Showing posts with label Hand Bouquet. Show all posts
Showing posts with label Hand Bouquet. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

SIL's Wedding

Assalamualaikum.

Hari ni just nak update pasal wedding my SIL awal November hari tu. Tugas I hanya buat pelamin nikah, handbouquet (nikah + reception) dan hantaran. Tapi last minutes I terlibat dalam buat dress untuk reception dan lain-lain lagi. Nasib wei kakak ipar dia nak tolong dan ada serba sedikit tahu pasal wedding, kalau tak menangis tak berlagu lah kalau semua cancelled last minutes.

Dalam masa bertungkus lumus nak siapkan pelamin ni, tido memang lambat lah. Angkat benda-benda berat. Padahal masa ni pregnant tapi belum tahu. Nasib tak jadi apa-apa kan.

Most of the items kat pelamin ni semua barang I sendiri. Termasuklah railing sangkut backdrop, langsir nipis untuk layer backdrop, pasu-pasu, bantal I jahit sendiri ikut tema pelamin, mirror boxes, stage pun husband diy, spot lights, long florescent lights dan carpet bulu-bulu tu. Kerusi je SIL sewa sebab dia tak nak guna kerusi macam I dulu (nak tengok CLICK)

Bantal tu saje buat sebagai penyeri pelamin. Tak payah fikir nak letak apa supaya tak nampak kosong. Pelamin I dulu pun I diy bantal sendiri which I buat contra dengan warna pelamin (boleh tengok SINI). Tapi SIL punya I tak buat deko ada-apa untuk bantal sebab tak sempat since I kene jahit lace pada dress dia lagi.


 The pelamin...kebanyakkan husband yang set up sebab I sibuk nak gubah bunga untuk pelamin, hantaran dan hand bouquet. 

Dalam gambar pelamin ni nampak bunga baby's breath I tak kembang sangat. Kesnya masa pergi booking bunga, nampak banyak sebab masa tu harga RM29, tapi masa ambik harga RM23 tapi bunga sikit. Husband yang pergi ambik kat Floristika Bangsar, so memang dia main ambik je lah. Malam nak gubah baru perasan sikit. Kalau lah siang lagi masa tu, harus I kerah dia pergi beli lagi. End up, bunga tu tak kembang sangat lah tapi depan-depan still look nice. Maybe space kecik so tak lah nampak ketara sangat keciknya.

 Hand bouquet untuk majlis akad nikah
 Simple reception dress yang I designed, I beli kain, I hantar kat tailor, I ukur, I patch lace..ermmm

 Hand bouquet masa reception. Gambar a bit blur. Combination of roses and orchids. 

Semua I buat ikut citarasa I dan mana yang sempat je sebab pengantin dah pening. Cuma tema warna je ikut pengantin. Yang lain belasah je. Asal ada kan..

So pada pengantin-pengantin, sebelum plan nak buat apa-apa please do moreeeeeee research supaya kita tak tersilap pilih vendors. Yang penting main vendors macam untuk catering, tempat perlu book awal, untuk pelamin dan baju...jangan malas nak baca review orang tau. Kalau yang kecik-kecik ada kesilapan technical, maybe boleh pejam mata lagi.

Akhir kata, pada yang berminat nak sewa barang-barang untuk buat pelamin, nak diy bantal or anything, boleh email me at love_in_february@yahoo.com.

Sementara masih kuat ni boleh lagi nak tempah =)

Thanks for reading=)
  Signature_zps51b77f60

Wednesday, 20 March 2013

Review #7 - Hand Bouquets

Assalamualaikum. 

Kali ni nak review pasal hand bouquets untuk semua events dari akad nikah ke bertandang. Semuanya D.I.Y dari fresh flowers ke brooch. Memandangkan sikit je nak cerita pasal hand bouquets ni, so I pukul rata bagi habis review semua hehe.

1 -  Akad Nikah

Just guna pink roses dan buat yang simple saje. Memang nak yang macam tu je plus masa dah tak mengizinkan I buat yang lebih complicated. Banyak lagi hantaran nak dibuat kan on that day. So, yang simple menjadi idaman hati.

Rose tu I beli satu bundle ada dalam 20 kuntum, 2 kuntum I sendiri dah patah kan, so tinggallah 18 kuntum je. Tak besar, tak kecik untuk I yang kentot dan buntal ni T__T


2 - Bersanding - Kemasik, Terengganu

Totally love this one. Fully baby's breath. Tak besar pun bunga ni. Just nice je. I nak something yang boleh bagi effect lembut since baju I memang simple saje. Al-maklumlah beading sendiri kan.


