Tuesday 25 September 2012

Day 1 : Malaysia - Jakarta

Assalamualaikum... 

Kali ni I nak bercerita pasal trip to Jakarta bersama incik tunang dan adiknya. Wajib bawak adik ok, kalau tak mana lepas nak pg..kang kawen sebelum masa pulak..opss!

So kami pergi pada 14hb September flight pagi-pagi buta kul 7 lebih. Disebabkan abah I tak menentu outstation, so kami decide untuk tidur je rumah ayah incik tunang di Seremban. Malam tu being me..takkan boleh tidur beralih tempat walau tidur hotel 7 bintang pun. Takkan boleh punya. Bagi ubat tidur pun belum tentu boleh tidur. Betul...I dah pernah try.

Pagi tu bangun bersiap-siap dengan muka tak tidurnya terus ke LCCT. Untuk catch up flight kul 7 tu, kami keluar dari rumah around 4.30. Bapak incik tunang dah warning kene awal sebab si adik ni jenis lambat sikit bersiap walau tak bersolek macam aku..hehe

Dah sampai airport, dah siap-siap byebye dengan bapak incik tunang, kami pun start masuk balai pelepasan. Just tunggu a few minutes nak solat subuh dalam surau yang super ramai dengan mak cik-mak cik nak g rombongan ke Jakarta.

Dah siap semua...tiba masanya naik flight pulak..dah siap duduk dah ni. Tinggal nak berlepas je, skali pilot tu announce cakap ade technical problem so delay..Bawak turun balik segala bag-bag sekalian. Nasib lah bag pack je. Barang pun sikit tapi still...menggunakan tenaga okey!.

Tunggu punya tunggu, mula-mula kate 1 jam, lepas tu 3 jam..dah terkejut beruk dah masa ni, lepas tu announce lagi 2 jam setengah..last-last dekat 3 jam jugak kami tunggu. Kul 10 lebih baru naik flight. Masa tu dah lah lapar, pastu fikir rugi masa lagi. Memang tak boleh harap betul Air Asia ni. Yang boleh harap cuma ticket je murah. Yang lain out.




Naik je flight, kami duk tunggu-tunggu bila nak makan..kami lapar giler kot. Dengan muka tak semenggah sorang-sorang. Makan macam kebulur. Apa yang kami order (ni dah order siap-siap masa beli tiket) nasik lemak, nasi briyani dan asian fried rice. Tak tahu lah kami makan sebab boleh tahan sedap atau lapar tahan gaban ms tu. hehe

 On our way to Jakarta..yehuuu=)

Dah sampai di Soekarno-Hatta Airport

 Kami...yang gembira nak shopping dan perabih duet hehe

 Kedatangan/ketibaan

 Immigration check yang tetibe fussy time aku. Lama gile tanya macam-macam

  Bila dah sampai...sila cari papan tanda Blue Bird ni. Taxi guna meter

 On the way ke Tanah Abang


Masa sampai tu dah kul 11 lebih pagi waktu sana, so kami ada setengah hari je untuk berjalan pada hari tu. So kami decide terus ke Tanah Abang since kedai kan tutup petang. Memandangkan kami just bawak bag pack...so galas je lah kan. Setakat baju 2 helai seluar sehelai..apa ada hal..tp bag aku berat gak sbb boleh buat bag pack n boleh tarik. Silap betul bawak bag ni..tak apa, learn from mistake katenya..hehe

Sebenarnya kami pergi ni kira main taram je..tak ada book hotel bagai pun. Kami just cakap kat driver tu nak ke Tanah Abang je. Driver ni best gile sebab kitorg gelak dengar dia gelak macam bende kecik tapi gelak bersungguh. 

Perjalanan dari airport ke Tanah Abang lebih kurang sejam (ke lebih aku x ingat dah). Sampai kat area Tanah Abang kami berhenti dekat Block B. Charge taxi termasuk toll dalam Rp107,000 tapi I mintak kurang jadi Rp105,000 sebab tak ada duet kecik. Mana nak ada duet kecik sebab duet paling kecik pun 100,000..Feeling kaya kejap masa tu..hahaha...

Masa dekat Block B tu lantai (tingkat) yang kami lalu tu banyak jual baju je..so kami cross ke Block A..cari punya cari jumpa lah kedai kain kat lantai basement. Kat situ kami jalan-jalan ambik angin dulu. Tengok apa yang diorg offer kan. First thing I cari adalah beaded lace, sambil-sambil cari orang nak buat coat kasi siap 1 set.

