Monday 1 October 2012

Day 2 : Mayestik, Jakarta

Assalamualaikum...

Untuk hari ke-2 kami di Jakarta...kami planned nak ke Mayestik. Malam semalam lepas balik dari makan di Thamrind City kami dah bagi tahu receptionist mintak tolong diorang panggilkan taxi sebab dalam jam 7.30 pagi nak bertolak.

Sempatlah kami makan dulu dekat hotel untuk alas perot (lupa nak snap gambar). Food was nice (atau sebab kami lapar), cuma yang tak nice adalah kopi beliau. Semacam je rasa. Disebabkan I tak boleh tak minum kopi, jadi I dah bagitahu diorang bila sampai je Mayestik I nak cari kedai jual kopi dulu. Kalau tak I tak boleh focus nak membeli. I kan susah tido, so malam tu I tidur-tidur ayam. Damn u, ayam!


 Taxi yang kami naik - Express

 
 Muka happy je nak g perabih duet - I lah tu..haha

Disebabkan kami bertolak terlampau awal, keadaan di Mayestik lengang lagi. Tambang ke Mayestik hanya Rp25,000. Tak tahu pulak kalau naik taxi blue bird macam mana. Tapi mengikut orang hotel tu taxi express lagi murah dari blue bird. So dengan apa yang kami bayar, kami rasa Rp25,000 tu murah.

Kami berjalan dari pintu gerbang Mayestik tu untuk tengok keadaan sekitar dlu. Since dari jauh kami dah nampak kedai-kedai jual kain yang belum bukak, kami merayau dulu kuar masuk mall tu sampai sempat shopping bende lain dulu.

Keadaan masa tu just ada a few gerai buah tepi jalan yang dah bukak. Paling mengancam masa tu adalah bau buah jambu batu yang masak tu. Sepanjang jalan. So masa tu I dah mengidam jus dia...best gila bau, I tell u=p

Mencari kedai untuk minum-minum dulu
Akhirnya jumpe kedai makan yang dah bukak=)

Sebut pasal I nak minum kopi, jalan punya jalan, masuk keluar naik turun mall yang berada di tengah-tengah pasar Mayestik tu, kami jumpe kedai Mandala ni. Kami order 3 kopi sambil minum dan sambil tunggu kedai bukak. Rupanya diorang bukak kul 10am onward. Tak macam Tanah Abang kul 8am dah ada kedai yang bukak.

 Camwhore!

Sementara tunggu tu kami pun cam whore lah, bace setiap ape yang ada dalam menu, bincang pasal mana nak makan lunch nanti lah...tetibe dalam menu ada tulis pasal kodok (lupe dah tulis kodok atau something else tapi yang kami memang paham adalah katak) masak ape ntah...kami, hah?? terkejut beruk masa tu terus rasa nak telan air kopi pun tak lalu, tapi I ok je sbb kopi je kan. Eh..ke dia blend dgn kaki katak..gluppp!

Terus masa tu kami tak nak makan kat situ dah. Biarlah first and last masuk situ. Tak mau dah lepas ni...eee.

Lebih kurang kul 10am macam tu, kami tengok ada kedai yang dah bukak. Masa tu terus kami serbu. Nama kedai tu Mumbay Textile (sorry tak ada gambar). Eh tetibe banyak pulak nama Mumbay. I tak tahu macam mana nak explain sebab I pun tak ada ambik gambar kan. Tapi yang pasti kedai tu kat selekoh (direction ntah hape-hape bagi hahaha, kalau korang pergi korang tahu lah kedai mana kan).

Kat situ adik ipar-to-be dah borong kain chiffon untuk dia tunang nanti. Awal-awal lagi dia dah grab. Tak mau fikir dah katenya. Siap koyakkan majalan perkahwinan bawak skali. Nak bawak buku berat sangat katenya. Harga? Tak pasti brp RM per meter tapi quite cheap.

Since Mumbay Textile tu tukang jahit untuk coat belum datang, kami pun jalan dari kedai ke kedai untuk cari kedai yang boleh siapkan coat sebelum kami balik. Kebanyakkan kedai dari Tanah Abang sampai ke Mayestik ni tak nak jahit dalam masa 2 3 hari. Katanya kalau jahit express ngak bisa, lagipun bayar mahal. Kami pasrah dah mula-mula tapi lucky us jumpa Delta Mode yang boleh jahit dalam masa 2 3 hari tapi bayaran mahal sikit. Since kami akan balik jam 8.30 malam (3 hari lepas ke Mayestik), kami cakap akan ke airport pagi-pagi sebab flight tengahari. I masa tu dah kenyit mata kat adik ipar dan incik tunang. I tak nak nanti dorang lengah kan masa untuk jahit.

