Assalamualaikum.
Hari last untuk tahun 2012 ni, I nak review ckit ups and downs yang terlampau banyak. Kebanyakkan berkisar pada hubungan, kerja dan misi nak kurus yang tak pernah menjadi sepanjang balik Malaysia haha..
Jom mulakan dengan Januari.
Januari
Since I tak kerja lepas management terminated contract I atas sebab-sebab manager I tak suke padahal dia jeles terlampau dengan manager lelaki I yang sorang lagi sbb terlalu menyelebahi I, akhirnya I jadilah jobless..tapi jangan ingat I bodo, I pergi reportkat Jabatan Perusahaan Perhubungan a day after that. Kes I menang dengan jayanya dah boleh tuntut gaji dan elaun. haha..Thanks to my managers yang beri tunjuk ajar dan nasihat macam mana nak fight dengan tangan kosong dan hanya bawak mulut sahaja..eh?=)
Bulan ni jugak I bertunang dengan meriahnya walaupun simple sampai I cakap tak nak hantaran dan tak akan buat pelamin. Baju pun last minit beli. Tapi bakal mak mentua nak jugak bawak dulang dan I terpaksa-rela membalas jugak even dengan makanan je semua hehe...Yang penting makanan sedap dan dapat review yg bagus dari pihak lelaki sampai tuan rumah pun tak sempat nak merasa makanan yang disediakan. Alhamdulillah selamat satu perkara.
Februari
Tak banyak perkembangan pasal kerja baru since I bermalas-malasan bulan ni. Just relex dan stay cool sebab best pulak duk rumah bangun-bangun makan dan tengok TV hehe..Masa ni ada pergi few interviews tapi tak bernasib baik dan resume I tak berapa cantik sebab include jugak kerja 3 bulan sebelum kene buang. Belum ada rezeki so enjoyyyy!
Since birthday I dan anniversary yang sengaja dipilih sama date dengan birthday I, encik tunang bagi hadiah dan belanja makan walaupun I tak pernah bg hadiah anniversary kat dia haha.
March
Bulan ni pun tak ada ape-ape selain I mula boring duk rumah dan I cuba buat bisnes kain dan ternyata boleh tahan sambutannya.
Akhir-akhir bulan dapat offer kerja walau bukan bidang yang I nak tapi still dalam field yang sama. Minggu yang pertama ternyata happy.
April
Bila dan masuk 2 minggu bekerja, I ternyata terkejut dengan skop kerja yang totally lari dari bidang I. Dan I noticed yang manager I adalah seorang manager yang bodo sombong dan berlakon rajin even tak pandai guna komputer.
May
Duduk office hanya tengok youtube dan drama adalah heaven. Kerja tak ada langsung dan I umpama suri rumah yang ada office..eh?
June
Eh...tak boleh jadi ni. Apesal kerja hanya tengok drama dan youtube sedangkan gaji jalan? So its time to move again.
July
Finally...got few interviews dan I berjaya untuk 1 interview dan akan bagi resign letter soon. Since tak confirm lagi, notice hanya 2 minggu dan lepas tu boleh cabut. Padan muka manager yang bodo sombong itu. Baru dia terkejut beruk dan suruh I consider lagi kerja dekat situ. No way old man..bubye!
August
Akhirnya...kerja baru pada bulan puasa. Tempat kerja dengan rumah within 30 minutes, environment keje ok, tak ada orang nak kacau sebab kerja banyak melibatkan bos dan COO sahaja, yang lain-lain hanya sampingan. Work load yang tak banyak. Tu yang paling best
September
This month ke Jakarta untuk shopping kain-kain kahwin. More to fabric je since yang lain ada yang DIY ada yang tempah.
Oktober
Macam-macam nak kene plan..so banyak masa buat bunga telur yang macam haram cerewetnya. Memang tersilap lah DIY bunga dip.
November
Pun tak banyak perkembangan untuk DIY project. Just baju dah siap tapi beading belum lagi. Tunggu bunga telur je siap. Alhamdulillah kad kahwin dah siap print. Just tunggu nak edar je.
December
Penat weh..dengan relationship yang banyak gelora, dengan DIY projects yang semakin banyak..yang paling penat..duet kuar macam air hukhuk...Tapi alhamdulillah borang nikah hampir selesai. Tahun depan boleh collect. Even gelabah jugak pasal borang kahwin ramai yang cakap kene cop tok kadi dlu baru hantar. Rupanya bila call pejabat agama daerah kemaman, memang procedure tak payah cop tok kadi pun. Alhamdulillah lagi..banyak masalah juga selesai=)
(nanti I cerita sikit pasal borang nikah untuk daerah kemaman especially-nya)
*****
Tak ada yang menarik sangat. Ada yang lupa since I selalu je lupa kejadian-kejadian. Malas nak ingat. Lagi lah kalau kejadian air mata. Banyak sangat. Malas nak simpan sebab nanti asyik lah mengungkit kan. Perempuan ni bila datang meroyan dia tak boleh kira, banyak bende nanti nak ungkit. So I just leave it back. Tak nak carry forward ke tahun depan (esok lah hehe).
Azam yang tak tercapai? Kurus kurus kurus! weiiii...susahnya. Dengan perot yang cepat meragam kalau tak makan, terus rasa baik makan dari sakit. Makan just nak isi perot kosong. Nanti kan gastrik lagi. Dah tak sanggup hadapi. Kalau turun 2 kg untuk 2 hari tpi naik 4 kg lps baik, baiklah I makan je. Tak ape..tengah usaha hangat-hangat taik ayam. Kalau tak kurus pun, asal maintain untuk baju kahwin hahaha..kang tak muat.
Tapi yang paling penting, tercapai jugak hasrat nak kahwin masa umur 28 tahun. Even dah lewat, tu lah yang I set dari start nak sambung master dulu. I tahu kemampuan I kalau nak kahwin masa belaja. Memang tak jalan nanti. So, belaja dulu. Walau gaji sekarang macam fresh graduate, tak apa lah..mungkin nanti ada lah tu rezeki yang lain. Rezeki kahwin pun walau tak lah melimpah ruah, tapi ada lah sikit-sikit. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah.
So, ape azam tahun baru? Erm..mungkin I nak memperbaiki diri yang masih tak lengkap serba serbi ni. InsyaAllah dari semasa ke semasa akan ditingkatkan. Harap hidup berumahtangga nanti akan lebih tenang lagi. Harap lebih sabar, lebih patuh, lebih segala-galanya. InsyaAllah.
Happy New Year everyone...Thanks for reading my humble blog=)
Hope I could share more useful entries next year
**kiss and hug**
Thanks for reading=)
0 comments:
Post a Comment