3 -  Bertandang, Taman Botani Putrajaya

I guna 25 brooches yang I beli dekat Kenanga, artificial hydrangea beli dekat SSF dan letak je lebihan ribbon. Yang ni paling awal siap sebab tak guna fresh flowers kan. Ingatkan dah terkubur idea nak D.I.Y hand bouquet ni sebab tak jumpa cari brooch yang dalam budget. Tapi sebab nak sangat, cari sampai jumpa. Akhirnya..masa wedding boleh senyum lebar hahaha
 


Brooch hand bouquet for rental..atau ada yang nak tempah hand bouquet lain pun lai lai..=)


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Wednesday, 9 January 2013

Brooch Bouquet

 Currently working on this teehee=p

 
 Image by weddingbee.com


 Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Friday, 7 September 2012

Pening-Pening Lalat

Assalamualaikum...

Sesungguhnya I tengah pening-pening lalat fikirkan majlis yang tinggal 5 bulan tapi satu habuk pun x siap kecuali catering dan photographers. Eh, tadi cakap satu habuk tak siap, tetiba ada jugak yang booked. Kan dah cakap tengah pening-pening lalat hehe.

Kalau ikut perancangan, semua yang patut DIY, book dan beli siap sebelum bulan 1. Tu ikut perancangan saja. Kalau perancangnya ikut mood, memang jadi macam ni lah. Yang dirancang tak menjadi pun. Dasar pemalas!

Dah lah dasar gile kuasa, kalau boleh nak DIY semua bende tapi memandangkan makanan, photographer dan pasang kemah I tak boleh dan tak logik kalau pengantin nak buat sendiri. Memang tak logik, tak logik haha.

Sekarang ni tinggal lagi 5 bulan, so everything dah finalize. Things yang I decide nak DIY (macam gigih je bunyinya, kan) adalah :

  • Kad kahwin
    • dah siap content cuma design selalu je bertukar-tukar. Nevermind, asal content dah ada. Kang kalau tak sempat sangat, print je design mana-mana
  • Hantaran
    •  design untuk both side dah dipilih dan colour combinations pun dah finalize, cuma yang belum settle adalah budget berapa bunga yang nak guna dan bunga apa
  •  Hand bouquets
    • akad nikah - fresh flowers
    • sanding - fresh or cotton flowers
    • bertandang - maybe felt or brooch hand bouquet
 Google

source : Intan


  Google

  • Mini pelamin untuk akad nikah
    • memang duk aim fresh flowers je ni. Colour pun dah ada, bunga pun dah tahu nak guna bunga apa cuma ada certain barang yang nak kena beli dan sewa je. Make it simple tapi sweet (at least kat mata I lah)
  • Signages and welcome board
    • ni semua dah ada idea. I kene prepare stencil dan suruh adik I je sembur cat nanti or tulis tangan je..cantik jugak kan. Whatever it is, I kena cari kayu tak guna kat kedai pakcik. Kalau ada kayu cengal pun, kayu cengal lah. Tahan sampai anak cucu kot hehe

  Google
  •  Decorations
    • Untuk akad nikah maybe ada sikit nak buat deco kat luar nanti. Just nak nampakkan ade light dan meriah sikit kat halaman rumah. I akan gunakan glass/mason jar yang tak ada tudung or ambik je botol spagetti tu dah gantung kat pokok as dekat sekeliling rumah ada pokok-pokok dan kawasan agak kelam. So kene light up sikit
    • Untuk sanding pulak, memandangkan the theme is chic + simple + a bit rustic element, so deco akan menggunakan paper dan kayu dan apa-apa yang simple dan murah (tu penting)

 Mungkin akan dibuat untuk malam akad nikah tu untuk light up kawasan rumah. Just hang a few mason jar with candle inside at trees
(Google)

 Maybe this idea can be used as centerpiece as well during reception. Just put a flower(s) and water..tadaa..siap!
(Google)
  • Pelamin sanding
    • Kalau ikutkan kekuatan, I memang nak cari vendor saja. Memandangkan belah I nanti dekat Kemasik, Terengganu dan yang paling dekat pun Kuantan, nak cari vendor untuk buat design yang I nak memang susah. Yang ada pun diorang macam suka je guna kerawang-kerawang which is really not me, serious. So, apa guna ada pakcik yang ada kedai kayu (even dia jual cengal sahaja tapi nanti pandai-pandai lah dia carikan), pakcik-pakcik yang berseni, cousins yang tough dan adik-adik yang boleh bertukang kalau tak kerah tenaga diorang kan..haha...so I decided, my pelamin at least looks like this.
 Kan I dah cakap simple. Not like pelamin masa akad nikah yang I guna fresh flowers. Yang ni no more bunga-bunga kecuali bunga pahar
(Google)

