Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

Aqeel's 1st Birthday

Assalamualaikum.

Lama sangat tak bukak blog ni..kesibukkan hal-hal harian dengan anak, hubs, house chores and business..sampai terlupa I ada blog hehe..

Ni nak cite Aqeel's 1st Birthday.

Celebrated secara kecil-kecilan je..panggil kawan sikit-sikit, selebihnya geng-geng Aqeel kat nursery. Tak larat lah nak buat besar-besaran. Kecik ni pun dah penat woii..

Kadang mummy dia terlebih ngada sebab nak ada gambar kononnya. Kenangan lah katakan. Bukan selalu. Dah janji dengan daddy dia yang buat setiap 5 tahun..yang ke 2 3 4 hantar je pergi nursery...settle.

We chose duck theme in yellow and blue. Rubber duck beli kat chow kit je. Murah pun murah. Nampak tak mummy so cheapskate hehehe...semua bende nak cut. Even yang pompom tu, sticker kat drinking water, baju pun diy.

The invitation card 
(kat bawah ada address tapi have to crop lah for security purposes)
 
 Ni dessert table yang simple-simple je.

 Birthday cake - duck theme (since Aqeel likes duck)
 
 Mango cheese cake in mini pot by me

 Tak nampak pulak baju yang mummy diy..

 
 Look, mummy yang too excited hehehe

 Tangan tak boleh duk diam...kan dah kene cake

 Penyambut tetamu..masa ticers, kawan-kawan Aqeel dah datang..dia memang bawak diri ke hulu ke hilir sendiri. Ni teman mummy samput tetamu


Menu pada hari kejadian:

Cake: Anies Bake House (choc cake with steamed cream)
Mini mango cheese cakes: sisters
Spaghetti bolognese and carbonara: me
Nasi kunyit and chicken curry: my mom (paling dapat perhatian)
sandwiches: easymakan (IG)
Brownies and pandan gula melaka cake: eefa delight (IG)
Nuggets: MIL
Fruit: Watermelon
Drink: Orange

DIY:

Out tshirts and Aqeel's romper (gambar duck sama dengan invitation card)
Label on drinking water
Pompom

Tu je yang mampu mummy buat tapi alhamdulillah Aqeel so happy..tetamu datang pun kenyang. Thanks pada yang datang dan menolong memeriahkan majlis =)

Next...kita tunggu pulak adik Aqeel hehehe

Alahai...lupa pulak nak ambik gambar macam mana nak diy baju ='(
 
Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Monday, 23 February 2015

My Birthday + Our Second Wedding Anniversary

Assalamualaikum

Bulan February adalah bulan birthday and anniversary. Laki I saje je pilih date couple dulu on my birthday, nikah pun nak dekat dengan birthday sebab katanya senang nak celebrate. Padahal kedekut hadiah kan hahahaha..

Since dah besar perut I masa birthday + anniversary tu, makanya tak boleh nak berjalan jauh sangat dan I pun malas nak plan nak g memana nak celebrate. Cukup g tengak movie kat TGV indulge tu je. Makan-makan sikit dah cukup. Dan buat pertama kalinya tak ada hadiah. Tak apa..Tak rasa apa dah sekarang sebab rasa tak sabar nak tengok anak lagi banyak hehe.

Actually, birthday I masa 5 Feb, anniversary 10 Feb...g tengok movie on 7 Feb tu..tapi masa 10 Feb tu..tak ada rasa nak celebrate pun. Sebabnya, balik je keje dah penat plus start dari awal Feb dah jarang masak malam. Asal balik keje je terbongkang. Bukan penat buat keje pun tapi penat jalan nak g toilet jauh. Dah lah sekarang ni kalau nak terkencing, dan dan tu nak terkencing. Terkangkang-kangkang jalan. Macam penguin dah.

Malam anniversary tu tak ada mood nak makan. I request nak roti canai telur je. Hubs makan mihun sup. Sadis sangat kan tapi weolls ok je hahaha..Malas nak ambik gambar sebab sadis sangat makanan nya. Tak apa, janji perut ok, makan kenyang..rehat cukup.

Tunggu lah sebelum bersalin ni ingat nak gak g makan kat mana-mana yang rasa best sikit. Dah lah tekak sekarang ni pangkah besar kat fast food, yang deep fry pun tak boleh. Western pun jarang-jarang boleh makan. Yang boleh, nasik je. Pagi petang siang malam nasik. Perot bapak sangat baby ni. 

Ok lah..sampai sini je dulu. Lupa dah nak update apa lagi sebab dah lama sangat simpan cite hahaha..

