Showing posts with label after married. Show all posts
Showing posts with label after married. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Hukum Buat Brazilian Wax?

Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tak bukak groupon, semalam akhirnya terbukak jugak. Makin banyak pulak deal yang best-best. Antaranya Brazilian Wax. Murah pulak tu. 

Kalau tak tahu apa brazilian wax tu..click SINI.

I pun gatal lah rasa nak buat pulak. Dulu sebelum nak kahwin rasa lah nak buat tapi tak sempat sebab asal nak buat je ter-shave bulu hehe..So sampai ke sudah tak buat. Bila dah kahwin ni rasa jugak nak bercantik di bahagian sulit tu. Ye lah dah ada orang tengok. Dulu sendiri tengok je =p

Bila tanya hubs..mmg dia pangkah lah. Dia cakap tak boleh bagi orang lain tengok. Pulak dah. Nasib tak terbeli lagi masa tu. Haruslah I google apa hukum dia. Kang kalau boleh, I boleh tunjuk bukti boleh buat brazilian wax.

Google punye google, kebanyakkan blog review pasal pengalaman buat brazilian wax. Ada beberapa je yang tulis pasal hukum. Cuma yang terkesan di hati bila ada satu quote ni :

"Mencukur rambut kemaluan ini tidak boleh/haram dilakukan oleh orang lain, terkecuali orang yang dibolehkan menyentuh dan memandang kemaluannya seperti suami dan isteri."(petikan dari kitab Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 1/342, Fathul Bari 10/423) 

Tapi rasanya betul jugak lah tak boleh buat. Kalau ikut hukum, aurat perempuan sama perempuan pun dari pusat ke lutut. Lagi lah kalau perempuan bukan islam..sama macam aurat dengan bukan muhrim. So jadinya bahagian tuttt tu kat tengah-tengah antara pusat dan lutut. 

Kesimpulannya memang tak boleh buat.

Jadi untuk memenuhi nafsu nak bercantik di bahagian bawah, I google lah cara buat sendiri dekat rumah dengan suami. Jadi tak jadi tak tahu lagi. Ni I tempek je dulu cara nak buat paling senang kalau tak jumpa wax kit kat drug store.

Check SINI cara nak buat kat rumah. 

Dari semalam sampai ke pagi ni I bising-bising bagi syarat kat hubs..Jom kita buat tapi 2-2 kene buat. Kang untuk kegunaan bersama jugak. Sakit harus bersama hahaha..bini bab nyakat memang suka. Jadi bersedialah wahai hubs. Kita ber-brazilian wax berdua nanti.


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Tuesday, 25 February 2014

Aktiviti Bulan Februari 2014 - Sky Trekking, Bukit Cahaya

Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tak up entry baru, hari ni datang kerja dengan semangat membara nak update blog tapi hampir putus asa sebab internet connection macam hampeh!

So I mulakan dengan aktiviti sky trekking di Bukit Cahaya, Shah Alam.

Kalau banyak outdoor activities, maknaya pak cik I dari Dubai balik. Dia kalau balik anak sedara tak tinggal. Habis dia angkut main skali siap sponser penuh hehe..kalau karaoke pun sama. Kitorang dengar je dia buat concert sengsorang sebab kawan-kawan dia pun bagi chance dia lepas gian. Hari-hari lah dia bertenggek kat red box tu. 

1st activity lepas je dia touched down adalah Sky Trekking kat Bukit Cahaya, Shah Alam. Tak teragak-agak ambik yang paling extreme kau. Gila lah. Yang ni level of difficulty dia adrenaline pumping!. Fee untuk extreme level is RM55/pax. Tak termasuk sewa locker, sewa kasut pada yang tak ada kasut, sewa sling bottle beg etc.

Nak main ni sila jangan pakai accessories ok..emas segala bagai..jam kalau fancy n berat pun tak payah lah nk ngada tak nak bukak..kalau boleh bawak air oiii...dahaga tau.

Mula-mula dah beli ticket, dah naik bas mini masa ke dalam tempat sky trex tu, isi borang, dengar briefing, check kasut etc. Nasib beli kasut getah yang brand bowling tu.

