Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Monday, 23 February 2015

My Birthday + Our Second Wedding Anniversary

Assalamualaikum

Bulan February adalah bulan birthday and anniversary. Laki I saje je pilih date couple dulu on my birthday, nikah pun nak dekat dengan birthday sebab katanya senang nak celebrate. Padahal kedekut hadiah kan hahahaha..

Since dah besar perut I masa birthday + anniversary tu, makanya tak boleh nak berjalan jauh sangat dan I pun malas nak plan nak g memana nak celebrate. Cukup g tengak movie kat TGV indulge tu je. Makan-makan sikit dah cukup. Dan buat pertama kalinya tak ada hadiah. Tak apa..Tak rasa apa dah sekarang sebab rasa tak sabar nak tengok anak lagi banyak hehe.

Actually, birthday I masa 5 Feb, anniversary 10 Feb...g tengok movie on 7 Feb tu..tapi masa 10 Feb tu..tak ada rasa nak celebrate pun. Sebabnya, balik je keje dah penat plus start dari awal Feb dah jarang masak malam. Asal balik keje je terbongkang. Bukan penat buat keje pun tapi penat jalan nak g toilet jauh. Dah lah sekarang ni kalau nak terkencing, dan dan tu nak terkencing. Terkangkang-kangkang jalan. Macam penguin dah.

Malam anniversary tu tak ada mood nak makan. I request nak roti canai telur je. Hubs makan mihun sup. Sadis sangat kan tapi weolls ok je hahaha..Malas nak ambik gambar sebab sadis sangat makanan nya. Tak apa, janji perut ok, makan kenyang..rehat cukup.

Tunggu lah sebelum bersalin ni ingat nak gak g makan kat mana-mana yang rasa best sikit. Dah lah tekak sekarang ni pangkah besar kat fast food, yang deep fry pun tak boleh. Western pun jarang-jarang boleh makan. Yang boleh, nasik je. Pagi petang siang malam nasik. Perot bapak sangat baby ni. 

Ok lah..sampai sini je dulu. Lupa dah nak update apa lagi sebab dah lama sangat simpan cite hahaha..

Jumaat ni masuk 35 weeks dah..OMG!!!!! Terus nervous.

Thanks for reading=) Love, Nurul

Thursday, 10 April 2014

Our 1st Anniversary

Assalamualaikum. 

Cerita lama.

10 Feb 2014, our 1st anniversary. Banyak yang ditempuhi sepanjang perkahwinan ni. Banyak sangat ups and downs. Tapi dalam proses macam ni lah kita mengenal lebih mendalam segala yang tersirat dan tersurat setiap pasangan kita. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sebagai suami isteri, banyak yang perlu dipertingkatkan dan diperbaiki. Banyak yang dibincangkan untuk mengekalkan perkahwinan untuk tempoh yang panjang. Doa kami, semoga sampai mati bersama.

Tak ada sambutan yang istimewa sangat memandangkan isteri dia kali ni tetiba tak fussy hahaha..Start dari birthday I lagi (5 Feb), dah siap gosok baju segala ni, ingtkan nak keluar lepas maghrib pergi dinner kat somewhere kononnya birthday kan..tup tup lepas siap baju, baring kejap..tak lama tukar fikiran malas nak keluar..weekdays nak keluar ke KL, macam tak ada motif pulak. Plus kitorg malas nak drive. Si hubs bukan boleh drive jam-jam macam tu, sakit telinga dengar dia membebel.

On that day, pagi-pagi dah pergi foot spa, since kaki memasing lenguh buat aktiviti. Saja gatal nak rehatkan kaki sebelum berjalan ke lain. Walau pun on leave hari tu, tapi banyak bende nak kene settle..nak service kete lah, nak pergi ambik barang lah..so kami hanya pergi dinner je. Tu pun tak ada buat reservation ke apa, candle light dinner pun tak ada..kes dua-dua malas. I pun ok je kalau g makan je..so, hubs lagi ok sebab bini dia tak banyak bunyik hehehe.

 Hubs

 Yeeee...kami dinner di Subak..

Sebelum gelap, kitorang dah sampai Subak. Sesaje nak try apa yang best Subak ni. Ternyata environment dia cantik. Dine in nature katenye..Malam lagi cantik dengan lampu-lampu bagai.




Menu kami malam tu :

Starter
Deep fried crispy mini javanese style popiah

Main dishes
I makan rib eye steak - not bad

Hubs makan Subak braised NZ lamb shank masala...terbaik ok lamb shank dia. Serious nak pergi makan sana lagi dan order lamb shank lagi. Rasa yang hubs punya tak puas. Dia kalau dapat apa yang dia suka, pastu ada pulak tulang temulang ni, memang tak pandang dah bini dia.

Drinks
Blue eye on the float - sedap gile!
Coffee latte untuk hubs..dia memang tak minum ais

Total : lupa tapi around RM170++ incl tax (kalau tak silap)

(Check Subak Website for more info)




Anyway, thanks hubs sebab belanja walau tahun ni tak ada candle light dinner or what so ever tp bini mu ini happy je hehehe..tapi jangan lupa bini mu request nak pg travel for the next anniversary. Harap dirimu pertimbangkan hehehe..Bini mu ini selalu doakan semoga diri mu dipermudahkan segalanya, rezeki bertambah dan sayang lebih banyak pada diri ini..supaya bila dah sayang terlebih, dapat lah bawak bini berjalan tahun depan pulak hahaha...

Happy 1st Anniversary, sayang! Semoga jodoh kita kekal selamanya..amin.


Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Monday, 6 February 2012

Birthday + Anniversary

Assalamualaikum...

Yeayyy...dah lepas sehari hari peningkatan umur. Tetibe rasa dah tua (memang dah tua pun). Tu yang selalu sangat emosi tak stabil ni. Rupanya dah tua. Okeh, tahun depan kawen. hahaha..tetiber..

Orang selalu kaitkan emosi dengan umur. Macam orang tua-tua, makin tua makin macam budak-budak kan. Tapi I tak ade lah dengan semua orang, dengan Si Tunang je. Saje bagi dia pujuk-pujuk sikit. Bagi dia ade keje=).

Semalam lepas pergi kenduri junior dekat Dewan Multaqam, Maju Junction..kitorang pun merayau lah dekat Sunway Piramid sementara tunggu booking steamboat kat sebelah Sunway ni. Acara semalam memang acara makan tak ingat dunia. Makan udang dan ketam banyak gile sampai mengantuk tak boleh nak bukak mata dah. Sampai rumah pun tahan mata lagi tak nak kasi tidur sebab perut still penuh. 

So semalam berakhir lah sudah birthday celebration + anniversary kami ke-3 (eh..ke-2 kot..haha) . Anniversary selalu memang tak ade hadiah tapi ade makan-makan sekali dengan birthday I. Tu lah, propose sangat tarikh sama dengan birthday. So sekali harung lah kan.

Hadiah birthday tahun ni adalah...jeng jeng jeng..


Ipod Touch =D


Since I dapat Ipod touch which dia punye function pun macam Ipad, so mungkin hantaran nanti tak nak mintak Ipad, mintak Imac terus..terus En. Tunang pengsan. hehe

Love you, cyg!

Thanks for reading!=)