I.Y untuk wedding sendiri sampai ada satu tahap I dah tak boleh ingat mana yang I buat. So, here is the list of D.I.Y thingy and all the things are not D.I.Y as well=)

AKAD NIKAH
  1. Pelamin nikah
  2. Baju Melayu + Baju nikah + Veil + Shawl
  3. Make up
  4. Bantal love + I do (cara jahit dah review kat SINI)
  5. Doorgift
  6. Hantaran for both side
  7. Hand bouquet
  8. OP + OV
  9. Makanan
  10. Hanging Jar (cara buat kat SINI)
  11. Kalau ingat tambah lagi=p 

RECEPTION 1 - KEMASIK
  1. Pelamin sanding
  2. Baju sanding + Veil + Shawl
  3. Hand bouquet
  4. Make up
  5. OP + OV
  6. Centerpiece
  7. Bunga telur/pahar
  8. Buttonaire
  9. Paper bunting (tak guna sebab hujan sikit, sangat terkilan. But i will review it jugak)
  10. Wedding cake
  11. Catering
  12. DJ and PA System
  13. Doorgift
  14. Guestbook + photo prop corner
  15. Kalau ingat tambah lagi=p

RECEPTION 2 - TAMAN BOTANI PUTRAJAYA
  1. Lokasi Majlis
  2. Pre-honeymoon
  3. Pelamin
  4. Hand bouquet
  5. Baju + Shawl
  6. OP + OV
  7. Make up
  8. Catering
  9. Doorgift

ETC
  1. Wedding kad
  2. Pre-Honeymoon
  3. Honeymoon
  4. ETC

Stay tuned ya!!! Will review one by one as soon as possible. Most of the pictures still with OP. So, I have to wait for certain things to make a review.


Thanks for waiting and reading=) 
Signature_zps51b77f60

Saturday, 20 April 2013

Untuk Tatapan Orked Violet @ SYA

Baju bertandang
Warna dark peach n light peach

Nanti i buat proper entry

Wednesday, 10 April 2013

Review #9 - Baju Bersanding

Assalamualaikum. 

Dah lama tak update pasal kahwin kan. Memandangkan hari ni hati I kurang berminat nak ber-mingle-mingle dengan orang sekeliling, jom I sajikan dengan baju bersanding masa di Kemasik hari tu.

Since baju ni ditempah dan dijahit sendiri beads, diamonds dan lace..so, I nak bukak untuk sewaan jugak. Daripada bergantung kat rumah je kan. Nak jual macam sayang pulak. Mana lah tahu ada hari-hari tak betul tiba I nak pakai dalam rumah (kalau muat lagi) untuk mengimbau kenangan bersanding..cewah=p

Gambar malas nak edit. Letak watermark sudah.

 Dari tepi

 train belakang tak lah panjang sangat tapi kira sapu lantai jugak lah

 Lace kat lengan

 Kat belakang ade butang berderet dari leher sampai area atas punggung..kat tangan pun ada butang jugak

Dari depan..Tak jumpa gambar penuh. Malas nak godek dvd banyak sangat gambar. Pening.

 Ok..ni gambar depan..crop gambar yang ada supaya tak perlu cari gambar kat rumah nanti haha..dasar pemalas.

Untuk pengetahuan, lace kat baju tu i patched kat lengan, pinggan, bahu ckit pastu letak pearls and diamonds supaya shine bright like a diamond walaupun non hado. Saje Letak pearls sama color dengan lace sebab I nak tone down color lace tu supaya tak nampak berbeza dengan sampin. Lace tu color asal mcm off white/light yellow. 

Untuk veil, i letak kat bahagian depan saje lace nya. Kat tudung tak ada langsung lace sebab tak sempat nak jahit. Pengantin busy buat pelamin dan hantaran katenye. Tu pasal muka bulat je. 

Size baju ni memang ngam-ngam untuk yang tingginya bukan cutting model. Kalau model katik ye sebab baju ni ngam-ngam or lebih ckit dari 150cm. Paling max boleh pg pun 152cm je kot. Tu untuk labuh bahagian depan lah. Bahagian belakang tak ada masalah sebab dah labuh. 

Size baju..untuk yang bersaiz M/L or UK 10/12. Since major lace kat bahagian pinggang, so im not prefer major alteration jugak. Kalau ada pun mungkin kat bahagian dart je kot. 

