Monday, 18 November 2013

Orang Baru

Assalamualaikum. 

Semua sihat ke? Rasa dah lama sangat tak update blog. Banyak sangat halangan dan makin lama, makin kekurangan idea pulak.

Tapi hari ni nak jugak upload pasal orang baru dalam hidup kitorang. Dah masuk 8 minggu pun. Tak ada keberanian nak bgtau awal-awal takut tak menjadi sebab terlampau awal.

Masa sebelum tahu pregnant, asyik lah nak makan udang. Dekat seminggu jugak lah asyik makan udang. Dua tiga hari sebelum tahu, tak boleh minum nescafe letak susu, tak boleh makan cereal dengan susu. Habis semua dimuntahkan balik. Morning sickness tak ada pulak. Cuma rasa loya lepas minum or makan yang ada susu. 

Masa ni dah pelik. So tak dan-dan nak tunggu balik rumah, terus beli test kit...lepas lunch jugak check. Masa tengok line tu terang je, tak terkata...Tak tahu macam mana rasa, nak menangis pun ada, nak senyum pun ada. Serba salah. Eh, pregnanttttttt...ala tahun depan tak dapat pergi Hong Kong dengan semua family members...alaaaa...terpaksa tukar date tiket tu sebab dah beli masa promo sebelum tahu pregnant.

  
Yang paling tak sangka, dalam nak elak bersalin bulan puasa, terkena jugak bulan puasa. Adoi..konon masa lepas kahwin, bulan 6 make sure dah pregnant sebab nak bersalin bulan 2. Konon lah nak sama dengan birthday, sama dengan anniversary..tu semua konon..budget subur sangat lah kan. 

Tapi alhamdulillah rezeki semuanya dari Allah. Syukur jugak sebab ada juga hasil walau pun jarang-jarang proses..ops! hehehe.. 

 Dah 7 minggu rupanya =)


So far Alhamdulillah tak ada morning sickness. Cuma ada rasa loya kalau terlebih makan. Makan pun kena makan sikit-sikit supaya perut tak ketat. Sebab bila dah ketat akan cepat loya. Kadang muntah jugak apa yang dimakan bila baby macam tak nak terima je. Kalau makanan yang tak diterima tu, habis semua keluar balik. Kalau yang dia nak, akan keluar air je sebab overloaded je. Adoi hai baby...sila lah behave. Kadang sampai tak tahu apa yang nak dimakan. Takut tak kena selera. Setakat ni kalau hubby menggoreng apa-apa boleh bau lagi, bau badan dia pun ok cuma kadang-kadang kalau nak tidur rasa rimas kene peluk sebab perut tengah buntat. So tolak dia jauh-jauh hehe. Jalan pun ok lagi, cuma kalau ada hari yang rasa tak larat ada jugak datang angin dia kadang-kadang. Cuba kalau angin segar, terus tak ingat yang sedang pregnant hehehe.

Nampaknya lepas ni update pasal pregnant pulak. Pasal wedding mungkin sikit-sikit je lah kot.

Doakan saya dan baby sihat walafiat. Dimurahkan rezeki juga untuk kami sekeluarga.

=)

Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

7 comments:

  1. Tahniah dear...welcome to the club...

    ReplyDelete
  2. tahniah dear..
    take care ye (^_^)

    ReplyDelete
  3. Amin! Congrats on your boundle of joy. Take care and always have a good rest ;)

    ReplyDelete
  4. Congrats dear!~
    HAti2 diawal pregnancy ni..jgn angkat berat2..rehat bnyak2 tau..
    Semoga dipermudahkan semuanya..amin...:)

    ReplyDelete
  5. congrat amoi...mommy to be....best nyer... :)

    ReplyDelete
  6. Dear lovelies, thanks for the wishes!=)

    ReplyDelete