Saturday, 4 February 2012

Food Testing

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal  food testing dengan Rass Deco & Event. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami bincang pasal berapa transportation charge if they willing to go Terengganu and what they provide. Mak dah macam setuju plus dia pun malas dah nak buat rewang.

Dia nak buat rewang, I pangkah awal-awal lagi. I malas nak sepah-sepahkan rumah, nak balik cari capony + kerusi + meja + scallop yang sah-sah belah terengganu lagi mahal. I pun tak nak parents dan yang lain-lain terlampau letih. Memang lah bila rewang ni best, semua akan berkumpul dekat rumah. Nak sediakan bahan mentah, nak buat pelamin nikah, tolong serba sedikit mana yang I tak sempah sentuh, but then...ni semua meletihkan dan I tak nak bila hari majlis diorang tak larat nak layan tetamu. Mesti muka dah mencuka. So, big NO NO NO to rewang!

Even tho I memang ramai sedara mara belah abah (mak I chinese), tapi kebanyakkan orang besar-besar yang dah biasa buant rewang ni ade yang meninggal, ade yang dah tak larat. Kami pun bukan duk kampung dan ini tak adil palk nak panggil orang kampung rewang kenduri I, kenduri orang lain tak ade pulak family belah I tolong rewang. 

So, memang I berkeras nak ambik catering..siap gaduh-gaduh ni nak yakinkan parents I ambik catering ni lagi senang dari rewang. I ni kalau bab melawan mende yang I nak memang pandai sebab I cerewet. So sebelum berhujah tu I dah siap fakta dan auta lah. I buat review pasal catering yang I nak ambik, dia ade bad review tak, I tanye orang-orang yang tahu pasal catering ni, harga plak macam mana, even catering dekat belah terengganu pun I siap survey if ade yang boleh bg harga yang macam catering I pilih ni, canopy mcm mana and everything lah I cari. 

Situasi ni sama je macam I nak pergi belaja oversea dlu, I survey semua sebelum I bentangkan kat parents I. Bila I dah cakap nak, memang I nak. I memang keras kepala. Certain bende je I akan consider and biarkan I bertenang dulu. Then baru I boleh fikir pros n conts setiap decision I buat. Alhamdulillah I dah habis belaja pun=).

So, sama jugak kes catering ni..I cakap I nak, I memang nak. So tadi I bawak mak and adik I pergi jumpa Kak Ila, Rass Deco ni. Semuanya berjalan lancar. She willing to go..hoho..best2!!. Tadi Kak Ila ade bagi nasik untuk test and mak pun cakap sedap. Adik I duk puji daging masak hitam best.

Harap semuanye berjalan lancar eventho eventnye setahun lagi. Ops, belah lelaki pun catering sama. Kira dah bagi tender kat Rass Deco ni. Tunggu I decide pelamin je. Nak suh diorang buat or kawan I buatkan which is jimat n simple.hehe

Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment