Showing posts with label Akad Nikah. Show all posts
Showing posts with label Akad Nikah. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

SIL's Wedding

Assalamualaikum.

Hari ni just nak update pasal wedding my SIL awal November hari tu. Tugas I hanya buat pelamin nikah, handbouquet (nikah + reception) dan hantaran. Tapi last minutes I terlibat dalam buat dress untuk reception dan lain-lain lagi. Nasib wei kakak ipar dia nak tolong dan ada serba sedikit tahu pasal wedding, kalau tak menangis tak berlagu lah kalau semua cancelled last minutes.

Dalam masa bertungkus lumus nak siapkan pelamin ni, tido memang lambat lah. Angkat benda-benda berat. Padahal masa ni pregnant tapi belum tahu. Nasib tak jadi apa-apa kan.

Most of the items kat pelamin ni semua barang I sendiri. Termasuklah railing sangkut backdrop, langsir nipis untuk layer backdrop, pasu-pasu, bantal I jahit sendiri ikut tema pelamin, mirror boxes, stage pun husband diy, spot lights, long florescent lights dan carpet bulu-bulu tu. Kerusi je SIL sewa sebab dia tak nak guna kerusi macam I dulu (nak tengok CLICK)

Bantal tu saje buat sebagai penyeri pelamin. Tak payah fikir nak letak apa supaya tak nampak kosong. Pelamin I dulu pun I diy bantal sendiri which I buat contra dengan warna pelamin (boleh tengok SINI). Tapi SIL punya I tak buat deko ada-apa untuk bantal sebab tak sempat since I kene jahit lace pada dress dia lagi.


 The pelamin...kebanyakkan husband yang set up sebab I sibuk nak gubah bunga untuk pelamin, hantaran dan hand bouquet. 

Dalam gambar pelamin ni nampak bunga baby's breath I tak kembang sangat. Kesnya masa pergi booking bunga, nampak banyak sebab masa tu harga RM29, tapi masa ambik harga RM23 tapi bunga sikit. Husband yang pergi ambik kat Floristika Bangsar, so memang dia main ambik je lah. Malam nak gubah baru perasan sikit. Kalau lah siang lagi masa tu, harus I kerah dia pergi beli lagi. End up, bunga tu tak kembang sangat lah tapi depan-depan still look nice. Maybe space kecik so tak lah nampak ketara sangat keciknya.

 Hand bouquet untuk majlis akad nikah
 Simple reception dress yang I designed, I beli kain, I hantar kat tailor, I ukur, I patch lace..ermmm

 Hand bouquet masa reception. Gambar a bit blur. Combination of roses and orchids. 

Semua I buat ikut citarasa I dan mana yang sempat je sebab pengantin dah pening. Cuma tema warna je ikut pengantin. Yang lain belasah je. Asal ada kan..

So pada pengantin-pengantin, sebelum plan nak buat apa-apa please do moreeeeeee research supaya kita tak tersilap pilih vendors. Yang penting main vendors macam untuk catering, tempat perlu book awal, untuk pelamin dan baju...jangan malas nak baca review orang tau. Kalau yang kecik-kecik ada kesilapan technical, maybe boleh pejam mata lagi.

Akhir kata, pada yang berminat nak sewa barang-barang untuk buat pelamin, nak diy bantal or anything, boleh email me at love_in_february@yahoo.com.

Sementara masih kuat ni boleh lagi nak tempah =)

Thanks for reading=)
  Signature_zps51b77f60

Monday, 11 March 2013

Review #6 - Ferrero Rocher Untuk Tetamu

Assalamualaikum. 

Ok..I sambung lagi review untuk malam akad nikah. 

Walaupun budget I sangat lah tak berapa nak ada, tapi I rasa nak bagi jugak simple gift untuk tetamu malam nikah tu. At least diorang tak balik dengan tangan kosong. Walaupun mula-mula I nak bagi yassin atau himpunan doa tapi bila difikirkan balik, tetamu I bukan semuanya Islam..so I tukar idea. Just bagi chocolate je.

So I decided nak beli ferrero rocher je. Bagai di cita ulam mendatang, kawan I kebetulan ada di Langkawi. Masa ni memang tinggal lagi 1 bulan je nak kenduri. Macam rezeki pulak, kan. So dia text tanya nak kirim apa dari Langkawi. Then I cakap nak ferrero rocher around 150 bijik. 