Baju laki pun nak bg sewa jugak includes sampin dan tanjak. Accessories tak ada. Tinggi laki tak ingat tapi size baju dia pakai selalu biasanya size S kalau nak ketat, size M kalau nak longgar tapi baju ni boleh muat both size S dan M sebab baju ni besar sikit.

Kalau ada yang nak try, do contact me at love_in_february@yahoo.com

Eh..lupa nak bagi tahu...baju color sky blue ye.

Ok. Bye

note : tungguuu..nanti time baju bertandang pulak!

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Thursday, 28 March 2013

Review #8 - Pre-Honeymoon

Assalamualaikum.

I nak skip dulu pasal wedding. So, hari ni nak cerita pasal pre-honeymoon kat Cyberview Lodge and Spa, Cyberjaya. Padahal resort ni sebelah opis je kot. Nak tido jugak hehe.

Since I tengok kat groupon masa tu harga memang berbaloi-baloi dari harga staff, laju-laju booking. Beli belum lagi, booking dulu. Nasib staff diorg allow buat macam tu. Kalau tak memang tak ada maknanya lah. 

I tido kat sini sementara tunggu majlis bertandang.

Masa I tengok kat groupon, harga RM499 untuk 3 hari 2 malam adalah sangat murah dari harga biasa tapi untuk deluxe chalet sahaja..Then, masa booking I upgrade ambik executive deluxe chalet dengan tambah RM50/night which is bilik lagi besar dari deluxe chalet. Kalau dikira-kira dan dicongak-congak, harga untuk bilik executive ni will cost me around RM530++/night (promotion price and belom tolak 20% harga staff). Memang tak lah laki den nak bayar kan. Gigit jari lah.

Thanks groupon (tetibe) hahaha

Bilik memang besar gabak. Kalau nak main lumba lari memang boleh sangat. So, jom tour bilik sekarang =p

View dari pintu masuk..seeee nampak tak katil yg super cozy tu
Bath tab dah memanggil-manggil untuk berendam hehe..ada lagi belah kanan tu. Ada shower room dan toilet tp tak snap
Living area dan ada meja solek lagi
 The best katil n bantal ever..serious tak tipu

 Ada set of dining table for two, small pantry siap ada fridge 2 pintu, meja laptop

 The verandah

Pada yang nak honeymoon dan tak nak keluar pergi buat aktiviti ape-ape..sini adalah tempat yang paling best untuk dating berdua sambil buat anak (eh). 

Yang paling I tak boleh lupa..bantal yang best gila. Orang yang susah tido macam I ni memang akan rasa.."Ya Allah syukur sangat dapat jumpa bantal ni"..hahaha..poyo tak?. Terus lepas tu pergi cari bantal yang lebih kurang sama. Janji letak kepala je tido. Memang tak pandang kiri kanan dah. Tenggelam dalam ke-empukkan bantal. Bukan dalam pelukan suami muahahaha..

Okeh ter-over.

Bye.

Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Wednesday, 20 March 2013

Review #7 - Hand Bouquets

Assalamualaikum. 

Kali ni nak review pasal hand bouquets untuk semua events dari akad nikah ke bertandang. Semuanya D.I.Y dari fresh flowers ke brooch. Memandangkan sikit je nak cerita pasal hand bouquets ni, so I pukul rata bagi habis review semua hehe.

1 -  Akad Nikah

Just guna pink roses dan buat yang simple saje. Memang nak yang macam tu je plus masa dah tak mengizinkan I buat yang lebih complicated. Banyak lagi hantaran nak dibuat kan on that day. So, yang simple menjadi idaman hati.

Rose tu I beli satu bundle ada dalam 20 kuntum, 2 kuntum I sendiri dah patah kan, so tinggallah 18 kuntum je. Tak besar, tak kecik untuk I yang kentot dan buntal ni T__T


2 - Bersanding - Kemasik, Terengganu

Totally love this one. Fully baby's breath. Tak besar pun bunga ni. Just nice je. I nak something yang boleh bagi effect lembut since baju I memang simple saje. Al-maklumlah beading sendiri kan.


3 -  Bertandang, Taman Botani Putrajaya

I guna 25 brooches yang I beli dekat Kenanga, artificial hydrangea beli dekat SSF dan letak je lebihan ribbon. Yang ni paling awal siap sebab tak guna fresh flowers kan. Ingatkan dah terkubur idea nak D.I.Y hand bouquet ni sebab tak jumpa cari brooch yang dalam budget. Tapi sebab nak sangat, cari sampai jumpa. Akhirnya..masa wedding boleh senyum lebar hahaha
 


Brooch hand bouquet for rental..atau ada yang nak tempah hand bouquet lain pun lai lai..=)


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Monday, 11 March 2013

Review #6 - Ferrero Rocher Untuk Tetamu

Assalamualaikum. 