 Ni lah kasut getah tu

Kasut getah ni I beli kat Downtown The Mines. Ada satu gerai ni jual barang-barang outdoor. Cost me RM9/pair. Kasut ni memang orang bawak g hiking. Even kat Sky Trex ni pun kalau pakai kasut yang tak sesuai pun dia suruh tukar or sewa kasut macam ni jugak. So better beli je sebab boleh guna lagi lepas tu kan. Masa I beli ni, hubs tak nak beli konon dah ada kasut nak pakai..tapi dia tergoda sebab malam-malam masa tengok tv I pakai sesaje depan dia. Dengan perasaan bangga ada kasut ni muahahaha...skali ada orang terpengaruh laaa...ye lah duk tengok bini duk pakai dalam rumah. Terus malam sebelum nak g tu, singgah beli dulu. Pastu balik menunjuk sebab dia punye mahal sikit, lagi flexible dan lagi cantik kononnye.

So pepagi lepas subuh dah kene bertolak ke Shah Alam..meeting point yang pertama dekat A&W sebelum toll batu 3. Lepas semua dah sampai, bergerak pulak untuk breakfast di restaurant ape ntah dekat denga Bukit Cahaya tu. Banyak makan uolls..dari pagi sampai tengahari penuh makanan. Lupa dah nama kedai tapi kalau nak kesana..jalan yang sama nak ke Bukit Cahaya, ada satu simpang dekat selekoh, cari masjid belah kanan..masuk simpang lepas masjid..masuk sampai lorong akhir ada nampak kedai makan. Besar ok dan makanan sedap.

Adik beradik..sorang tak cukup

 
 Yang mendada tu..main sponser weolls..yang baju hitam tu kawan dia

 Kawan-kawan dia yang join...yang free hair tu sebaya mak iolls ok..gigih dia g sky trekking. Yang belakang baju biru tu dari kecik lagi weolls dah kenal. Memana pergi pak cik iolls angkut je kitorang ni pg jugak..jadi yang bff dia yang botak belakang tu pun dah kenal lama

Hubs and Ijat..kawan pak cik iolls jugak..

Extreme Challenge!!

Haa...ni lah yang terlibat..yang tak ada dalam gambar ialah kakak yang free hair tu.

Masa ni dalam process pakai safety harness..takkan tak pakai ko..

Harus lah ada gambar berdua kan..sorok belakang laki nampak kurus sikit muahaha..maklumlah muatan berat sekarang ni (eh..bukan dah lama ke? huhu)

 Lepas dengar brief...buat cubaan dlu...naik tangga 90 deg, meniti tali lah..baru flying fox. Rendah je ni..saje nak geli-geli dulu sebelum yang real

 
 Disebabkan kitorang pun boleh tahan ramai..yang datang sebelum ni pun ramai..jadi kene tunggu turn nak naik tangga..sebab maximum people yang boleh stay in each deck tu kadang max 2 orang..kadang ada yang 3 orang..so ni duk menunggu sorang demi sorang lepas dulu..sempat lah masa ni duk gelak-gelak..iolls duk buat kelas Oh My Ganu!..ye lah laki iolls ni tak reti..jadi adalah kene bahan sikit..yang menambag perasa biasalah...adik beradik dan pak cik sendiri..bantai gelak tak hengat...

Nampak je tak berapa tinggi..sebenarnya tinggi macam 2-3 tingkat bangunan ok..masa ni kuat lagi nak naik..ye lah baru permulaan

 
  Jauh dan tinggi...seriau jugak mula-mula..tapi best!

 Dah lepas halangan lepas flying fox yang jauh dan tinggi tu..ade lah korang kene lalu yang ada pukat lah..jambatan lah..kene meniti atas titian paip lah...sampai 1 tahap..iolls dah hampir give up sebab kene naik tangga 90 deg lagi..pendek je tapi punya lah penat. hampir nak "chicken exit" dah..kan kne boooo pulak hahaha
 
 
 Berhenti kejap..atas deck ni ada laluan exit...duk pk nak exit ke tak hahaha

 Tapi disebabkan semangat membara...iolls habiskan jugak..lepas je naik tangga tu..relex ckit challenge dia..

 
 hooyeehhhh...we did it!!!!!...siapa kata orang gemok tak boleh...boleh ok!!