Lega dah satu benda dah settle. Masa makin suntuk ni. Pastu nak wrap sendiri pulak kan. Cari nahas betul pengantin ni=p

I pun beli kain net warna cream dan ribbon merah siap-siap..prepare dulu barang yang nak guna untuk wrap sebelum ambik ferrero rocher dari kawan kan. 

Bila sampai hari ambik tu, I dah hulur duet..skali kawan cakap ni rezeki I nak kahwin. Dia bagi free semua chocolate tu. Dah lah siap hantar depan rumah lagi=)

Alhamdulillah..memang betul-betul rezeki melimpah ruah bila kita nak kahwin ni kan. So, doorgift I jadi lah yang macam kat bawah ni. 



So, total cost :

4 meter kain net - RM10
1 bundle ribbon - RM11
150 bijik ferrero rocher - FREEEE!!!


Note : Thank you Mohsein for the chocolate;)


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Monday, 4 March 2013

Review #4 - Make Up by Yna Dona Everlynn

Assalamualaikum. 

Hari ni nak cerita pasal make up untuk akad nikah. MUA (make-up artist) untuk majlis malam tu adalah Yna Dona Everlynn.

Untuk B2B area Terengganu, especially area Dungun, Paka, Kerteh dan Kemasik...sila hire Yna ni. Sangat cantik ok. Make up tahan lama. Yang Yna ni pun baik hati dan senang kerja dengan dia.

Untuk malam tu I request make-up yang besarkan mata. Well, dah mata kecik kan, mesti lah nak besarkan kat part tu. So, Yna recommend buat smokey eyes. Yna bagi few option colors untuk dipilih. At first I pilih dark brown, skali Yna recommend purple plum suit dengan I.  Then, untuk lips, I nak yang something simple n natural eventho I cakap dengan tunang (masa tu) I nak buat merah mak ngah hahaha..Kene bebel habis-habisan lah.

A few pictures masa tengah bersiap by my OP.





 Yna tolong I pakaikan veil dan betulkan mana-mana yang perlu

Before and after=)
 Fake eye lashes for that night..quite comfortable

 Hasil make-up by Yna Dona

I love it to the max. I rasa make-up malam tu make me look sweet (perasan=p) lah jugak kan. Tapi at first my hubby tgk, dia komen pasal bulu mata apesal lagi panjang dari dia. Dasar jeles. Tahu lah bulu mata dia original lentik. Ceit.

Pada yang bertanya pasal rate..sila contact Yna Dona Everlynn sendiri. Bagi I, worth every penny. Harga sangat affordable untuk area sana.

Very recommended!=)

Pictures kat atas I tak edit ok. Tu raw pictures dari OP dan ada cilok dari FB Yna jugak. I just tambah watermark je.

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Friday, 1 March 2013

Review #3 - Bantal

Assalamualaikum. 

Since I ada buat entry pasal macam mana nak jahit/buat bantal kecik-kecik kat SINI. So, hari ni I nak cerita pasal mana I letak bantal-bantal ni sekalian. FYI, total bantal semua adalah 10 biji. 8 biji ada bentuk love, 2 biji lagi I buat yang tulis "I Do".

Actually masa mula-mula I plan nak D.I.Y pelamin nikah, I decided nak buat tema merah+pink+putih/off white. Sekali last minute masa nak beli bunga, bunga yang nak guna tak ada masa majlis I nanti, which is on CNY. So tukar plan serta-merta.

Jadi, pelamin nikah jadi lah macam dalam gambar kat bawah ni. Okey jugak. Kiranya 'LOVE' tu menaikkan seri pelamin jugak lah. Tak lah semua putih je kan.

 Gambar penuh pelamin

 Letak kat side kiri dan kanan

 Macam ni..letak dekat kaki kerusi..Macam sandar lah..bagi berdiri

Jadi props pun boleh

Selain kat pelamin, lebihan bantal 4 biji lagi I letakkan kat atas katil. Yang ni memang ngam sebab memang dinding warna pink + off white, warna cadar off white + merah. So I just letak red roses dengan bantal ni. Cuma yang dalam bilik I letak yang 'I DO' tu. Cuba tengok gambar kat bawah.
 Dalam bilik pengantin

Since I jahit sendiri bantal ni, I nak buka untuk SEWA pada yang berkenan nak sewa. Selain sewa, kalau yang nak tempah pun boleh. Bantal ni tak besar. Size lebih kurang 30x30cm je. Anything boleh email at love_in_february@yahoo.com


 Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Review #2 - Baju Nikah

Assalamualaikum.

Memandangkan OV (official videographer) adalah kawan iolls, so iolls paksa dia bagi raw pictures cepat-cepat sebab iolls nak buat review. Gitueww kekwat kan=p

So, lets review bebeh...

Untuk baju nikah, weolls decide nak buat warna off white. Just a simple one je. Yang groom pakai baju melayu, I pakai baju kurung moden. Yelah..kurung moden je lah sebab badan bukan ukuran model kan. Pasrah je lah.

Kain baju melayu beli dekat Jakarta. Nama kain tak dapat dikenal pasti sebab main beli je. Kain baju melayu sama dengan lining baju kurung moden I. Cerita lebih-lebih pasal mana tempah baju melayu ni, sila rujuk SINI.

Harga?. Below RM180 siap plated kat leher tu.

Berbaloi ke? Bagi I, jahitan kemas, siap on time, sangat berpuas hati. Highly recommended!=)

 him's 

Mine, kain baju kurung moden beli di Tanah Abang. Kedai mana dah lupa sebab owner kedai kekwat sikit. Kalau bukan disebabkan kain ni I dah berkenan gila, dah masuk kali ke-3 pergi kedai tu, tak ada maknanya I nak beli kat situ kan.

Tapi I puas hati sebab I tak perlu nak buat beading banyak-banyak sebab kain ni pun dah full. I just tambah pink pearls and sew-on diamonds warna pink jugak dekat lengan dan bawah baju untuk naikkan seri sikit.

 mine=)

 The details

Untuk veil + shawl, I buat sendiri tapi malangnya I tak ada gambar detail. Nanti ada masa I ambik. I D.I.Y sendiri.

Untul veil, I patched border lace yang dekat lebihan baju tu dan tambah pink diamonds. Just nak buatkan veil, shawl dan baju relate each other. 

Shawl pulak I buat bentuk half moon tapi kecik je. I patched lace dan letak pearls and diamonds jugak. So, baju + veil + shawl ada element pink-pink sikit. 

Mana I jahit baju?. Dengan jiran I kat Balakong tapi dah balik Indonesia for good.

Harga?. Dont ask me the exact price ye..nanti korang terganga mulut sebab terlampau murah haha. Baju nikah ni siap kene guna tukul untuk ketuk beads tu semua. So, bagi I sangat-sangat-sangat murah. 

Tapi apa yang I rasa tak best...I nampak gemuk!!! T__T

(dah memang ko gemuk kan)

Whatever..I okey je pun hahaha.

Us!=)


Bantal kat atas ni I D.I.Y. Kalau nak buat sendiri boleh rujuk cara-cara nak buat kat SINI. Kalau nak tengok gambar macam mana I letak bantal ni kat pelamin, sila lah rujuk SINI. Untuk dalam bilik pengantin pun ada bantal macam ni, nanti I review mana I letak bantal-bantal ni semua

Tunggu tau!

I nak buka untuk sewaan dan order nanti jugak=p


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Tuesday, 5 February 2013

Hanging Jars

Assalamualaikum. 

Since I tengok hanging jars dekat pokok with floating candle on it..I memang jatuh hati tahap tertinggi. I nak buat untuk malam nikah. Nak letak kat pokok bagi dia pakai baju ada cahaya-cahaya keimanan gitu kan.

=p

***Being me yang malas nak snap gambar, lagi pun buat kerja kadang sorang...so I is malas. Gambar-gambar semua dari google saje.

 Macam ni..amacam?

 Bahan-bahan yang diperlukan

 Termasuklah chain ni...

