Wednesday, 1 February 2012

Roses

Assalamualaikum..

Hari ini I nak share pasal roses yang I buat guna felt fabric. Actually ni request oleh kawan I yang baru je berjinak-jinak dengam wedding and buai berendoi ni. 

Memandangkan foam flower mahal sangat, so I offer diri untuk buat. Hari tu bunga telur client dia I dah buat. Cuba bayangkag bunga pink kat bawah ni lebih dari 12"x12", kalau beli yang foam tu harga RM60/pc, belakang bunga macam bentuk kon. So, mcm mn nak letak kat tirai pelamin tu? Tak ke susah. Kalau nak ketak kat bawah pun mcm tergolek plak. Takkan nak potong, kang terburai. So, I decided nak buat yang tapak belakang flat. Senang nak gantung, cube tengok gambar yang I letak banyak-banyak dekat langsir tu.

Yang paling mencabar buat ni bukan sebab nak kene gunting banyak-banyak kelopak, yang mencabar adalah..I SALAH BELI GAM UHU YANG CIPLAK, OKEY!!! Adoi..susah tau nak kering dan selalu je tercabut. So, girls..be careful. Yang first I beli dengan kedai bunga reben was cost me RM5.50 yang besar sikit tu. Tapi I ni tamak dan kedekut..tetibe I pegi kedai dekat rumah yang ada sama size macam I beli dekat bunga reben tu cost me RM2.60. So I beli dua. Balik rumah masak I nak cantum satu persatu lama gile sampai tension. Tu yang siap 6 bunga je.


 Ni yang paling besar

Medium size

Full set of roses...saja test dekat langsir rumah. Yang besar dua biji tu I dah gantung dua hari dan tak jatuh pun. Misi berjaya!=)

Kalau you guys nak tahu, I ni pemalas nak ambik gambar details bunga plus I malas nak transfer. Ni pun I guna handphone and I emailed to my another email. Lepas tu download je..Jangan tiru I yang pemalas ni. Kalau I rajin, I buat tutorial (eh, ade ke yang bace blog I sampai beriya nak buat tutorial..hehe)


Thanks for reading!=)

4 comments:

  1. Nurul nk tutorial plz. I nk kawen next week da. Nk diy paper flower tp xde template. Xmampu nk sewa pelamin nikah :(

    ReplyDelete
  2. alamak..i ni pemalas nak buat tutorial sbb malas nak ambik gambar n transfer.Actually ni bukan paper tau, ni felt. Plus, i buat ni nak cepat sbb ade org tempah. Or else, u check sini..ade links yg provide tutorial.

    http://loveinfebruary.blogspot.com/2012/01/fabric-flowers.html

    hope those links in that entry would help you, dear.=)

    ReplyDelete
  3. hi, berapa harga untuk tempahan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, i tak tau nak letak harga brp.hehe..u nak banyak ke?i bukan pandai sgt pun buat..hehe

      Delete