 #skytrex

 Pantang kalau pergi memana tak ada gambar

 
 Kepenatan..pastu pulak tak ada seat..jadinye kat tangga je lah

Akhirnya..sky trex kami sudah jajahi. Lain kali kami datang lagi..Kalau I mengandung lagi memang tak boleh nak pegi..Tapi sekarang dah badan single, jadi kita lenjan sampai habis lah hehe...

For more info..boleh click SINI

note : Aktiviti lepas ni..wedding di malam hari, atv di Kemensah keesokkan hari! wohooo


Thanks for reading=)

 Signature_zps51b77f60

Monday, 3 June 2013

Simpanan Masa Depan

Assalamualaikum. 

Masa I study, masa dah start bekerja dan pegang duit sendiri, dan sekarang dah kahwin pun...baru I sedar betapa pentingnya berjimat cermat dan ada serba sedikit simpanan untuk masa hadapan. Kalau ikut perangai lama, I lebih rela beli kasut dan baju dan bermacam-macam benda mengarut bagi memenuhi nafsu kuda ni. Kadang-kadang benda tak penting pun boleh beli. Ntah hape-hape perangai masa zaman muda remaja dulu.

Bila dah nak kahwin dan macam-macam nak kena keluar duit since I dengan husband memang lah bergaji kecik, so I terfikirkan kawan I yang memang dari belajar dia akan simpan setengah dari duit PTPTN dia dapat dalam ASB. I masa tu jangan cakap lah nak paham apa itu ASB. I paham pun masa dah kerja setahun baru nak ambik tahu. Tu pun tengok kawan office bukan main sakan bershopping lepas pergi bank.

Since sampai sekarang I tak ada ASB, I nak kahwin pun duit simpanan tak pernah nak cukup dalam akaun. Asyik lah 'terlencong' ke tempat lain...mula lah rasa menyesal menyelubungi diri. ewwahh..Padahal I tak ada masalah hutang belajar pun since I dapat JPA dan PAMA scholar masa master dulu. Tu pun tak menyimpan T__T.

Walapun macam tu, I adalah initiative lain untuk menyimpan since rasa dah bersedia nak jadi parent (even tak tahu bila rezeki tu sampai). So, i decided buat sub-akaun kat CIMB. Kat Maybank I tak boleh nak buat or I je yang tahu nak buat. Then, I divide lebihan gaji kepada beberapa bahagian. Senang buat kat CIMB sebab ada sup-folder (sub-akaun) dan senang I nak pantau. Gaji masuk Maybank tapi kalau biar dalam maybank, I akan rasa nak membeli dan beli dan beli kang nanti ada pulak tengah husband jemur baju..dia sound tak pernah nampak baju baru ni. Kan dah kantai disitu..huhu.

Minggu ni pulak bos I cuti seminggu, so I ada masa nak buat tutorial macam mana nak buat sub-akaun kat CIMB. Kalau yang dah tahu, hadap je lah entry ni. Kalau yang belum tahu. sila buat sekarang untuk mengelakkan pembaziran.


Langkah pertama :
 Haruslah korang kena ada CIMBclicks...kalau tak ada macam mana nak buat. So, laju-laju g register pada yang tak ada tu. (I ada kawan keje bank tapi tak ada online banking..sound weird kan).

Langkah kedua :
Bila dan login, click pada APPLY FOR.

 Langkah ketiga :
Pilih SAVING ACCOUNTS.


Langkah keempat :
Pilih product type. Pada yang nak link sub-akaun pada existing card, sila click STATEMENT ACCOUNTS. Kalau nak buat kad lain, pilih product type lain tapi perlu ingat, kalau pilih selain statement accounts, untuk transfer duit dari sub-akaun ke main akaun memang tak boleh. Kalau guna statement accounts bebas nak transfer ke mana sahaja akaun yang ada dalam existing card.

Kalau nak pilih jenis produk lain, jangan lupa baca accounts features dulu. Untuk mengelakkan korang ada masalah di kemudian hari.

Langkah kelima :
Kalau dah ada main account, just pilih untuk transfer as an initial deposit untuk buka akaun baru. Tak banyak, RM50 je.
 
