Friday, 13 March 2015

Pregnancy Travelog - At 37 weeks

Assalamualaikum.

Hari ni ngam-ngam 37 weeks. Kemarin rasa baby dah tak pusing dah. Sekali semalam dia buat pusing tengah-tengah malam sampai tak boleh tido. Dengan tendang kuat, mengeras, berpusing...last-last lapar. Kejut hubs g ambik roti kat bawah. Nasib ada spare roti. Kalau tak 1 hal pulak kene keluar g beli sebab kat rumah tak ada stok makanan pun since sebulan lepas.

Bukan malas nak masak tapi memang tak boleh masak. Rasa nak muntah. Macam early pregnant dulu.Nasib lah baby boy...kalau girl, mesti besar nanti tak minat masak hahaha.

Nampak gayanya memang dia tak nak kuar lagi ni. Hari tu kami ada lah pujuk dia jangan kuar awal sangat. Kalau nak kuar, kuar masak 39 weeks or ngam-ngam due date sebab tukang urut tak available kan. Tapi nak dijadikan cerita, lepas kami ni merata cari tukang urut lain nak spare kot terberanak awal, skali yang akak ni boleh whatsapp kate available bila-bila masa dah. Tak tanya pulak kenapa. Mungkin customer dia yang sebelum ni tak jadi ambik sebulan kot. So dia tunggu je I beranak dan terus boleh datang rumah. Alhamdulillah, rezeki baby.

Next week ada last check up dengan hospital putrajaya. Lepas tu, tunggu masa je lah kot. Tengok lah doc nak macam mana. Kali ni last nak cuba tengok muka dia..if not, I redha je lah tengok masa keluar nanti.

Doakan I senang bersalin normal, dipermudahkan segalanya dan selamat semuanya. Amin.

daaaa...

Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

4 comments:

  1. semoga dipermudahkan.....Amin...seronok la..rasa nak pregnant lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..jom.pregnant lagi hehehe

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan Allah taala.. Aamiin.
    Banyakkan berjalan, exercise, squat, prenium massage, zikir, solat dan doa.
    Eceh mcm kita lak dh nk bersalin kan.. Hahaha.
    Debor gak ni.. Doakan sarah juga dipermudahkan nanti ya. Wink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..thanks Sarah..semoga dipermudahkan jugak:)

      Delete