Tuesday, 11 September 2012

Wedding Attires Inspiration

Assalamualaikum...

Dah tinggal berapa hari lagi nak ke Jakarta. Barang-barang yang nak dibeli sudah list down. Design baju pun dah finalize dan jumpa tukang jahit pun. Pasal tukang jahit..nanti I cite lebih panjang lebar selebar badan I..oppss!!hehe

Untuk majlis akad nikah nanti, weolls (haha..gedik iolls ni) dah decide untuk buat baju off white atau cream atau putih sahaja. Kata incik tunang, no more tukar-tukar color sebab untuk bersanding dan bertandang I dah conquer so untuk akad nikah kene dengar cakap dia (nak jadi isteri solehah kan...so patuh je lah T__T). Musnah harapan iolls nak buat baju nikah in champagne color tau. Cantik uolls color tu tapi tetap tak di pandang oleh incik tunang. Kejih sangat kan.

Its ok..layankan saje gambar kat bawah ni.

Color ni I nak..

Untuk baju bersanding pulak, I still kekalkan baby blue. Design baju I dah decide cuma incik tunang belum confirm nak buat atau sewa saja. Ikut suka dia lah, janji I dah jumpe tailor dan dah tahu berapa meter kain nak guna. Dan yang paling penting, tak mau I nampak bambam sangat.


Simple..kan?

I nak buat dress with patched lace yang boleh menutup kekurangan pinggang I yang tak berapa nak ramping ni. A bit similar dengan dress kat atas ni tapi of course lah lengan panjang. Kang ada yang tengah bersanding kene baling kek kat muka..haha

 I nak buat yang ni..incik tunang cakap tak brp nak cukup inci plus rendang plus gemok. Sampai hati='(
Untuk bertandang pulak, since buat kat taman..so design pun a bit simple lah. I just nak full lace at the top and plain one at the bottom. So I chose this,



Lagi pun I ada buat research if badan tembam macam I dan rendah dan pendek dan rendang tak berbuah dan gemok ni, kene buat belahan kat tengah supaya tak nampak punggung lebar. Then, bahagian dalam I akan beli chiffon yang a bit darker than outter tu. So, the dress akan guna 2 color chiffon. Hopefully bila dekat Jakarta nanti I manage to buy everything jangan ada yang tertinggal dan I kene tawas kedai kain lagi lepas tu I akan menyesal sebab design dekat Malaysia lagi I berkenan.hahaha. So, I memang berazam (haa..berazam ko) tak nak fikir dah bila balik nanti. Just hantar kat tailor dah ukur badan sahaja.

Ok..dah untuk baju I. Sekarang baju untuk incik tunang pulak.

Untuk nikah of course lah baju melayu. Tak pernah pulak I tengok orang akad nikah pakai coat ke ape kan. Google punye google, search punya search, I jumpa satu design ni.


Tapi tak silap I Anizan Yusof ni designer. So non ade bajet untuk designer. Kitorang import tailor dari Indonesia je. Murah dan harap outcome nya baik.

Kalau bersanding belah I, baru-baru ni blogger Irine Nadia Marcello ada pakai baju baby blue untuk bersanding belah dia. So si incik tunang nak lebih kurang atau sama macam ni.


Katanya dia nak pakai macam kat bawah ni sebab buat kat taman n english garden sgt katenye. I ikut je. Janji baju I siap. Hahaha...


Untuk veil dan tudung pulak...akad nikah kemungkinan guna chiffon for both dan net untuk bersanding. Untuk bertandang I decide tak nak guna veil tapi maybe tang tudung tu bagi effect flowy ckit. Belum difikirkan lagi tapi I dah reserve dalam 1-3 meter depend pada bidang dan design nak buat veil dan tudung nanti.

Eh..kate garden wedding, pakai topi macam ni boleh?=p


 Amacam? hihihi

 Boleh buat lambaian ratu gtu kan..

Ok lah...tau mau main-main dah. Layan je lah gambar tudung dan veil inspirasi I nanti. Cantik lah tudung diorg uolls. Memang berkenan habis lah.





Sampai sini dulu untuk cerita baju bajan inspirasi dari bloggers dan google sekalian. Some of the pics I just save pic sahaja without save diorng punya link tapi yang ke-3 dari atas or ke-2 paling last tu from blogger Intan.

Nanti I rajin I sambung balik cerita pasal tailor I dan mana I jumpa kakak indonesia ni.

Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment