Friday, 12 October 2012

DIY - Pillow

Assalamualaikum...

Pagi-pagi Jumaat yang nyaman ni..I nak share project yang tengah dan hampir siap dah iaitu bantal-bantal comey untuk letak dekat mini pelamin nanti. 

Since I ni pemalas nak ambik gambar dan tak ada orang nak tolong ambikkan kalau dah diri sendiri malas, tapi I rajin lukis-lukis ye.

So, tengok je lah yang kat bawah ni dan I try explain se-detail yang mungkin supaya korang paham. Pasal bahan-bahan yang I gunakan dan total cost ada dekat SINI


  1. Potong kain felt 10"x10"(suka hati nak besar mana, ikut berapa besar bantal yang nak dibuat)
  2. Lipat 2 kain tu supaya senang nak samakan bentuk yang kita nak gunting
  3. Buat templete bentuk yang diperlukan, pin kan dan gunting
  4. Hasil guntingan bila dah dibuka
  5. Lepas tu, gunting kain bantal 15"x15" (suka hati nak besar mana)
  6. Pin bentuk yang digunting tadi atas kain bantal dan jahit sekeliling bentuk tu. I jahit guna mesin jahit sebab malas nak jahit tangan. Lambat. So kemas sikit bila guna mesin jahit ni
  7. Untuk jahit zip pulak..cantum kain bantal (depan dan belakang) dan buat ukuran untuk jahitan sebelum jahit zip. I gunakan zip 12" so jahitan tepi untuk kedua-dua belah kain dalam lingkungan 1.5" dan tinggi 0.5". Since I bukan reti sangat nak menjahit ni, so I guna kapur untuk tanda ukuran
  8. Buka cantuman yang telah dijahit (kiri dan kanan) dan gosok untuk dapatkan line tengah-tengah tu. So that bila kita jahit zip, elok je terletak kain yang tutup zip tu. Tak lah senget. Line hijau tu guide untuk jahit zip start dari hujung kain (guna kaki mesin jahit yang khas untuk jahit zip)
  9. Bila dah siap jahit zip, jahit sekeliling bantal dan boleh terbalikkan dan siap!
Nota : Untuk letak fiber, I jahit kain putih lain, ikut tutorial No. 5 dan No. 9. Tak perlu letak zip, tapi jahit sekeliling kain dan tinggalkan sikit ruang untuk sumbat fiber nanti. Kalau banyak sangat letak fiber (nampak kembung cantik sikit), kene jahit tangan je lubang tu.

So, kat bawah ni gambar bantal yang I buat. I buat bentuk love. Mak I cakap, kalau dari dekat buruk, dari jauh cantik je. Dari dekat sebab kain felt tu nampak kasar. Tapi I ok je since kain felt lah paling senang nak buat bentuk dan jahit. Lagi, tak leceh.


Kalau nak tengok tutorial lebih detail, sekali dengan gambar, sila rujuk website tutorial INI. Yang lain ikut kretiviti anda nak buat macam mana.

Ok..daaa!

Thanks for reading!=)

2 comments:

  1. Ala2 comeynyer....rajinnyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin lah sbb x mampu nak beli..tp puas hati bila buat sndiri hehe

      Delete