  • Bunga pahar
    • memang tengah buat pun. Rupanya susah jugak nak bunga bunga dip ni. Kalau tak disebabkan majlis sendiri, tak ada kuasa nak buat
  • Guest book
    • Cari yang dah siap dah hias sikit-sikit sahaja. Nanti I nak kerah encik tunang pergi print dan binding hard cover dah hias ikut tema
  •  Buttonaires
    • Ni untuk ahli keluarga dan yang terlibat je. Kalau tak sempat jugak, I tengok kat Kenanga Wholesale City ada jual kerongsang bunga-bunga tu. Kalau beli min 20 bijik dapat harga RM1.20 je. So, why not beli je yang tu kan
Ok..tu je lah. So far yang I tengok dan analyze (lah sangat), pelamins would be the biggest challenge. Tapi I selalu akan fikir positive. Orang lain boleh buat, why not I try. Janji I kena bahagi-bahagikan tugas. Lagipun I tahu adik perempuan I sangat boleh harap. Memang dia suka tolong I kalau I nak DIY atau ada tempahan bunga telur. Bunga telur I sekarang pun dia gigih duk pintal dawai tu. Bagi idea pun boleh tahan jugak cuma I kene guide dia dan explain macam mana nak buat dan siap nanti macam mana bentuk. Luckily I tak ada banyak kerja urgent dekat office, I google mana-mana gambar dan I print. I already presented to my fiance dan adik untuk discuss the idea and possible tak nak buat sendiri and 70% yes possible! hehe

Got to go...time to list down things to buy in Jakarta and Bandung next week. How time flies so fast *berdebar*.


Thanks for reading!=)

Saturday, 9 June 2012

Baby's Breath

Assalamualaikum...

Hari ni I nak share betapa I dah jatuh hati dengan baby's breath flower. Bagi I bunga ni nampak soft je. Eventho tak banyak pilihan colour macam bunga-bunga lain, tp still I suke=)

I nak share sikit wedding decos and hand bouquets menggunakan baby's breath








Cantik, kan?;)

So, I google tips to do the arrangement..then I jumpa kat SINI


10 Baby's Breath Dos and Dont's
  • Do buy one, three or five flowers (odd numbers always look best) beautiful flowers and ask for a little foliage to go with them.
  • Do separate the baby's breath by cutting apart the longer branches.  Tuck these smaller branches into large gaps between the flowers. This will give the arrangement a more balanced and elegant look.
  • Do make sure the baby's breath is fresh and the flowers are white. Old baby's breath  turns brown and may have broken flowers. This makes the entire arrangement look old.
  • Do add it to arrangements that are more traditional or romantic in style. Use it when you want that "just picked from the garden" look. Use baby's breath with light-colored roses, carnations, lisianthus and alstroemeria.
  • Do try using other fillers such as solidagocaspia,statice, wax flower or hypericum berries.
  • Don't use a truckload of baby's breath with a few flowers thinking it will make your arrangement look like you spent more money on it. Trust me.  It won't.
  • Don't use an entire stem of baby's breath. It's too big and will overpower the flower arrangement.
  • Don't just grab the baby's breath and stick it into a floral arrangement or bouquet.
  • Don't insist on putting baby's breath into every floral arrangement. It will do more harm than good. Because it is used so often n cheap floral arrangements, it can make a perfectly beautiful bouquet from a florist look like one you picked up at the corner store.
  • Don't resist the urge to think outside of the baby's breath box. A flower arrangement of just small vases of baby's breath for a baby shower is a sweet idea.

Kalau ada yang baca blog I ni dan pernah/tengah/akan buat anything guna this flower...do share with me ya!=)

Thanks for reading!=)

Source : 


Sunday, 15 April 2012

By Me For Sara 2

Assalamualaikum... 

Lepas dah sibuk dekat office, dengan roadshow, dengan bunga-bunga kahwin Sara, hari ni baru dapat menikmati tidur sampai matahari dah meninggi. Ok..skali-skala=p

So entry kali ni pasal bunga telur, bunga dulang dan bunga tangan Sara, which is kawan sekolah masa dekat teknik dulu. Dia called tanya pasal bunga telur je mula-mula. Skali dia decide nak suh buatkan bunga telur dan bunga dulang skali. Bunga nak guna tissue paper. So, ok je since pernah je buat sebelum ni. Warna yang Sara nak adalah dusty pink tapi bunga nak warna merah. I decided dusty pink tu kat ribbons je lah. Dia bagi kepercayaan penuh kat I. Buatlah macam mana pun, dia ok je.

Then I buat sample bagi dia tunjuk, dia pun bagi contoh bunga yang dia nak. I follow a bit, then yang lain I decide macam nak nak kasi lagi kemas dan cantik (atleast cantik kat mata dia dan I pun rasa senang nak buat kerja kalau orang senang hati terima apa yang I buat kan).

Skali bila I dah proposed design, siap tunjuk sample..dia tanya ada tak kenal orang buat hand bouquet guna felt tu. So, I cakap ada. Bila tanya, skali Intan dah penuh. I tak berani nak buat, tapi Sara ni cakap buatkan aja. Tak kesah macam mana rupa asal nampak rupa bunga je. I takut tak sekemas Intan buat je kan. Intan buat lawa kot.

Kat bawah ni I letak gambar-gambar yang di-combine-kan untuk mengelakkan I letak watermark banyak-banyak. Actly pemalas.hehe


 Bunga dulang

Bunga telur

 Bunga tangan

Kalau rajin nanti I up entry tutorial nak buat bunga tisu/crepe ni=)

 Thanks for reading!=)