Masa ni tak ada gambar sangat sebab malas nak keluarkan camera..Sibuk duk melilau je kat sana.

Tengah galas-galas beg ni..I terjumpa 1 kedai nama Heer Fabric kot ke Heer Textile yang ada full beaded lace yang penuh 1 kain. Pastu pulak tinggal 1 set je lagi ngam ngam. I dah macam orang gila dah. Nak beli tapi macam rasa baru sampai so tak berkembang lagi permandangan kan. So I hold dlu. Masa ni dia tawarkan Rp500,000/meter. Lepas I cakap nanti datang lagi, kalau ada rezeki I, adalah lah, dia kurangkan jadi Rp400,000/meter. Masa tu pun I cakap tak nak lagi sebab I nak tengok kat Mayestik dulu. Tapi owner kedai tu, indian lady..dia cakap dengan confident nye.."you would come back tomorrow, dekat Bandung atau Mayestik buka harga Rp1m++"..I pun iye kan saja dan blah..(erm..masin mulut dia uolls..tu nanti I cerita ok).

Selesai dah jalan-jalan di Tanah Abang, kami belum jumpe simcard lagi ni. Terus je keluar dari Block A tu, menonong jalan tanpa arah. Tapi yang pasti kami cari simcard dlu, yang kedua hotel yang ketiga makan. Jalan punya jalan, kami jumpe masjid dlu. Sembahyang lah dulu mintak petunjuk dan dipermudahkan segalanya sebab kami datang sehelai 2 helai sepinggang hahaha..

Haaa..gitu kau letak gambar dalam masjid. Bukti sangat..hahaha
 
Keluar je dari masjid, kami cross jalan..bila jalan je dalam 300meter kami jumpe booth kecik jual simcard. Sembang punya sembang, org kedai tu cakap hotel seberang jalan ni murah dan ramai orang Malaysia tido sana. Hotel tak ada star atau 1 star tapi bilik not bad. So kami decide pergi tanya kot-kot ada kosong.


Hotel Nusantara Indah..recommended!!!

Since kat hotel tu ada kosong dan still under our budget yang mula-mula nak cari apartment 1 bilik kat celah mana tak tahu, so kami grab je lah. Kami ambik 1 bilik deluxe, 1 bilik standard untuk incik tunang. Total untuk 2 bilik dan 2 malam adalah Rp1,050,000 sahaja. Kalau convert RM lebih krg RM347.55 (darab dengan 0.000331). Maknanye average setiap bilik untuk 1 malam adalah RM86.89. Murah bukan?

Yang best hotel ni, dia walking distance je dari Tanah Abang. So dah jimat duet taxi dan masa yang penting. Ada sediakan simple breakfast. Kira cukup untuk memulakan hari.

Lobi hotel

Reception 
Bila dah rehat-rehat, malam sikit kami jalan kaki ke Thamrind City which is 10 minutes walking je. Misi mencari makan pulak. Lapar uolls berjalan seharian.

 Yeayy..dah sampai Thamrind City

Sampai di sekitar Thamrind City tu, kami tanya guard situ mana nak makan since kami tak nampak lagi kedai makan. Yang kami tahu sebelah mall tu je. Nak menghala ke mana tak sure. Bila dah dapat direction kami decide untuk cuba Warung Tekko.

 Bakal adik ipar hehe

 Interior design dalam Warung Tekko..sangat cantik


 Juice dan ayam penyet

 Mine, garumi penyet

Lepas makan, kami balik dan rehat saja. Dah flat habis dah hari tu sebab dari Malaysia kan dah bangun awal pagi.

Sampai sini dulu...nanti ada lagi sambungan=)
Thanks for reading!=)

2 comments:

  1. hi nurul,

    sy akan ke jakarta weekend ni.sebab ade benda urgent kene settlekan, hntr bibik cousin blk indon...

    xsbr nak tau next story nurul ke sane...boleh x sy tanye nurul nk tau detail psl jakarta ni...thanks nurul..nk cr tmpat tempah baju jugak..

    ReplyDelete
  2. Hi,

    Sy pergi ke tanah abg n mayestik je..kalau nak jahit baju perempuan, i tak tahu sbb x tnye..kalau coat i jahit kat mayestik tp bare dgn cost sbb dikira express punye..

    mls lagi nak mengarang hehe

    ReplyDelete