Showing posts with label Decoration. Show all posts
Showing posts with label Decoration. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Hanging Jars

Assalamualaikum. 

Since I tengok hanging jars dekat pokok with floating candle on it..I memang jatuh hati tahap tertinggi. I nak buat untuk malam nikah. Nak letak kat pokok bagi dia pakai baju ada cahaya-cahaya keimanan gitu kan.

=p

***Being me yang malas nak snap gambar, lagi pun buat kerja kadang sorang...so I is malas. Gambar-gambar semua dari google saje.

 Macam ni..amacam?

 Bahan-bahan yang diperlukan

 Termasuklah chain ni...

  • Size jar - Besar, medium dan small (not too small sebab nanti tak boleh nak letak candle
  • Quantity - 10 besar, 10 medium, 10 kecik. Total 30 botol (without lid)
  • Mana nak beli jars? Kat sini
    • Quality Pack
      No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
      Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
      58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
      Tel: +60 3 80763311
    • click SINI for more info
  • Bahan-bahan lain yang diperlukan:
    • dawai - make sure keras
    • rantai (depend brp panjang yang korang prefer)
    • candle
    • plier (kalau ada yang muncung tirus pun ok sebab senang nak bentuk lubang dekat hujung dawai.

CARA-CARA NAK BUAT

  1. Mula-mula gunting dawai untuk dekat kawasan bukaan botol tu
  2. Bila dah lilit dan make sure kemas (takut bila dah letak air terlucut pulak dari dawai)
  3. Buat tangkai untuk gantung
  4. Macam gambar kat bawah ni
  5. Letak rantai kat tengah-tengah penyangkut tu
  6. Letak air, pasang candle dan sangkut dekat mana yang nak sangkut tp I buat untuk sangkut dekat pokok pada malam nikah nanti
  7. Yang lain pandai-pandai lah korang adjust bagi cantik
Macam ni bila dah siap letak dawai dan sebelum letak rantai


Bila dah letak rantai


Total damage :
30 jars = RM21.20
Dawai =RM3.80
Candle = RM15/100 candles (kalau tak silap harga macam tu sebab dah sedia ada beli di IKEA)
Rantai = RM35

TOTAL = RM75

(kalau bahagi 30 ketui baru RM2.50..ok lah tu..tp sakit tangan korang tak dikira ok..kalau sakit jari sampai nak scroll mouse pun jangan salahkan I..sebab I memang sakit jari hahaha)

------------------------------------------------------------------

Ok ni nak cita pasal rantai tu.

Semalam masa balik kerja, I singgah kedai hardware untuk beli rantai besi tu. Dalam fikiran I, rantai tu tak adalah mahal sangat kan. Dengan berbekalkan duet RM35++ je, I pun tanya lah harga berapa semeter. Rupanya tak guna meter, guna kaki. So sekaki rantai yang-tak-berapa-nak-halus-dan-tak-berapa-nak-kasar tu, harga RM1.80. Since I nak beli lebih kurang 30 urat, so I mintak kurang jadi RM1.50/kaki.

Since I nak 30 urat dan 20 urat untuk 1 kaki, yang 10 urat untuk 1 1/2 kaki..so duet I tak cukup. Pastu tokey tu macam confuse kenapa I nak banyak sangat then dia selidik lah apa yang I nak buat kan. So I pun cite lah I nak buat deco untuk wedding lah, nak letak lilin dan gantung lah, bila wedding lah...so tokey tu macam okeyyyy...

Bila I cakap potong dulu 10 untuk 1 kaki, dan 10 untuk 1 1/2 kaki...so tak cukup lagi 10 urat. I mintak lah kurang jadi RM1.20 sekaki (padahal tak cukup duet gak ni hahaha). Tokey tu tak nak kasi. Tapiiiiiii..tokey tu cakap, bayar saje RM35, yang 10 lagi kasi free yang 1 kaki..hehehe...I tak berhenti cakap terima kasih banyak-banyak.

Mesti dalam hati dia cakap, kesian pulak budak ni. Muka macam tak ada duet. Tapi memang tak ada duet dah pun hahaha..

Ok lah...maybe rezeki I kot. I cakap kat tokey tu..mungkin ada ong kahwin masa chinese new year hehe..

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Thursday, 31 January 2013

DIY - Yang Dah Siap

Assalamualaikum.

Just nak share ape yang dah siap masa weekend hari tu. Gigih buat kot.

