Showing posts with label Dress. Show all posts
Showing posts with label Dress. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

SIL's Wedding

Assalamualaikum.

Hari ni just nak update pasal wedding my SIL awal November hari tu. Tugas I hanya buat pelamin nikah, handbouquet (nikah + reception) dan hantaran. Tapi last minutes I terlibat dalam buat dress untuk reception dan lain-lain lagi. Nasib wei kakak ipar dia nak tolong dan ada serba sedikit tahu pasal wedding, kalau tak menangis tak berlagu lah kalau semua cancelled last minutes.

Dalam masa bertungkus lumus nak siapkan pelamin ni, tido memang lambat lah. Angkat benda-benda berat. Padahal masa ni pregnant tapi belum tahu. Nasib tak jadi apa-apa kan.

Most of the items kat pelamin ni semua barang I sendiri. Termasuklah railing sangkut backdrop, langsir nipis untuk layer backdrop, pasu-pasu, bantal I jahit sendiri ikut tema pelamin, mirror boxes, stage pun husband diy, spot lights, long florescent lights dan carpet bulu-bulu tu. Kerusi je SIL sewa sebab dia tak nak guna kerusi macam I dulu (nak tengok CLICK)

Bantal tu saje buat sebagai penyeri pelamin. Tak payah fikir nak letak apa supaya tak nampak kosong. Pelamin I dulu pun I diy bantal sendiri which I buat contra dengan warna pelamin (boleh tengok SINI). Tapi SIL punya I tak buat deko ada-apa untuk bantal sebab tak sempat since I kene jahit lace pada dress dia lagi.


 The pelamin...kebanyakkan husband yang set up sebab I sibuk nak gubah bunga untuk pelamin, hantaran dan hand bouquet. 

Dalam gambar pelamin ni nampak bunga baby's breath I tak kembang sangat. Kesnya masa pergi booking bunga, nampak banyak sebab masa tu harga RM29, tapi masa ambik harga RM23 tapi bunga sikit. Husband yang pergi ambik kat Floristika Bangsar, so memang dia main ambik je lah. Malam nak gubah baru perasan sikit. Kalau lah siang lagi masa tu, harus I kerah dia pergi beli lagi. End up, bunga tu tak kembang sangat lah tapi depan-depan still look nice. Maybe space kecik so tak lah nampak ketara sangat keciknya.

 Hand bouquet untuk majlis akad nikah
 Simple reception dress yang I designed, I beli kain, I hantar kat tailor, I ukur, I patch lace..ermmm

 Hand bouquet masa reception. Gambar a bit blur. Combination of roses and orchids. 

Semua I buat ikut citarasa I dan mana yang sempat je sebab pengantin dah pening. Cuma tema warna je ikut pengantin. Yang lain belasah je. Asal ada kan..

So pada pengantin-pengantin, sebelum plan nak buat apa-apa please do moreeeeeee research supaya kita tak tersilap pilih vendors. Yang penting main vendors macam untuk catering, tempat perlu book awal, untuk pelamin dan baju...jangan malas nak baca review orang tau. Kalau yang kecik-kecik ada kesilapan technical, maybe boleh pejam mata lagi.

Akhir kata, pada yang berminat nak sewa barang-barang untuk buat pelamin, nak diy bantal or anything, boleh email me at love_in_february@yahoo.com.

Sementara masih kuat ni boleh lagi nak tempah =)

Thanks for reading=)
  Signature_zps51b77f60

Friday, 5 October 2012

Perihal Baju Bajan

Assalamualaikum...

Sebelum I sambung pasal Jakarta lagi, I nak bgtau je sekarang ni hati lega sebab baju dah siap hantar tailor. Since body bukan cutting model, I decided tempah ketiga-tiga baju dari akad nikah, sanding dan bertandang. Budget untuk baju bajan pun tak banyak since nikah je guna full beaded lace, yang lain semua guna chiffon je. Lagipun I beli chiffon dengan harga murah.

Chiffon yang sama I beli di Jakarta sebanyak lebih 10 meter (lupe brp, kalau tak silap 15 meter kot) dan bidang 60 inch, kat Jakel charge RM68/meter. Padahal kat Jakarta murah gila kot. Dasar cekik darah sungguh diorang ni.

Tailor yang I hantar ni asal dari Bandung. Dia datang sini dengan permit sendiri sebab ikut suami keje mechanic kat J.Co Donut. Bukan kerja buruh ye. Dia datang sini sbb kene transfer. So, bulan 12 ni diorang maybe balik for good. Harap sempat lah siap ketiga-tiga baju I tu. 