  • Size jar - Besar, medium dan small (not too small sebab nanti tak boleh nak letak candle
  • Quantity - 10 besar, 10 medium, 10 kecik. Total 30 botol (without lid)
  • Mana nak beli jars? Kat sini
    • Quality Pack
      No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
      Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
      58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
      Tel: +60 3 80763311
    • click SINI for more info
  • Bahan-bahan lain yang diperlukan:
    • dawai - make sure keras
    • rantai (depend brp panjang yang korang prefer)
    • candle
    • plier (kalau ada yang muncung tirus pun ok sebab senang nak bentuk lubang dekat hujung dawai.

CARA-CARA NAK BUAT

  1. Mula-mula gunting dawai untuk dekat kawasan bukaan botol tu
  2. Bila dah lilit dan make sure kemas (takut bila dah letak air terlucut pulak dari dawai)
  3. Buat tangkai untuk gantung
  4. Macam gambar kat bawah ni
  5. Letak rantai kat tengah-tengah penyangkut tu
  6. Letak air, pasang candle dan sangkut dekat mana yang nak sangkut tp I buat untuk sangkut dekat pokok pada malam nikah nanti
  7. Yang lain pandai-pandai lah korang adjust bagi cantik
Macam ni bila dah siap letak dawai dan sebelum letak rantai


Bila dah letak rantai


Total damage :
30 jars = RM21.20
Dawai =RM3.80
Candle = RM15/100 candles (kalau tak silap harga macam tu sebab dah sedia ada beli di IKEA)
Rantai = RM35

TOTAL = RM75

(kalau bahagi 30 ketui baru RM2.50..ok lah tu..tp sakit tangan korang tak dikira ok..kalau sakit jari sampai nak scroll mouse pun jangan salahkan I..sebab I memang sakit jari hahaha)

------------------------------------------------------------------

Ok ni nak cita pasal rantai tu.

Semalam masa balik kerja, I singgah kedai hardware untuk beli rantai besi tu. Dalam fikiran I, rantai tu tak adalah mahal sangat kan. Dengan berbekalkan duet RM35++ je, I pun tanya lah harga berapa semeter. Rupanya tak guna meter, guna kaki. So sekaki rantai yang-tak-berapa-nak-halus-dan-tak-berapa-nak-kasar tu, harga RM1.80. Since I nak beli lebih kurang 30 urat, so I mintak kurang jadi RM1.50/kaki.

Since I nak 30 urat dan 20 urat untuk 1 kaki, yang 10 urat untuk 1 1/2 kaki..so duet I tak cukup. Pastu tokey tu macam confuse kenapa I nak banyak sangat then dia selidik lah apa yang I nak buat kan. So I pun cite lah I nak buat deco untuk wedding lah, nak letak lilin dan gantung lah, bila wedding lah...so tokey tu macam okeyyyy...

Bila I cakap potong dulu 10 untuk 1 kaki, dan 10 untuk 1 1/2 kaki...so tak cukup lagi 10 urat. I mintak lah kurang jadi RM1.20 sekaki (padahal tak cukup duet gak ni hahaha). Tokey tu tak nak kasi. Tapiiiiiii..tokey tu cakap, bayar saje RM35, yang 10 lagi kasi free yang 1 kaki..hehehe...I tak berhenti cakap terima kasih banyak-banyak.

Mesti dalam hati dia cakap, kesian pulak budak ni. Muka macam tak ada duet. Tapi memang tak ada duet dah pun hahaha..

Ok lah...maybe rezeki I kot. I cakap kat tokey tu..mungkin ada ong kahwin masa chinese new year hehe..

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Monday, 22 October 2012

Nikah - Baju Melayu

Assalamualaikum...

Masa free datang lagi..mari update pasal kahwin lagi. Bunyi macam tak sabar nak kahwin tapi hakikatnya rasa macam nak postpone lagi sebab banyak bende tak siap.

Since incik tunang nak baju melayu macam kat bawah ni...so gigih lah kami meng-google segala macam dan jenis dan kedai yang jahit dengan cantik dangood review dan yang penting murah (banyok benor dan nya).

 lupe mana dapat gambar ni tapi designer nama Anizam Yusof

First, kami ke Den Wahab kat Wisma Yakin sebab so far rasanya baju dia dapat review yang kiranya 4 out of 5. Tu interm of jahitan ye. Interm of customer service (masa tu ada assistants Den Wahab saje), memang bagi I out habis. Macam sombong je. Layan tak nak layan je kan. Masa tunjuk gambar baju atas ni, diorang macam cakap tak boleh buat lah, tak pernah buat, harga jadi mahal..weii..kitorang nak bayar, tak kesah lah harga berapa tapi janji boleh buat kan. Takkan lah se-glemer diorng ni, tak boleh buat fashion-fashion kan. Tukang jahit kat kampung I boleh buat kot, cuma jauh nak balik je. Kalau dekat dah tak upah diorang dah. 

