Showing posts with label Invitation Card. Show all posts
Showing posts with label Invitation Card. Show all posts

Monday, 11 February 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum. 

I nak jemput semua yang membaca blog I (kalau ada) datang ke majlis perkahwinan I.

Pada :
11 February 2013 (Monday - CNY)
Jamuan makan dari jam 11:30 - 5:00 PM
Ketibaan pengantian jam 1:30 PM

Di alamat :
Lot 1614, Lorong Seroja 5, Kampung Baru Kemasik, 24200 Kemaman, Terengganu.

Semua dijemput hadir!

Pada siapa yang nak datang dan perlukan kad, sila drop alamat kat komen atau email love_in_february@yahoo.com



 
 Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Friday, 7 September 2012

Pening-Pening Lalat

Assalamualaikum...

Sesungguhnya I tengah pening-pening lalat fikirkan majlis yang tinggal 5 bulan tapi satu habuk pun x siap kecuali catering dan photographers. Eh, tadi cakap satu habuk tak siap, tetiba ada jugak yang booked. Kan dah cakap tengah pening-pening lalat hehe.

Kalau ikut perancangan, semua yang patut DIY, book dan beli siap sebelum bulan 1. Tu ikut perancangan saja. Kalau perancangnya ikut mood, memang jadi macam ni lah. Yang dirancang tak menjadi pun. Dasar pemalas!

Dah lah dasar gile kuasa, kalau boleh nak DIY semua bende tapi memandangkan makanan, photographer dan pasang kemah I tak boleh dan tak logik kalau pengantin nak buat sendiri. Memang tak logik, tak logik haha.

Sekarang ni tinggal lagi 5 bulan, so everything dah finalize. Things yang I decide nak DIY (macam gigih je bunyinya, kan) adalah :

  • Kad kahwin
    • dah siap content cuma design selalu je bertukar-tukar. Nevermind, asal content dah ada. Kang kalau tak sempat sangat, print je design mana-mana
  • Hantaran
    •  design untuk both side dah dipilih dan colour combinations pun dah finalize, cuma yang belum settle adalah budget berapa bunga yang nak guna dan bunga apa
  •  Hand bouquets
    • akad nikah - fresh flowers
    • sanding - fresh or cotton flowers
    • bertandang - maybe felt or brooch hand bouquet
 Google

source : Intan


  Google

  • Mini pelamin untuk akad nikah
    • memang duk aim fresh flowers je ni. Colour pun dah ada, bunga pun dah tahu nak guna bunga apa cuma ada certain barang yang nak kena beli dan sewa je. Make it simple tapi sweet (at least kat mata I lah)
  • Signages and welcome board
    • ni semua dah ada idea. I kene prepare stencil dan suruh adik I je sembur cat nanti or tulis tangan je..cantik jugak kan. Whatever it is, I kena cari kayu tak guna kat kedai pakcik. Kalau ada kayu cengal pun, kayu cengal lah. Tahan sampai anak cucu kot hehe

  Google
  •  Decorations
    • Untuk akad nikah maybe ada sikit nak buat deco kat luar nanti. Just nak nampakkan ade light dan meriah sikit kat halaman rumah. I akan gunakan glass/mason jar yang tak ada tudung or ambik je botol spagetti tu dah gantung kat pokok as dekat sekeliling rumah ada pokok-pokok dan kawasan agak kelam. So kene light up sikit
    • Untuk sanding pulak, memandangkan the theme is chic + simple + a bit rustic element, so deco akan menggunakan paper dan kayu dan apa-apa yang simple dan murah (tu penting)

 Mungkin akan dibuat untuk malam akad nikah tu untuk light up kawasan rumah. Just hang a few mason jar with candle inside at trees
(Google)

 Maybe this idea can be used as centerpiece as well during reception. Just put a flower(s) and water..tadaa..siap!
(Google)
  • Pelamin sanding
    • Kalau ikutkan kekuatan, I memang nak cari vendor saja. Memandangkan belah I nanti dekat Kemasik, Terengganu dan yang paling dekat pun Kuantan, nak cari vendor untuk buat design yang I nak memang susah. Yang ada pun diorang macam suka je guna kerawang-kerawang which is really not me, serious. So, apa guna ada pakcik yang ada kedai kayu (even dia jual cengal sahaja tapi nanti pandai-pandai lah dia carikan), pakcik-pakcik yang berseni, cousins yang tough dan adik-adik yang boleh bertukang kalau tak kerah tenaga diorang kan..haha...so I decided, my pelamin at least looks like this.
 Kan I dah cakap simple. Not like pelamin masa akad nikah yang I guna fresh flowers. Yang ni no more bunga-bunga kecuali bunga pahar
(Google)