Ok..I sambung lagi review untuk malam akad nikah. 

Walaupun budget I sangat lah tak berapa nak ada, tapi I rasa nak bagi jugak simple gift untuk tetamu malam nikah tu. At least diorang tak balik dengan tangan kosong. Walaupun mula-mula I nak bagi yassin atau himpunan doa tapi bila difikirkan balik, tetamu I bukan semuanya Islam..so I tukar idea. Just bagi chocolate je.

So I decided nak beli ferrero rocher je. Bagai di cita ulam mendatang, kawan I kebetulan ada di Langkawi. Masa ni memang tinggal lagi 1 bulan je nak kenduri. Macam rezeki pulak, kan. So dia text tanya nak kirim apa dari Langkawi. Then I cakap nak ferrero rocher around 150 bijik. 

Lega dah satu benda dah settle. Masa makin suntuk ni. Pastu nak wrap sendiri pulak kan. Cari nahas betul pengantin ni=p

I pun beli kain net warna cream dan ribbon merah siap-siap..prepare dulu barang yang nak guna untuk wrap sebelum ambik ferrero rocher dari kawan kan. 

Bila sampai hari ambik tu, I dah hulur duet..skali kawan cakap ni rezeki I nak kahwin. Dia bagi free semua chocolate tu. Dah lah siap hantar depan rumah lagi=)

Alhamdulillah..memang betul-betul rezeki melimpah ruah bila kita nak kahwin ni kan. So, doorgift I jadi lah yang macam kat bawah ni. 



So, total cost :

4 meter kain net - RM10
1 bundle ribbon - RM11
150 bijik ferrero rocher - FREEEE!!!


Note : Thank you Mohsein for the chocolate;)


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Wednesday, 20 February 2013

All About Pelamin

Assalamualaikum.

Just nak tunjuk pelamin dari akad nikah hingga ke bertandang je..kebetulan ada jumpa gambar yang di-tag dan share dari catering.

 DIY-ed pelamin akad nikah - fresh flowers

 DIY-ed Reception Dais

 Bertandang dais by Rass Deco & Event

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Got Hitched!

Assalamualaikum. 


Officially as husband and wife on 10 Feb 2013
=)

New journey, new life, new missions and visions.


nota : banyak nak review tapi tunggu gambar dari OP dulu.

 
Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Friday, 5 October 2012

Perihal Baju Bajan

Assalamualaikum...

Sebelum I sambung pasal Jakarta lagi, I nak bgtau je sekarang ni hati lega sebab baju dah siap hantar tailor. Since body bukan cutting model, I decided tempah ketiga-tiga baju dari akad nikah, sanding dan bertandang. Budget untuk baju bajan pun tak banyak since nikah je guna full beaded lace, yang lain semua guna chiffon je. Lagipun I beli chiffon dengan harga murah.

Chiffon yang sama I beli di Jakarta sebanyak lebih 10 meter (lupe brp, kalau tak silap 15 meter kot) dan bidang 60 inch, kat Jakel charge RM68/meter. Padahal kat Jakarta murah gila kot. Dasar cekik darah sungguh diorang ni.

Tailor yang I hantar ni asal dari Bandung. Dia datang sini dengan permit sendiri sebab ikut suami keje mechanic kat J.Co Donut. Bukan kerja buruh ye. Dia datang sini sbb kene transfer. So, bulan 12 ni diorang maybe balik for good. Harap sempat lah siap ketiga-tiga baju I tu. 

Akak ni pandai jahit dress uolls. I dah tengok dia jahit untuk pak andam dekat rumah I. Cantik dan 90% sama dengan gambar yang diorang bagi. Rupanya mak I risik-risik, akak ni dulu kerja dengan Amin Jauhary dan pernah kerja dengan Alinas. Dia berhenti pun bukan sebab apa, dia kene balik untuk renew permit dulu. Lepas tu sekarang ni dia kerje kedai jahit biasa je. Dia ambik upah jahit baju I ni pun sebab nak cari duet lebih. Kalau ikutkan gaji dia dengan kedai keling kedekut ni, memang tak cukup bayar permit dia setahun. Kesian sangat.

