Showing posts with label Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

Tak Cukup Tangan

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat entry kan. Punya lah tak cukup tangan nak manage everything. Alhamdulillah sekarang dah bekerja balik eventho tak yakin sangat dengan position ni tapi still bersyukur kerana masih ada rezeki. Maybe rezeki nak kawen. Start dari bulan ni dah boleh simpan duet untuk kawen.

Bila dah keje ni, bunga telur dan bunga dulang tergendala sikit. Dah lah nak by end of this month. Mati lah. So far design dah ade nak buat macam mana, cuma nak gunting dan belit dengan dawai lagi. Tu yang tak cukup tangan tu.

Actually I buat bunga tangan dan bunga telur je. Tetibe je terjebak dengan hand bouquet ni. Kesnya kawan I ni plan nak kawen akhir bulan 3, so orang dah tak ambik tempahan dah. Siap dah tnya Intan, skali Intan dah penuh. I gagahkan jugak lah buat. Skali dia postpone kawen awal bulan 4. Skali I dapat keje. So, malam je boleh buat. Plan weekend ni pulun habis-habiskan.

Kat bawah ni contoh bunga yang I nak buat untuk kawan I tu. Harap siap on time. Puhh...berdebar takut tak siap.

Akan buat macam ni nanti dan tambah sikit-sikit lagi kat kain net

 Half of the felt flower.

Thanks for reading!=)

Wednesday, 25 January 2012

Tempahan Bunga Telur

Assalamualaikum=)

Hari ni nak update pasal tempahan bunga telur dari client kawan yang baru set up bisnes buat buai berendoi dan wedding. Untuk permulaan ni dapatlah sub contract dari dia untuk buat bunga telur. Si client ni nak buat cukur jambul anak dia. Tema warna pink dan bajet untuk bunga telur antara RM1-RM1.50/piece. So, just bagi cadangan since sekarang agak popular dengan tissue paper. Then, dia setuju. So pemilihan warna bunga telur tu guna soft pink tissue paper (beli dengan Paper Lantern N' Boxes) dan tambah ribbons warna shocking pink and soft pink. Nampak fancy sikit. Net untuk telur/bunga rampai guna soft pink jugak. Gambar tak banyak ambik masa buat tu..tapi layankan aje ape yang ada je.hehe

Bunya yang sudah kembang . Phew..penat jugak buat benda mcm ni. Tissue paper ni sgt fragile

Makhluk yang berbulu ni memang tak boleh tengok orang buat keje

kann..baring terus. Keje nak kene gosok dia je

muat-muat dalam bakul hantaran

kalau dia nak tido..tengah-tengah orang buat keje pun boleh lentang

Antara bunga telur yang dah siap=)

Alhamdulillah...semuanya siap pada hari yang ditetapkan. Kebetulan nak balik ke kampung, hantar terus kat kawan. Harap client dia puas hati. Mana tahu ada tempahan lagi lepas ni. Kira rezeki lah kan walau sakit pinggang buat mende macam ni. Permulaan yang bagus untuk simpan duit kawin=)