Bagi I, tak recommend sangat!

Then, kami ke kedai yang bersebelahan dengan Den Wahab jugak. Sama jugak lebih kurang dan customer service ok sikit dari Den Wahab tapi macam dah tawar hati nak buat kat situ. Then kami google dan terjumpa pasal Lat's Collection.

Actually Lat ni dulu kerja dengan Den Wahab rupanya. Dari pada review yang kami jumpa, service ok dan fashion pun boleh buat macam-macam. Lokasi kedai dekat sini :

TA-36, Pusat Penjaja DBKL, 
Jalan Jejaka Tanan Maluri, 
55100 Kuala Lumpur
(depan Cybernatics International College of Technology)

Tel/Fax: 
03-92004112/ 019-3886734

Email
latscollections@hotmail.com/latscollections@gmail.com


Facebook:
www.facebook.com/latscollectionsboutique
 
Blog:
SINI 

 Map:


Pasal harga? 
Murah dari Den Wahab. Untuk baju melayu yang macam lebih kurang atas diorg charge bawah RM170 untuk yang ada pleated dekat dada dan depend pada design jugak. Nak tahu lebih lanjut pasal harga click SINI. Ni harga tahun 2011. Kalau tahun 2012, pandai-pandai lah korang call dan bincang sendiri dengan Lat or assistants dia. 

Bagi I, berbaloi!

Fashion?
Macam-macam ada...yang siap boleh fold lengan tu pun ada..korang g tengok sendiri kat kedai baru ok. Eh, siap boleh jahit baju untuk perempuan dan coat pun boleh. Semua lah boleh.

Customer service?
Bagus sangat-sangat. Diorg sangat membantu.

Tempat?
Selesa dan besar ok kedai dia.

Ok lah..sampai sini dulu.

Thanks for reading!=)

Friday, 12 October 2012

DIY - Pillow

Assalamualaikum...

Pagi-pagi Jumaat yang nyaman ni..I nak share project yang tengah dan hampir siap dah iaitu bantal-bantal comey untuk letak dekat mini pelamin nanti. 

Since I ni pemalas nak ambik gambar dan tak ada orang nak tolong ambikkan kalau dah diri sendiri malas, tapi I rajin lukis-lukis ye.

So, tengok je lah yang kat bawah ni dan I try explain se-detail yang mungkin supaya korang paham. Pasal bahan-bahan yang I gunakan dan total cost ada dekat SINI


  1. Potong kain felt 10"x10"(suka hati nak besar mana, ikut berapa besar bantal yang nak dibuat)
  2. Lipat 2 kain tu supaya senang nak samakan bentuk yang kita nak gunting
  3. Buat templete bentuk yang diperlukan, pin kan dan gunting
  4. Hasil guntingan bila dah dibuka
  5. Lepas tu, gunting kain bantal 15"x15" (suka hati nak besar mana)
  6. Pin bentuk yang digunting tadi atas kain bantal dan jahit sekeliling bentuk tu. I jahit guna mesin jahit sebab malas nak jahit tangan. Lambat. So kemas sikit bila guna mesin jahit ni
  7. Untuk jahit zip pulak..cantum kain bantal (depan dan belakang) dan buat ukuran untuk jahitan sebelum jahit zip. I gunakan zip 12" so jahitan tepi untuk kedua-dua belah kain dalam lingkungan 1.5" dan tinggi 0.5". Since I bukan reti sangat nak menjahit ni, so I guna kapur untuk tanda ukuran
  8. Buka cantuman yang telah dijahit (kiri dan kanan) dan gosok untuk dapatkan line tengah-tengah tu. So that bila kita jahit zip, elok je terletak kain yang tutup zip tu. Tak lah senget. Line hijau tu guide untuk jahit zip start dari hujung kain (guna kaki mesin jahit yang khas untuk jahit zip)
  9. Bila dah siap jahit zip, jahit sekeliling bantal dan boleh terbalikkan dan siap!
Nota : Untuk letak fiber, I jahit kain putih lain, ikut tutorial No. 5 dan No. 9. Tak perlu letak zip, tapi jahit sekeliling kain dan tinggalkan sikit ruang untuk sumbat fiber nanti. Kalau banyak sangat letak fiber (nampak kembung cantik sikit), kene jahit tangan je lubang tu.