Akak ni pandai jahit dress uolls. I dah tengok dia jahit untuk pak andam dekat rumah I. Cantik dan 90% sama dengan gambar yang diorang bagi. Rupanya mak I risik-risik, akak ni dulu kerja dengan Amin Jauhary dan pernah kerja dengan Alinas. Dia berhenti pun bukan sebab apa, dia kene balik untuk renew permit dulu. Lepas tu sekarang ni dia kerje kedai jahit biasa je. Dia ambik upah jahit baju I ni pun sebab nak cari duet lebih. Kalau ikutkan gaji dia dengan kedai keling kedekut ni, memang tak cukup bayar permit dia setahun. Kesian sangat.

Sebelum pergi ke Jakarta, I pergi tanya dia berapa meter nak guna dan kain macam mana kan. Pastu I tanya sekali dengan upah, akak ni tak nak bagi tahu tapi since I takut upah nanti out of I punye budger, I tanya jugak. Last-last I tanya upah untuk 3 baju ni sampai tak RM700 since I hantar banyak dan yang bertandang akak ni tolong patch lace untuk I kan..dia terkejut sangat. Dia cakap satu baju tak sampai pun RM100 kecuali I nak suh dia beading. Kali ni I pulak yang terkejut.

Kat bawah ni contoh baju yang dijahit akak tu. Patched lace by pak andam sendiri. Mula-mula tengok kain pink kat dalam tu macam...eee, tak cantiknya. Sekali bila dah jadi baju macam cantik lah pulak. Ada a few baju lagi kalau nak tengok ada lama page diorg kat De'Solick Boutique.

 Ni gambar masa diorg masuk pertandingan makeup kat PWTC last week. Menang no.1.

So sekarang I happy sebab semuanya under my budget lagi=D
 
Thanks for reading!=)

Tuesday, 11 September 2012

Wedding Attires Inspiration

Assalamualaikum...

Dah tinggal berapa hari lagi nak ke Jakarta. Barang-barang yang nak dibeli sudah list down. Design baju pun dah finalize dan jumpa tukang jahit pun. Pasal tukang jahit..nanti I cite lebih panjang lebar selebar badan I..oppss!!hehe

Untuk majlis akad nikah nanti, weolls (haha..gedik iolls ni) dah decide untuk buat baju off white atau cream atau putih sahaja. Kata incik tunang, no more tukar-tukar color sebab untuk bersanding dan bertandang I dah conquer so untuk akad nikah kene dengar cakap dia (nak jadi isteri solehah kan...so patuh je lah T__T). Musnah harapan iolls nak buat baju nikah in champagne color tau. Cantik uolls color tu tapi tetap tak di pandang oleh incik tunang. Kejih sangat kan.

Its ok..layankan saje gambar kat bawah ni.

Color ni I nak..

Untuk baju bersanding pulak, I still kekalkan baby blue. Design baju I dah decide cuma incik tunang belum confirm nak buat atau sewa saja. Ikut suka dia lah, janji I dah jumpe tailor dan dah tahu berapa meter kain nak guna. Dan yang paling penting, tak mau I nampak bambam sangat.


Simple..kan?

I nak buat dress with patched lace yang boleh menutup kekurangan pinggang I yang tak berapa nak ramping ni. A bit similar dengan dress kat atas ni tapi of course lah lengan panjang. Kang ada yang tengah bersanding kene baling kek kat muka..haha

 I nak buat yang ni..incik tunang cakap tak brp nak cukup inci plus rendang plus gemok. Sampai hati='(
Untuk bertandang pulak, since buat kat taman..so design pun a bit simple lah. I just nak full lace at the top and plain one at the bottom. So I chose this,



Lagi pun I ada buat research if badan tembam macam I dan rendah dan pendek dan rendang tak berbuah dan gemok ni, kene buat belahan kat tengah supaya tak nampak punggung lebar. Then, bahagian dalam I akan beli chiffon yang a bit darker than outter tu. So, the dress akan guna 2 color chiffon. Hopefully bila dekat Jakarta nanti I manage to buy everything jangan ada yang tertinggal dan I kene tawas kedai kain lagi lepas tu I akan menyesal sebab design dekat Malaysia lagi I berkenan.hahaha. So, I memang berazam (haa..berazam ko) tak nak fikir dah bila balik nanti. Just hantar kat tailor dah ukur badan sahaja.

Ok..dah untuk baju I. Sekarang baju untuk incik tunang pulak.

Untuk nikah of course lah baju melayu. Tak pernah pulak I tengok orang akad nikah pakai coat ke ape kan. Google punye google, search punya search, I jumpa satu design ni.


Tapi tak silap I Anizan Yusof ni designer. So non ade bajet untuk designer. Kitorang import tailor dari Indonesia je. Murah dan harap outcome nya baik.

Kalau bersanding belah I, baru-baru ni blogger Irine Nadia Marcello ada pakai baju baby blue untuk bersanding belah dia. So si incik tunang nak lebih kurang atau sama macam ni.


