Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

Our 1st Anniversary

Assalamualaikum. 

Cerita lama.

10 Feb 2014, our 1st anniversary. Banyak yang ditempuhi sepanjang perkahwinan ni. Banyak sangat ups and downs. Tapi dalam proses macam ni lah kita mengenal lebih mendalam segala yang tersirat dan tersurat setiap pasangan kita. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sebagai suami isteri, banyak yang perlu dipertingkatkan dan diperbaiki. Banyak yang dibincangkan untuk mengekalkan perkahwinan untuk tempoh yang panjang. Doa kami, semoga sampai mati bersama.

Tak ada sambutan yang istimewa sangat memandangkan isteri dia kali ni tetiba tak fussy hahaha..Start dari birthday I lagi (5 Feb), dah siap gosok baju segala ni, ingtkan nak keluar lepas maghrib pergi dinner kat somewhere kononnya birthday kan..tup tup lepas siap baju, baring kejap..tak lama tukar fikiran malas nak keluar..weekdays nak keluar ke KL, macam tak ada motif pulak. Plus kitorg malas nak drive. Si hubs bukan boleh drive jam-jam macam tu, sakit telinga dengar dia membebel.

On that day, pagi-pagi dah pergi foot spa, since kaki memasing lenguh buat aktiviti. Saja gatal nak rehatkan kaki sebelum berjalan ke lain. Walau pun on leave hari tu, tapi banyak bende nak kene settle..nak service kete lah, nak pergi ambik barang lah..so kami hanya pergi dinner je. Tu pun tak ada buat reservation ke apa, candle light dinner pun tak ada..kes dua-dua malas. I pun ok je kalau g makan je..so, hubs lagi ok sebab bini dia tak banyak bunyik hehehe.

 Hubs

 Yeeee...kami dinner di Subak..

Sebelum gelap, kitorang dah sampai Subak. Sesaje nak try apa yang best Subak ni. Ternyata environment dia cantik. Dine in nature katenye..Malam lagi cantik dengan lampu-lampu bagai.




Menu kami malam tu :

Starter
Deep fried crispy mini javanese style popiah

Main dishes
I makan rib eye steak - not bad

Hubs makan Subak braised NZ lamb shank masala...terbaik ok lamb shank dia. Serious nak pergi makan sana lagi dan order lamb shank lagi. Rasa yang hubs punya tak puas. Dia kalau dapat apa yang dia suka, pastu ada pulak tulang temulang ni, memang tak pandang dah bini dia.

Drinks
Blue eye on the float - sedap gile!
Coffee latte untuk hubs..dia memang tak minum ais

Total : lupa tapi around RM170++ incl tax (kalau tak silap)

(Check Subak Website for more info)




Anyway, thanks hubs sebab belanja walau tahun ni tak ada candle light dinner or what so ever tp bini mu ini happy je hehehe..tapi jangan lupa bini mu request nak pg travel for the next anniversary. Harap dirimu pertimbangkan hehehe..Bini mu ini selalu doakan semoga diri mu dipermudahkan segalanya, rezeki bertambah dan sayang lebih banyak pada diri ini..supaya bila dah sayang terlebih, dapat lah bawak bini berjalan tahun depan pulak hahaha...

Happy 1st Anniversary, sayang! Semoga jodoh kita kekal selamanya..amin.


Thanks for reading=)

Love,
Nurul

Saturday, 4 February 2012

Food Testing

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal  food testing dengan Rass Deco & Event. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami bincang pasal berapa transportation charge if they willing to go Terengganu and what they provide. Mak dah macam setuju plus dia pun malas dah nak buat rewang.

Dia nak buat rewang, I pangkah awal-awal lagi. I malas nak sepah-sepahkan rumah, nak balik cari capony + kerusi + meja + scallop yang sah-sah belah terengganu lagi mahal. I pun tak nak parents dan yang lain-lain terlampau letih. Memang lah bila rewang ni best, semua akan berkumpul dekat rumah. Nak sediakan bahan mentah, nak buat pelamin nikah, tolong serba sedikit mana yang I tak sempah sentuh, but then...ni semua meletihkan dan I tak nak bila hari majlis diorang tak larat nak layan tetamu. Mesti muka dah mencuka. So, big NO NO NO to rewang!

Even tho I memang ramai sedara mara belah abah (mak I chinese), tapi kebanyakkan orang besar-besar yang dah biasa buant rewang ni ade yang meninggal, ade yang dah tak larat. Kami pun bukan duk kampung dan ini tak adil palk nak panggil orang kampung rewang kenduri I, kenduri orang lain tak ade pulak family belah I tolong rewang. 

So, memang I berkeras nak ambik catering..siap gaduh-gaduh ni nak yakinkan parents I ambik catering ni lagi senang dari rewang. I ni kalau bab melawan mende yang I nak memang pandai sebab I cerewet. So sebelum berhujah tu I dah siap fakta dan auta lah. I buat review pasal catering yang I nak ambik, dia ade bad review tak, I tanye orang-orang yang tahu pasal catering ni, harga plak macam mana, even catering dekat belah terengganu pun I siap survey if ade yang boleh bg harga yang macam catering I pilih ni, canopy mcm mana and everything lah I cari. 

Situasi ni sama je macam I nak pergi belaja oversea dlu, I survey semua sebelum I bentangkan kat parents I. Bila I dah cakap nak, memang I nak. I memang keras kepala. Certain bende je I akan consider and biarkan I bertenang dulu. Then baru I boleh fikir pros n conts setiap decision I buat. Alhamdulillah I dah habis belaja pun=).

So, sama jugak kes catering ni..I cakap I nak, I memang nak. So tadi I bawak mak and adik I pergi jumpa Kak Ila, Rass Deco ni. Semuanya berjalan lancar. She willing to go..hoho..best2!!. Tadi Kak Ila ade bagi nasik untuk test and mak pun cakap sedap. Adik I duk puji daging masak hitam best.

Harap semuanye berjalan lancar eventho eventnye setahun lagi. Ops, belah lelaki pun catering sama. Kira dah bagi tender kat Rass Deco ni. Tunggu I decide pelamin je. Nak suh diorang buat or kawan I buatkan which is jimat n simple.hehe

Thanks for reading!=)