  • Bunga pahar
    • memang tengah buat pun. Rupanya susah jugak nak bunga bunga dip ni. Kalau tak disebabkan majlis sendiri, tak ada kuasa nak buat
  • Guest book
    • Cari yang dah siap dah hias sikit-sikit sahaja. Nanti I nak kerah encik tunang pergi print dan binding hard cover dah hias ikut tema
  •  Buttonaires
    • Ni untuk ahli keluarga dan yang terlibat je. Kalau tak sempat jugak, I tengok kat Kenanga Wholesale City ada jual kerongsang bunga-bunga tu. Kalau beli min 20 bijik dapat harga RM1.20 je. So, why not beli je yang tu kan
Ok..tu je lah. So far yang I tengok dan analyze (lah sangat), pelamins would be the biggest challenge. Tapi I selalu akan fikir positive. Orang lain boleh buat, why not I try. Janji I kena bahagi-bahagikan tugas. Lagipun I tahu adik perempuan I sangat boleh harap. Memang dia suka tolong I kalau I nak DIY atau ada tempahan bunga telur. Bunga telur I sekarang pun dia gigih duk pintal dawai tu. Bagi idea pun boleh tahan jugak cuma I kene guide dia dan explain macam mana nak buat dan siap nanti macam mana bentuk. Luckily I tak ada banyak kerja urgent dekat office, I google mana-mana gambar dan I print. I already presented to my fiance dan adik untuk discuss the idea and possible tak nak buat sendiri and 70% yes possible! hehe

Got to go...time to list down things to buy in Jakarta and Bandung next week. How time flies so fast *berdebar*.


Thanks for reading!=)

Wednesday, 4 July 2012

Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Boleh katakan I datang kerja hari-hari dalam keadaan tak semangat langsung. Kira dah tak ada hati nak keje kat tempat sekarang ni. Semua keje I bos sub pada customer service. I just datang keje dan goyang kaki. Dalam masa 2 bulan ni (bulan pertama I kene buat design macam-macam padahal tu bukan kerja I pun, dah cakap tak boleh buat pun, suh buat jugak sebab bos kedekut dan nak cut cost sangat. bodoh sgt) I memang tak productive. Boleh kira sepanjang 2 bulan ni, seminggu je I penah bz buat property market survey. Masa lain I tengok movie, tgk youtube, segala macam drama, facebook tak payah cakap lah..naik muak dah, gossip? semua dihujung jari..muahaha..See...sangat loser kan I duduk goyang kaki dan rasa kepala otak lemau macam biskut dah. So, sekarang dalam usaha cari kerja lain, dah g interview, cari lagi, cari lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Tak berputus asa ni. Gigih tau. Tapi segigih-gigih mana pun, kalau Allah dah tetapkan kat sini lah rezeki I, kat sini jugak I keje. Sedih dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Abah I cakap I tak baik tak buat keje. Tapi kan..takkan I nak tolong mop lantai, vacuum plak kan..whateveh abah..Janji anak mu ini ada duet nak simpan untuk kawen..hehe.

Kan I claim I goyang kaki dari segala jenis keje opis kan..tp I tak goyang kaki untuk kerja kawen okeh..so I design option 1 untuk kad kawen untuk ke dua belah pihak. Ni baru belah I. Belah laki belom fikir or akan sama cuma tukar color je. Eh, kat atas td I tulis option 1 kan? Nampak tak I ada lagi design lain-lain nak buat. Oveh sangat=p. 

Kawan I cakap "kalau ade option 1, pastu 7 bulan lagi nak kawen, ko kira sendiri lah brp banyak design kad ko"

Am I care? Janji I suka..hihi



Amacam? Ada nak komen?


Thanks for reading!=) **bajet ada orang bace..muahaha