 Guestbook..akan guna untuk bertandang jugak..simple je. So malu nak tunjuk sebab tak lawa haha


 Buttonniere untuk family. Since nanti banyak guna pinwheel/paper rossette..so jadi lah bentuk macam ni.


 Brooch hand bouquet untuk bertandang...Gigih memintal dawai kat opis haha

 Hanging jars..ni untuk malam nikah nak letaj air dan lilin. Pastu sangkut kat pokok. Just belum letak penyangkut je lagi. Ada 3 size sebenarnya.
 
 Bunga pahar dip dah siap...just nak letak telur je nanti

Welcome board untuk bertandang

 Welcome board untuk bersanding

 Nak letak dekat guest book area


 Direction signage untuk majlis bersanding kat Kemasik..arrow potong kemudian then baru laminate

 Direction signage untuk majlis bertandang kat Putrajaya nanti


Ni je dulu..ada lagi yang boleh dikatakan 90% siap tapi tak ambik gambar pun.

Note : Baju bertandang tak siap beading lagiiiiiii T__T"

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Friday, 7 September 2012

Pening-Pening Lalat

Assalamualaikum...

Sesungguhnya I tengah pening-pening lalat fikirkan majlis yang tinggal 5 bulan tapi satu habuk pun x siap kecuali catering dan photographers. Eh, tadi cakap satu habuk tak siap, tetiba ada jugak yang booked. Kan dah cakap tengah pening-pening lalat hehe.

Kalau ikut perancangan, semua yang patut DIY, book dan beli siap sebelum bulan 1. Tu ikut perancangan saja. Kalau perancangnya ikut mood, memang jadi macam ni lah. Yang dirancang tak menjadi pun. Dasar pemalas!

Dah lah dasar gile kuasa, kalau boleh nak DIY semua bende tapi memandangkan makanan, photographer dan pasang kemah I tak boleh dan tak logik kalau pengantin nak buat sendiri. Memang tak logik, tak logik haha.

Sekarang ni tinggal lagi 5 bulan, so everything dah finalize. Things yang I decide nak DIY (macam gigih je bunyinya, kan) adalah :

  • Kad kahwin
    • dah siap content cuma design selalu je bertukar-tukar. Nevermind, asal content dah ada. Kang kalau tak sempat sangat, print je design mana-mana
  • Hantaran
    •  design untuk both side dah dipilih dan colour combinations pun dah finalize, cuma yang belum settle adalah budget berapa bunga yang nak guna dan bunga apa
  •  Hand bouquets
    • akad nikah - fresh flowers
    • sanding - fresh or cotton flowers
    • bertandang - maybe felt or brooch hand bouquet
 Google

source : Intan


  Google

  • Mini pelamin untuk akad nikah
    • memang duk aim fresh flowers je ni. Colour pun dah ada, bunga pun dah tahu nak guna bunga apa cuma ada certain barang yang nak kena beli dan sewa je. Make it simple tapi sweet (at least kat mata I lah)
  • Signages and welcome board
    • ni semua dah ada idea. I kene prepare stencil dan suruh adik I je sembur cat nanti or tulis tangan je..cantik jugak kan. Whatever it is, I kena cari kayu tak guna kat kedai pakcik. Kalau ada kayu cengal pun, kayu cengal lah. Tahan sampai anak cucu kot hehe

  Google
  •  Decorations
    • Untuk akad nikah maybe ada sikit nak buat deco kat luar nanti. Just nak nampakkan ade light dan meriah sikit kat halaman rumah. I akan gunakan glass/mason jar yang tak ada tudung or ambik je botol spagetti tu dah gantung kat pokok as dekat sekeliling rumah ada pokok-pokok dan kawasan agak kelam. So kene light up sikit
    • Untuk sanding pulak, memandangkan the theme is chic + simple + a bit rustic element, so deco akan menggunakan paper dan kayu dan apa-apa yang simple dan murah (tu penting)

 Mungkin akan dibuat untuk malam akad nikah tu untuk light up kawasan rumah. Just hang a few mason jar with candle inside at trees
(Google)