Pastu pilih branch mana yang berdekatan dengan korang untuk maintain akaun baru ni.

Untuk ATM card option, kalau korang pilih statement accounts, automatic link dengan existing card. Kalau korang pilih jenis produk lain, kat situ akan tulis new. Maksudnya korang kene buat kad baru. I tak prefer sebab nanti kad tertukar dan memenuhkan purse I je.


Langkah keenam :
 Baca dulu terms and conditions, pastu kalau setuju click pada ACCEPT and SUBMIT the application.
  

Langkah ketujuh :
Korang perlu masukan TAC no. lepas tu dah boleh check sepantas kilatnya dalam CIMBclicks korang dan dah boleh rename. 

Eh..eh..I ada akaun baby kecik hehehe=p


Gambar kat atas ni, yang I tulis card 2 tu, maksudnya kad yang lain I terpaksa rela buat sebab salah pilih jenis produk. Masa ni baru lagi benda-benda nak apply online ni. Sampaikan pening orang kerja bank kat ampang point masa tu. Memang I tak boleh nak link ke existing akaun. Last-last buat jugak kad baru. 

Yang 3 lagi akaun tu, semua dalam 1 kad. Biasa I akan ingat no akaun yang belakang je. Tak payah susah-susah nak check satu-satu masa nak withdraw duit.

So, lepas ni..no more excuse kalau tak nak berjimat dan asyik nak membeli je. Nak fikir masa depan pulak. Takut nak berhutang dengan orang since I pun tak berapa gemar kalau ada yang nak meminjam duit tapi liat nak bayar. Big NO to me.

Pada korang, selamat mencuba dan menyimpan!


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Tuesday, 28 May 2013

Donut 100 bijik

Assalamualaikum. 

Dari tadi I nak up entry..duk fikir pasal tajuk je dah beberapa minit. I rasa nak tulis tajuk lagi susah dari nak bercerita.

Balik pada cerita asal.

Sebenarnya bila dah beberapa bulan kahwin ni (malas nak kira), hampir setiap malam kitorg akan makan selain nasik. Which is laki I request. Memang lah dia request tak nak nasik sebab dia nak diet. Katanya badan dah naik. 

Ok lah..fine.

Dia nak diet, I pun ok lah since I tahu I lagi gemok dari dia. Tapi yang menjadi masalahnya...dia turun 2 kg, I nak 2 kg. Gila nak menangis masa tengok penimbang tu. Padahal lunch kat office kadang I makan cereal yang fitness and fresh milk je kot. Kadang-kadang yang terbabas nasik tu memang rasa bersalah kat diri sendiri.

Macam mana laki I turun 2kg? Hari-hari balik keje dia naik tangga 11 tingkat. Dia paling tak suka kalau balik keje terserempak dengan I sebab I paksa dia naik lift. Sebenarnya dalam lubuk kawah hati I, I jeles okey...Gila ko tak jeles laki kurus.

Walaupun hari-hari I pasang niat nak naik tangga, tak pernah nak menjadinya. Alih-alih bila sampai je kat kaki tangga, masa ni lah lift baru bukak pintu, masa ni lah tak ada budak skolah berebut naik skali, masa ni macam-macam jadi yang menghalang I nak naik tangga. Ada je lah alasan kalau dasar pemalas.

Pernah lah sekali I naik tangga sebab penuh. Kebetulan pulak terjumpa laki...I pun gagahkan diri nak naik tangga. Sampai tingkat 5 rasa nak mati sesak nafas. Masa ni lah kaki bergegar, masa ni lah rasa mata berpinar, masa ni lah handbag rasa macam batu...macam-macam lah. Dasar pemalas sangat kan.

Semalam I ada kesedaran yang I ni sebenarnya dah macam badak sumbu. I pun cakap lah kat laki I suh dia sapu fellina kat badan. Dia bab-bab nak bini kurus ni rajin je nak tolong, cuma bini je malas kan. Dia pun elok lah duk sapu dari kaki sampai ke perut.

Sampai kat perut...

"B, syg rasa macam syg uli tepung buat donut 100 biji je"

T____T"


 Lama dah tak makan donut...eh?!=p


note : Ye, I berazam untuk exercise naik tangga hari ni...hahahahaha


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60