So, kat bawah ni gambar bantal yang I buat. I buat bentuk love. Mak I cakap, kalau dari dekat buruk, dari jauh cantik je. Dari dekat sebab kain felt tu nampak kasar. Tapi I ok je since kain felt lah paling senang nak buat bentuk dan jahit. Lagi, tak leceh.


Kalau nak tengok tutorial lebih detail, sekali dengan gambar, sila rujuk website tutorial INI. Yang lain ikut kretiviti anda nak buat macam mana.

Ok..daaa!

Thanks for reading!=)

Friday, 5 October 2012

Perihal Baju Bajan

Assalamualaikum...

Sebelum I sambung pasal Jakarta lagi, I nak bgtau je sekarang ni hati lega sebab baju dah siap hantar tailor. Since body bukan cutting model, I decided tempah ketiga-tiga baju dari akad nikah, sanding dan bertandang. Budget untuk baju bajan pun tak banyak since nikah je guna full beaded lace, yang lain semua guna chiffon je. Lagipun I beli chiffon dengan harga murah.

Chiffon yang sama I beli di Jakarta sebanyak lebih 10 meter (lupe brp, kalau tak silap 15 meter kot) dan bidang 60 inch, kat Jakel charge RM68/meter. Padahal kat Jakarta murah gila kot. Dasar cekik darah sungguh diorang ni.

Tailor yang I hantar ni asal dari Bandung. Dia datang sini dengan permit sendiri sebab ikut suami keje mechanic kat J.Co Donut. Bukan kerja buruh ye. Dia datang sini sbb kene transfer. So, bulan 12 ni diorang maybe balik for good. Harap sempat lah siap ketiga-tiga baju I tu. 

Akak ni pandai jahit dress uolls. I dah tengok dia jahit untuk pak andam dekat rumah I. Cantik dan 90% sama dengan gambar yang diorang bagi. Rupanya mak I risik-risik, akak ni dulu kerja dengan Amin Jauhary dan pernah kerja dengan Alinas. Dia berhenti pun bukan sebab apa, dia kene balik untuk renew permit dulu. Lepas tu sekarang ni dia kerje kedai jahit biasa je. Dia ambik upah jahit baju I ni pun sebab nak cari duet lebih. Kalau ikutkan gaji dia dengan kedai keling kedekut ni, memang tak cukup bayar permit dia setahun. Kesian sangat.

Sebelum pergi ke Jakarta, I pergi tanya dia berapa meter nak guna dan kain macam mana kan. Pastu I tanya sekali dengan upah, akak ni tak nak bagi tahu tapi since I takut upah nanti out of I punye budger, I tanya jugak. Last-last I tanya upah untuk 3 baju ni sampai tak RM700 since I hantar banyak dan yang bertandang akak ni tolong patch lace untuk I kan..dia terkejut sangat. Dia cakap satu baju tak sampai pun RM100 kecuali I nak suh dia beading. Kali ni I pulak yang terkejut.

Kat bawah ni contoh baju yang dijahit akak tu. Patched lace by pak andam sendiri. Mula-mula tengok kain pink kat dalam tu macam...eee, tak cantiknya. Sekali bila dah jadi baju macam cantik lah pulak. Ada a few baju lagi kalau nak tengok ada lama page diorg kat De'Solick Boutique.

 Ni gambar masa diorg masuk pertandingan makeup kat PWTC last week. Menang no.1.

So sekarang I happy sebab semuanya under my budget lagi=D
 
Thanks for reading!=)

Tuesday, 11 September 2012

Wedding Attires Inspiration

Assalamualaikum...