 Maybe this idea can be used as centerpiece as well during reception. Just put a flower(s) and water..tadaa..siap!
(Google)
  • Pelamin sanding
    • Kalau ikutkan kekuatan, I memang nak cari vendor saja. Memandangkan belah I nanti dekat Kemasik, Terengganu dan yang paling dekat pun Kuantan, nak cari vendor untuk buat design yang I nak memang susah. Yang ada pun diorang macam suka je guna kerawang-kerawang which is really not me, serious. So, apa guna ada pakcik yang ada kedai kayu (even dia jual cengal sahaja tapi nanti pandai-pandai lah dia carikan), pakcik-pakcik yang berseni, cousins yang tough dan adik-adik yang boleh bertukang kalau tak kerah tenaga diorang kan..haha...so I decided, my pelamin at least looks like this.
 Kan I dah cakap simple. Not like pelamin masa akad nikah yang I guna fresh flowers. Yang ni no more bunga-bunga kecuali bunga pahar
(Google)

  • Bunga pahar
    • memang tengah buat pun. Rupanya susah jugak nak bunga bunga dip ni. Kalau tak disebabkan majlis sendiri, tak ada kuasa nak buat
  • Guest book
    • Cari yang dah siap dah hias sikit-sikit sahaja. Nanti I nak kerah encik tunang pergi print dan binding hard cover dah hias ikut tema
  •  Buttonaires
    • Ni untuk ahli keluarga dan yang terlibat je. Kalau tak sempat jugak, I tengok kat Kenanga Wholesale City ada jual kerongsang bunga-bunga tu. Kalau beli min 20 bijik dapat harga RM1.20 je. So, why not beli je yang tu kan
Ok..tu je lah. So far yang I tengok dan analyze (lah sangat), pelamins would be the biggest challenge. Tapi I selalu akan fikir positive. Orang lain boleh buat, why not I try. Janji I kena bahagi-bahagikan tugas. Lagipun I tahu adik perempuan I sangat boleh harap. Memang dia suka tolong I kalau I nak DIY atau ada tempahan bunga telur. Bunga telur I sekarang pun dia gigih duk pintal dawai tu. Bagi idea pun boleh tahan jugak cuma I kene guide dia dan explain macam mana nak buat dan siap nanti macam mana bentuk. Luckily I tak ada banyak kerja urgent dekat office, I google mana-mana gambar dan I print. I already presented to my fiance dan adik untuk discuss the idea and possible tak nak buat sendiri and 70% yes possible! hehe

Got to go...time to list down things to buy in Jakarta and Bandung next week. How time flies so fast *berdebar*.


Thanks for reading!=)

Saturday, 9 June 2012

Baby's Breath

Assalamualaikum...

Hari ni I nak share betapa I dah jatuh hati dengan baby's breath flower. Bagi I bunga ni nampak soft je. Eventho tak banyak pilihan colour macam bunga-bunga lain, tp still I suke=)

I nak share sikit wedding decos and hand bouquets menggunakan baby's breath








Cantik, kan?;)

So, I google tips to do the arrangement..then I jumpa kat SINI


10 Baby's Breath Dos and Dont's
  • Do buy one, three or five flowers (odd numbers always look best) beautiful flowers and ask for a little foliage to go with them.
  • Do separate the baby's breath by cutting apart the longer branches.  Tuck these smaller branches into large gaps between the flowers. This will give the arrangement a more balanced and elegant look.
  • Do make sure the baby's breath is fresh and the flowers are white. Old baby's breath  turns brown and may have broken flowers. This makes the entire arrangement look old.
  • Do add it to arrangements that are more traditional or romantic in style. Use it when you want that "just picked from the garden" look. Use baby's breath with light-colored roses, carnations, lisianthus and alstroemeria.
  • Do try using other fillers such as solidagocaspia,statice, wax flower or hypericum berries.
  • Don't use a truckload of baby's breath with a few flowers thinking it will make your arrangement look like you spent more money on it. Trust me.  It won't.
  • Don't use an entire stem of baby's breath. It's too big and will overpower the flower arrangement.
  • Don't just grab the baby's breath and stick it into a floral arrangement or bouquet.
  • Don't insist on putting baby's breath into every floral arrangement. It will do more harm than good. Because it is used so often n cheap floral arrangements, it can make a perfectly beautiful bouquet from a florist look like one you picked up at the corner store.
  • Don't resist the urge to think outside of the baby's breath box. A flower arrangement of just small vases of baby's breath for a baby shower is a sweet idea.

Kalau ada yang baca blog I ni dan pernah/tengah/akan buat anything guna this flower...do share with me ya!=)

Thanks for reading!=)

Source :