Tuesday 25 February 2014

Aktiviti Bulan Februari 2014 - Sky Trekking, Bukit Cahaya

Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tak up entry baru, hari ni datang kerja dengan semangat membara nak update blog tapi hampir putus asa sebab internet connection macam hampeh!

So I mulakan dengan aktiviti sky trekking di Bukit Cahaya, Shah Alam.

Kalau banyak outdoor activities, maknaya pak cik I dari Dubai balik. Dia kalau balik anak sedara tak tinggal. Habis dia angkut main skali siap sponser penuh hehe..kalau karaoke pun sama. Kitorang dengar je dia buat concert sengsorang sebab kawan-kawan dia pun bagi chance dia lepas gian. Hari-hari lah dia bertenggek kat red box tu. 

1st activity lepas je dia touched down adalah Sky Trekking kat Bukit Cahaya, Shah Alam. Tak teragak-agak ambik yang paling extreme kau. Gila lah. Yang ni level of difficulty dia adrenaline pumping!. Fee untuk extreme level is RM55/pax. Tak termasuk sewa locker, sewa kasut pada yang tak ada kasut, sewa sling bottle beg etc.

Nak main ni sila jangan pakai accessories ok..emas segala bagai..jam kalau fancy n berat pun tak payah lah nk ngada tak nak bukak..kalau boleh bawak air oiii...dahaga tau.

Mula-mula dah beli ticket, dah naik bas mini masa ke dalam tempat sky trex tu, isi borang, dengar briefing, check kasut etc. Nasib beli kasut getah yang brand bowling tu.

 Ni lah kasut getah tu

Kasut getah ni I beli kat Downtown The Mines. Ada satu gerai ni jual barang-barang outdoor. Cost me RM9/pair. Kasut ni memang orang bawak g hiking. Even kat Sky Trex ni pun kalau pakai kasut yang tak sesuai pun dia suruh tukar or sewa kasut macam ni jugak. So better beli je sebab boleh guna lagi lepas tu kan. Masa I beli ni, hubs tak nak beli konon dah ada kasut nak pakai..tapi dia tergoda sebab malam-malam masa tengok tv I pakai sesaje depan dia. Dengan perasaan bangga ada kasut ni muahahaha...skali ada orang terpengaruh laaa...ye lah duk tengok bini duk pakai dalam rumah. Terus malam sebelum nak g tu, singgah beli dulu. Pastu balik menunjuk sebab dia punye mahal sikit, lagi flexible dan lagi cantik kononnye.

So pepagi lepas subuh dah kene bertolak ke Shah Alam..meeting point yang pertama dekat A&W sebelum toll batu 3. Lepas semua dah sampai, bergerak pulak untuk breakfast di restaurant ape ntah dekat denga Bukit Cahaya tu. Banyak makan uolls..dari pagi sampai tengahari penuh makanan. Lupa dah nama kedai tapi kalau nak kesana..jalan yang sama nak ke Bukit Cahaya, ada satu simpang dekat selekoh, cari masjid belah kanan..masuk simpang lepas masjid..masuk sampai lorong akhir ada nampak kedai makan. Besar ok dan makanan sedap.

Adik beradik..sorang tak cukup

 
 Yang mendada tu..main sponser weolls..yang baju hitam tu kawan dia

 Kawan-kawan dia yang join...yang free hair tu sebaya mak iolls ok..gigih dia g sky trekking. Yang belakang baju biru tu dari kecik lagi weolls dah kenal. Memana pergi pak cik iolls angkut je kitorang ni pg jugak..jadi yang bff dia yang botak belakang tu pun dah kenal lama

Hubs and Ijat..kawan pak cik iolls jugak..

Extreme Challenge!!

Haa...ni lah yang terlibat..yang tak ada dalam gambar ialah kakak yang free hair tu.

Masa ni dalam process pakai safety harness..takkan tak pakai ko..

Harus lah ada gambar berdua kan..sorok belakang laki nampak kurus sikit muahaha..maklumlah muatan berat sekarang ni (eh..bukan dah lama ke? huhu)

 Lepas dengar brief...buat cubaan dlu...naik tangga 90 deg, meniti tali lah..baru flying fox. Rendah je ni..saje nak geli-geli dulu sebelum yang real

 
 Disebabkan kitorang pun boleh tahan ramai..yang datang sebelum ni pun ramai..jadi kene tunggu turn nak naik tangga..sebab maximum people yang boleh stay in each deck tu kadang max 2 orang..kadang ada yang 3 orang..so ni duk menunggu sorang demi sorang lepas dulu..sempat lah masa ni duk gelak-gelak..iolls duk buat kelas Oh My Ganu!..ye lah laki iolls ni tak reti..jadi adalah kene bahan sikit..yang menambag perasa biasalah...adik beradik dan pak cik sendiri..bantai gelak tak hengat...

Nampak je tak berapa tinggi..sebenarnya tinggi macam 2-3 tingkat bangunan ok..masa ni kuat lagi nak naik..ye lah baru permulaan

 
  Jauh dan tinggi...seriau jugak mula-mula..tapi best!

 Dah lepas halangan lepas flying fox yang jauh dan tinggi tu..ade lah korang kene lalu yang ada pukat lah..jambatan lah..kene meniti atas titian paip lah...sampai 1 tahap..iolls dah hampir give up sebab kene naik tangga 90 deg lagi..pendek je tapi punya lah penat. hampir nak "chicken exit" dah..kan kne boooo pulak hahaha
 
 
 Berhenti kejap..atas deck ni ada laluan exit...duk pk nak exit ke tak hahaha

 Tapi disebabkan semangat membara...iolls habiskan jugak..lepas je naik tangga tu..relex ckit challenge dia..

 
 hooyeehhhh...we did it!!!!!...siapa kata orang gemok tak boleh...boleh ok!!

 #skytrex

 Pantang kalau pergi memana tak ada gambar

 
 Kepenatan..pastu pulak tak ada seat..jadinye kat tangga je lah

Akhirnya..sky trex kami sudah jajahi. Lain kali kami datang lagi..Kalau I mengandung lagi memang tak boleh nak pegi..Tapi sekarang dah badan single, jadi kita lenjan sampai habis lah hehe...

For more info..boleh click SINI

note : Aktiviti lepas ni..wedding di malam hari, atv di Kemensah keesokkan hari! wohooo


Thanks for reading=)

 Signature_zps51b77f60

0 comments:

Post a Comment