Dah tinggal berapa hari lagi nak ke Jakarta. Barang-barang yang nak dibeli sudah list down. Design baju pun dah finalize dan jumpa tukang jahit pun. Pasal tukang jahit..nanti I cite lebih panjang lebar selebar badan I..oppss!!hehe

Untuk majlis akad nikah nanti, weolls (haha..gedik iolls ni) dah decide untuk buat baju off white atau cream atau putih sahaja. Kata incik tunang, no more tukar-tukar color sebab untuk bersanding dan bertandang I dah conquer so untuk akad nikah kene dengar cakap dia (nak jadi isteri solehah kan...so patuh je lah T__T). Musnah harapan iolls nak buat baju nikah in champagne color tau. Cantik uolls color tu tapi tetap tak di pandang oleh incik tunang. Kejih sangat kan.

Its ok..layankan saje gambar kat bawah ni.

Color ni I nak..

Untuk baju bersanding pulak, I still kekalkan baby blue. Design baju I dah decide cuma incik tunang belum confirm nak buat atau sewa saja. Ikut suka dia lah, janji I dah jumpe tailor dan dah tahu berapa meter kain nak guna. Dan yang paling penting, tak mau I nampak bambam sangat.


Simple..kan?

I nak buat dress with patched lace yang boleh menutup kekurangan pinggang I yang tak berapa nak ramping ni. A bit similar dengan dress kat atas ni tapi of course lah lengan panjang. Kang ada yang tengah bersanding kene baling kek kat muka..haha

 I nak buat yang ni..incik tunang cakap tak brp nak cukup inci plus rendang plus gemok. Sampai hati='(
Untuk bertandang pulak, since buat kat taman..so design pun a bit simple lah. I just nak full lace at the top and plain one at the bottom. So I chose this,



Lagi pun I ada buat research if badan tembam macam I dan rendah dan pendek dan rendang tak berbuah dan gemok ni, kene buat belahan kat tengah supaya tak nampak punggung lebar. Then, bahagian dalam I akan beli chiffon yang a bit darker than outter tu. So, the dress akan guna 2 color chiffon. Hopefully bila dekat Jakarta nanti I manage to buy everything jangan ada yang tertinggal dan I kene tawas kedai kain lagi lepas tu I akan menyesal sebab design dekat Malaysia lagi I berkenan.hahaha. So, I memang berazam (haa..berazam ko) tak nak fikir dah bila balik nanti. Just hantar kat tailor dah ukur badan sahaja.

Ok..dah untuk baju I. Sekarang baju untuk incik tunang pulak.

Untuk nikah of course lah baju melayu. Tak pernah pulak I tengok orang akad nikah pakai coat ke ape kan. Google punye google, search punya search, I jumpa satu design ni.


Tapi tak silap I Anizan Yusof ni designer. So non ade bajet untuk designer. Kitorang import tailor dari Indonesia je. Murah dan harap outcome nya baik.

Kalau bersanding belah I, baru-baru ni blogger Irine Nadia Marcello ada pakai baju baby blue untuk bersanding belah dia. So si incik tunang nak lebih kurang atau sama macam ni.


Katanya dia nak pakai macam kat bawah ni sebab buat kat taman n english garden sgt katenye. I ikut je. Janji baju I siap. Hahaha...


Untuk veil dan tudung pulak...akad nikah kemungkinan guna chiffon for both dan net untuk bersanding. Untuk bertandang I decide tak nak guna veil tapi maybe tang tudung tu bagi effect flowy ckit. Belum difikirkan lagi tapi I dah reserve dalam 1-3 meter depend pada bidang dan design nak buat veil dan tudung nanti.

Eh..kate garden wedding, pakai topi macam ni boleh?=p


 Amacam? hihihi

 Boleh buat lambaian ratu gtu kan..

Ok lah...tau mau main-main dah. Layan je lah gambar tudung dan veil inspirasi I nanti. Cantik lah tudung diorg uolls. Memang berkenan habis lah.





Sampai sini dulu untuk cerita baju bajan inspirasi dari bloggers dan google sekalian. Some of the pics I just save pic sahaja without save diorng punya link tapi yang ke-3 dari atas or ke-2 paling last tu from blogger Intan.

Nanti I rajin I sambung balik cerita pasal tailor I dan mana I jumpa kakak indonesia ni.

Thanks for reading!=)