Katanya dia nak pakai macam kat bawah ni sebab buat kat taman n english garden sgt katenye. I ikut je. Janji baju I siap. Hahaha...


Untuk veil dan tudung pulak...akad nikah kemungkinan guna chiffon for both dan net untuk bersanding. Untuk bertandang I decide tak nak guna veil tapi maybe tang tudung tu bagi effect flowy ckit. Belum difikirkan lagi tapi I dah reserve dalam 1-3 meter depend pada bidang dan design nak buat veil dan tudung nanti.

Eh..kate garden wedding, pakai topi macam ni boleh?=p


 Amacam? hihihi

 Boleh buat lambaian ratu gtu kan..

Ok lah...tau mau main-main dah. Layan je lah gambar tudung dan veil inspirasi I nanti. Cantik lah tudung diorg uolls. Memang berkenan habis lah.





Sampai sini dulu untuk cerita baju bajan inspirasi dari bloggers dan google sekalian. Some of the pics I just save pic sahaja without save diorng punya link tapi yang ke-3 dari atas or ke-2 paling last tu from blogger Intan.

Nanti I rajin I sambung balik cerita pasal tailor I dan mana I jumpa kakak indonesia ni.

Thanks for reading!=)

Wednesday, 7 March 2012

Pear-Shaped Body Dress

Assalamualaikum... 

Bila fikirkan pasal kahwin, mesti perempuan akan terbayang-bayang wedding dress yang diidam-idamkan. Tapi ada sebilangan yang badan tak cantik tapi pipi tersorong-sorong konon nak pakai ballroom gown padahal gemok pendek macam I. Ouch...

Kalau cakap pasal pear-shaped body ni, famous celebrities yang berbadan macam ni adalah J.Lo, Shakira, Beyonce etc.

J.Lo's dress 
(source : google)

So, I google dan buat research wedding dress yang macam mana sesuai untuk orang yang badan bentuk pear dan rendah.




  1. Pear-shaped ni bentuk butt dia lagi besar dari atas. So, untuk elakkan bahagian butt tu nampak besar, detailing  untuk bahagian below waist kene kurang dari bahagian above waist. Ini untuk elakkan focus point tu kat bahagian yang nak disorokkan.
  2. Bila dah butt besar, for sure tak balance part atas dengan bawah. So, detailing bahagian leher atau above waist kena lebih heavy supaya above and below waist nampak balance. 
  3. Untuk bahagian bawah dress, please avoid dress yang ade pleat or anything yang boleh tambah size pada bahagian butt. Jangan buat skirt yang kembang sampai menampakkan anda (especially I) gemok dan rendah. Just buat A-line ataupun flared skirt je.
  4. Untuk bahagian leher, maybe boleh gunakan detailing macam button dari atas ke waist untuk dapatkan effect tinggi pada bahagian atas. V-neck dan scoop-neck pun sesuai.




Ni baru tip untuk yang pear-shaped, belum lagi yang petite. So, untuk yang petite plak :

  1. Dress mestilah simple supaya tak nampak macam ayam serama pulak. Terkedek-kedek. Kan ayam serama banyak bulu. Cuba tengok dia jalan. hehe
  2. Tak payah nak ropol-ropol dan tingkat-tingkat sangat dress tu melainkan masa hari kahwin nanti pakai heels 10 inch=)


Untuk peringat pada I yang pendek dan gemok ini...haha

Sources : hereherehere and here.


Thanks for reading!=)

Friday, 27 January 2012

Kemaruk

Assalamualaikum...

Sekarang I memang kemaruk sangat cari pasal kawen. Nak tidur pun fikir nak warna apa, tema apa, decoration mcm mana. Tu belum lagi masuk bab-bab hantaran nak bagi apa, nak guna fresh flowers or artificial. Eh..doorgift nak kasi apa dan budget berapa pun dah pening. Macam nak kawen bulan depan je. Jap..jap, baju plak nak pakai baju macam mana supaya tak nampak gemok.hehehe...

Adakah ini perasaan yang bride-to-be alami or I je yang terlampau risau sebab takut wedding I tak macam yang dibayangkan.

Kalau kata nak pelamin mewah-mewah dan gah, memang jauh panggang dari api lah. Buat pun kat rumah je, mana nak letak pelamin besar gedabak kan. I just nak yang simple yet sweet kat mata I dan En. Tunang je. Dan yang penting, bila dalam gambar nampak soft je. That's why I tengak mempertimbangkan warna tema lain. Risau plak tak cantik dan susah nak matching dengan fresh flowers.

Sedang memikirkan warna baju-baju ni. Kne fikir concept dulu. Baru senang nak buat guideline supaya tak melebih dan tahu apa yang nak dibuat.

Pinned Image
Light blue

Pinned Image
Peach or light tangerine