Jumaat ni masuk 35 weeks dah..OMG!!!!! Terus nervous.

Thanks for reading=) Love, Nurul

Tuesday, 5 February 2013

Birthday=)

Assalamualaikum.


Happy Birthday to meeee! =)


Untuk birthday yang paling last as a single, I dont have any wishes or request pun. Since busy dengan wedding preparation, birthday pun I lupa hahaha. Semalam baru en tunang call cakap jangan tido dulu. Tunggu dia jam 12 mlm. Being me kan, 12 malam ape, kul 11 dah tido (tu pun dah lambat). hahaha..I just expect dia nak call je pun. So tak lah I tukar ke silent mode. 

Jam 12 handphone bunyi. So I ingat dia nak nyanyi je lah kat hp kan..skali dia cakap kat depan rumah. Terbeliak mata I. Memalam kat depan rumah. Adoiii...Dah lah dah bukak mana yang patut. Muka pun tak semenggah..turun jugak lah jumpa dia. 

Even I tak expect dia akan bagi barang mahal-mahal sebab dah berhabis untuk kahwin dan I dah dapat apa yang I nak as hantaran, so I tak ada lah mengada-ngada kan. Skaliiiii..dia bawak a slice of cake dan pasang lilin skali. A slice je cukup sbb I memang puasa nasik dan bende manis skarang. haha...dah habis dia nyanyi tu, I pun dah tiup siap..skali ada red rose..for the one and only..tu pasal 1 je rose T___T

Kira cukup lah tu dan malam ni dinner kat mana tak di bagitahu lagi.

Wish untuk diri sendiri..
  • Jadi insan yang taat kepada Allah dan suami
  • Harap dipermudahkan semuanya
  • Harap dimurahkan rezeki
  • Banyakkan bersabar
  • Jangan makan banyak ikut nafsu
  • Sila kuruskan badan secepat mungkin
  • Banyakkan mengaji
  • Sembahyang jangan tinggal
  • Improve diri ke arah yang lebih baik
  • Jangan boros
  • dan lain-lain yang mengarah ke arah kebaikan

note : few days left T___T"


 Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Tuesday, 26 June 2012

His Last Birthday

Assalamualaikum...

For his last birthday ni dia requested nak buku-buku ni dan ada satu extra buku yang I beli khas untuk dia. Lupa tajuk ape tapi mengenai panduan untuk jadi suami yang solehah mcm tu lah lebih kurang. Ada penerangan untuk bakal berkahwin dan yang dah berkahwin. So, serba sedikit dia dapat ilmu nak berumahtangga dan peranan dia sebagai suami. I cuma harap dia boleh jadi suami yang boleh bimbing I yang degil ni (eh tak...i suka main-main je...haha). Harap dia baca semua buku-buku ni=)





** I ada lagi sekali birthday. 5 hari sebelum kawen=p

 Thanks for reading!=)

Monday, 6 February 2012

Birthday + Anniversary

Assalamualaikum...

Yeayyy...dah lepas sehari hari peningkatan umur. Tetibe rasa dah tua (memang dah tua pun). Tu yang selalu sangat emosi tak stabil ni. Rupanya dah tua. Okeh, tahun depan kawen. hahaha..tetiber..

Orang selalu kaitkan emosi dengan umur. Macam orang tua-tua, makin tua makin macam budak-budak kan. Tapi I tak ade lah dengan semua orang, dengan Si Tunang je. Saje bagi dia pujuk-pujuk sikit. Bagi dia ade keje=).

Semalam lepas pergi kenduri junior dekat Dewan Multaqam, Maju Junction..kitorang pun merayau lah dekat Sunway Piramid sementara tunggu booking steamboat kat sebelah Sunway ni. Acara semalam memang acara makan tak ingat dunia. Makan udang dan ketam banyak gile sampai mengantuk tak boleh nak bukak mata dah. Sampai rumah pun tahan mata lagi tak nak kasi tidur sebab perut still penuh. 

So semalam berakhir lah sudah birthday celebration + anniversary kami ke-3 (eh..ke-2 kot..haha) . Anniversary selalu memang tak ade hadiah tapi ade makan-makan sekali dengan birthday I. Tu lah, propose sangat tarikh sama dengan birthday. So sekali harung lah kan.

Hadiah birthday tahun ni adalah...jeng jeng jeng..


Ipod Touch =D


Since I dapat Ipod touch which dia punye function pun macam Ipad, so mungkin hantaran nanti tak nak mintak Ipad, mintak Imac terus..terus En. Tunang pengsan. hehe

Love you, cyg!

Thanks for reading!=)