Sebelum pergi ke Jakarta, I pergi tanya dia berapa meter nak guna dan kain macam mana kan. Pastu I tanya sekali dengan upah, akak ni tak nak bagi tahu tapi since I takut upah nanti out of I punye budger, I tanya jugak. Last-last I tanya upah untuk 3 baju ni sampai tak RM700 since I hantar banyak dan yang bertandang akak ni tolong patch lace untuk I kan..dia terkejut sangat. Dia cakap satu baju tak sampai pun RM100 kecuali I nak suh dia beading. Kali ni I pulak yang terkejut.

Kat bawah ni contoh baju yang dijahit akak tu. Patched lace by pak andam sendiri. Mula-mula tengok kain pink kat dalam tu macam...eee, tak cantiknya. Sekali bila dah jadi baju macam cantik lah pulak. Ada a few baju lagi kalau nak tengok ada lama page diorg kat De'Solick Boutique.

 Ni gambar masa diorg masuk pertandingan makeup kat PWTC last week. Menang no.1.

So sekarang I happy sebab semuanya under my budget lagi=D
 
Thanks for reading!=)

Thursday, 13 September 2012

Colours!

Assalamualaikum...

Hari tu I ada blog pasal colour themes for our nikah, bersanding dan bertandang. As time goes by...it keep changing sebab tuan dia pening colour apa yang sesuai. Tu baru pilih colour, belum lagi tanya family masing-masing ok ke tak. Dan yang paling penting kami berdua tak tenggelam pada hari majlis tu.

So we decided untuk baju akad nikah will be in off white, white or cream. Bahagian deco I akan decide nak colour ape janji baju mesti antara 3 colours tu.

Nice combo for decos, right?=p

Untuk bersanding, mula-mula I decide nak color ni...


Turquoise or tiffany blue with dark choc

I ada blog kat sini...then I tukar color (check sini) pulak as I nak pakai baju baby blue plus the decos must be in pastel colours jugak.

.


Colours untuk bertandang actually I decide untuk buat bersanding belah I tapi dah incik tunang nak jugak buat colour hijau + cream colour range sebab dia nak buat dekat garden so, terpaksalah I cari colour lain untuk I. Pening tau main dengan colour ni. Semua nampak cantik dan rambang mata mana satu nak pilih. Nak finalize untuk pakai baju baby blue dah makan masa brp lama untuk decide.
 

Then bila dah dekat-dekat nak pergi Jakarta ni, I pulak rasa macam tak sesuai kitorang pakai colour soft green (I wanted mint green actually) as environment kan dah green. So, tenggelam lah nanti. So, I convince incik tunang yang kitorang kene look differ on that day. Memandangkan dalam hati I dah berkenan dengan coral or ke arah-arah peach atau orange ckit so I propose lah kat incik tunang. Dia pun mula-mula macam fikir, erm..ok ke dengan kulit dia ape lah ini lah itu lah...at last dia setuju lah dengan kehendak I. Ala, dia pakai coat je kot. Yang berubahnya colour tie dia je. Gelabah betul lah. hahaha...

Agaknya I kene badi pak cik I yang suke orange sampai handbag dan hp cover pun orange..what a pity me kan=p

So, here's the colours combo for his side....



Akhirnya...berakhir lah sudah kisah colours ni. Penat tau nak fikir pasal colour ni. Ni lah keputusan yang perlu di buat untuk proceed bende lain lagi. Kalau belum decide colour, bende-bende yang nak DIY, yang nak book, yang nak beli memang tak jalan sebab duk pk kang kalau buat colour ni, deco nak colour ape, baju macam mana, pelamin, bunga telur, souvenir dan sebagainya. 

Yang I pernah blog dekat sini, memang dah lari almost 70% kot. Tu just roughly idea masa belum finalize, masa belum tahu erti google sampai berpinar bijik mata mana satu nak pilih. 

Wedding attires for these three events pun dah finalize kat sini. Kiranya hari ni last nak list down apa yang nak beli (nanti sampai sana mesti ada bende lain yang nak beli yang terkeluar dari carta..tengok lah nanti) berserta gambar duk dalam blackberry ni. Dalam ingatan pun ada dpt imagine mcm mana nak buat.

So, tunggu I update pasal Jakarta next week k. I harap I ada tenaga lah bila balik nanti. Kalau tak ada tenaga pun, I harap I ada duet lebih lagi bila balik nanti. Kang nanti banyak bende nak beli sampai I swipe card credit, hujung bulan xde simpanan dah. hehe...

See you guys next week...(macam ada je yang baca..tak boleh blah perasan sorang-sorang hahaha)

Thanks for reading!=)

Tuesday, 11 September 2012

Wedding Attires Inspiration

Assalamualaikum...

Dah tinggal berapa hari lagi nak ke Jakarta. Barang-barang yang nak dibeli sudah list down. Design baju pun dah finalize dan jumpa tukang jahit pun. Pasal tukang jahit..nanti I cite lebih panjang lebar selebar badan I..oppss!!hehe

Untuk majlis akad nikah nanti, weolls (haha..gedik iolls ni) dah decide untuk buat baju off white atau cream atau putih sahaja. Kata incik tunang, no more tukar-tukar color sebab untuk bersanding dan bertandang I dah conquer so untuk akad nikah kene dengar cakap dia (nak jadi isteri solehah kan...so patuh je lah T__T). Musnah harapan iolls nak buat baju nikah in champagne color tau. Cantik uolls color tu tapi tetap tak di pandang oleh incik tunang. Kejih sangat kan.

Its ok..layankan saje gambar kat bawah ni.

Color ni I nak..

Untuk baju bersanding pulak, I still kekalkan baby blue. Design baju I dah decide cuma incik tunang belum confirm nak buat atau sewa saja. Ikut suka dia lah, janji I dah jumpe tailor dan dah tahu berapa meter kain nak guna. Dan yang paling penting, tak mau I nampak bambam sangat.


Simple..kan?

I nak buat dress with patched lace yang boleh menutup kekurangan pinggang I yang tak berapa nak ramping ni. A bit similar dengan dress kat atas ni tapi of course lah lengan panjang. Kang ada yang tengah bersanding kene baling kek kat muka..haha

 I nak buat yang ni..incik tunang cakap tak brp nak cukup inci plus rendang plus gemok. Sampai hati='(
Untuk bertandang pulak, since buat kat taman..so design pun a bit simple lah. I just nak full lace at the top and plain one at the bottom. So I chose this,



Lagi pun I ada buat research if badan tembam macam I dan rendah dan pendek dan rendang tak berbuah dan gemok ni, kene buat belahan kat tengah supaya tak nampak punggung lebar. Then, bahagian dalam I akan beli chiffon yang a bit darker than outter tu. So, the dress akan guna 2 color chiffon. Hopefully bila dekat Jakarta nanti I manage to buy everything jangan ada yang tertinggal dan I kene tawas kedai kain lagi lepas tu I akan menyesal sebab design dekat Malaysia lagi I berkenan.hahaha. So, I memang berazam (haa..berazam ko) tak nak fikir dah bila balik nanti. Just hantar kat tailor dah ukur badan sahaja.

Ok..dah untuk baju I. Sekarang baju untuk incik tunang pulak.

Untuk nikah of course lah baju melayu. Tak pernah pulak I tengok orang akad nikah pakai coat ke ape kan. Google punye google, search punya search, I jumpa satu design ni.


Tapi tak silap I Anizan Yusof ni designer. So non ade bajet untuk designer. Kitorang import tailor dari Indonesia je. Murah dan harap outcome nya baik.

Kalau bersanding belah I, baru-baru ni blogger Irine Nadia Marcello ada pakai baju baby blue untuk bersanding belah dia. So si incik tunang nak lebih kurang atau sama macam ni.


Katanya dia nak pakai macam kat bawah ni sebab buat kat taman n english garden sgt katenye. I ikut je. Janji baju I siap. Hahaha...


Untuk veil dan tudung pulak...akad nikah kemungkinan guna chiffon for both dan net untuk bersanding. Untuk bertandang I decide tak nak guna veil tapi maybe tang tudung tu bagi effect flowy ckit. Belum difikirkan lagi tapi I dah reserve dalam 1-3 meter depend pada bidang dan design nak buat veil dan tudung nanti.

Eh..kate garden wedding, pakai topi macam ni boleh?=p


 Amacam? hihihi

 Boleh buat lambaian ratu gtu kan..

Ok lah...tau mau main-main dah. Layan je lah gambar tudung dan veil inspirasi I nanti. Cantik lah tudung diorg uolls. Memang berkenan habis lah.





Sampai sini dulu untuk cerita baju bajan inspirasi dari bloggers dan google sekalian. Some of the pics I just save pic sahaja without save diorng punya link tapi yang ke-3 dari atas or ke-2 paling last tu from blogger Intan.

Nanti I rajin I sambung balik cerita pasal tailor I dan mana I jumpa kakak indonesia ni.

Thanks for reading!=)