Delta Mode
 
Diorang setuju nak jahit tapi upah jahit terpaksa dinaikkan sebanyak Rp500,000 since nak cepat kan..Being me, tak boleh dengar yang mahal-mahal sangat terus pilih kain, dah tawar menawar. Kalau dah coat saja Rp2juta..Baik beli siap je kat Topman. Tapi masa ni cakap je nak beli siap tapi pilih-pilih kain, berkenan pulak sebab boleh tahan cantik dan best. Siap tanya kalau nak buat seluar perempuan lagi hehehe..tapiiiiii I pujuk hati, jangan membazir dulu ok, banyak lagi kain nak beli ni.

Akhirnya owner kedai tu setuju untuk kurangkan Rp300,000 dah berjanji akan siapkan petang hari Isnin (hari Selasa balik). Siap ukur segala bagai, belek coat yang dah siap, kami puas hati dengan layanan owner dan tukang jahit ni dan paling penting jahitan kemas.

Kedai tu agak kecik dan tak banyak pilihan, kami kat sana rasa macam selesa je dengan owner tu. Dalam duk tunggu incik tunang diukur, I terjumpa kain yang boleh tahan lembut, warna yang I nak pulak tu untuk baju family, terus tanya berapa harga. Hahh...within my budget, so terus ukur dan potong dan bayar dan habis melayang berjuta dekat situ='(

Tapi tak apa, dah lepas 1 benda yang nak difikirkan. Kain yang I beli lembut tapi bukan satin which is I selalu tak berkenan untuk buat baju. So, kain yg I beli nama Bvlgari. Kerlass kan..hahaha..Nasib kain ni baru dibuka plastiknya, so untuk potong 4 meter untuk 8 set tak ada masalah sebab cukup. So terus je zap zap zapppp..siap. ting! Bayar..hehe

Keadaan dalam Delta Mode
Siap diberi minum
Diorang offer makan tapi kami masih kenyang. Since I mengidam mangga, diorang belikan dan I potong sendiri

Selesai bab coat dan baju family belah I. Sekarang nak cari baju family belah incik tunang pulak. Mentang-mentang pagi tu I beli set skincare Wardah, kotak tu lah dia buat contoh untuk cari kain belah dia. Kehulu ke hilir bawak kotak tu. Warna kotak tu macam mint green tapi skali tgk macam tiffany blue tapi lighter.

Kesian si adik jadi bahan buli abang dia

Since kain yang di cari untuk belah lelaki, so I tak masuk campur sangat. I just ikut je diorang dan I lesap tengok kain ntah kemana-mana je (dlm kedai tu je lah). I bukan apa, takut nanti dicop gile kuasa kalau semua I nak decide. Lain lah kalau tak ada adik dia, so I blh bagi advice. Let them discuss and decide sahaja. 

Tak terkira banyak mana kedai yang kami dah masuk just untuk cari kain family incik tunang. Akhirnya kami singgah di Sanggar Textile. Kedai quite big. Siap ada 3 tingkat macam tu lah. Yang tingkat 4 diorang buat store dan tempat solat.

Permandangan dari tingkat 2
 
Macam biasa, kami just tunjuk kotak Wardah tu, dah SA akan cari. Ada jumpe warna yang seakan-akan tapi bila diukur tak cukup meter plak. Masa tu memang diorang agak frust sebab kain dah cantik.
SA yang banyak tolong cari kain, jadi model, tukang ukur dan sebagainya.

Kain lain pulak diukur dan tak cukup panjang jugak

Masa diorang duk pilih-pilih, I buat ape? I duduk relex je sebab dah banyak berjalan masa ni. Biasalah orang lebih muatan ni cepat penat hahaha...

Duk kat kedai orang macam ni plak gaya....dasar tak sopan hehe
Sampai kat tempat simpan kain kami masuk
Rani dan Sanggar adalah kedai yang sama

See..tak jauh pun jarak antara kedai Rani dan Sanggar ni

Okeh...habis bab kain hijau untuk family belah lelaki. Sekarang kisah kain biru untuk reception belah perempuan pulak. Since warna kain nak kena sama color dengan baju lelaki yang disewa dari pak andam dekat rumah, terpaksalah I lupakan warna baby blue sob sob='(. So cari punya cari, I jumpe kain tu dekat Toko Maju. Kedai tu glamer dengan beads dan segala jenis swarozki dan renda, dan border lace dan segala macam accessories, tapi I tak mencari accessories masa ni, just more to kain dlu. Jumpe lah kain chiffon warna biru laut /light blue dengan harga lepas discount Rp12,500/meter.

Dalam hati masa tu, "eh, kain aku murah sangat ni berkualiti tak?" tapi alhamdulillah bila dah hantar kat tailor, akak tu cakap kain tu lah yang paling best untuk buat dress sbb berat dan jatuh=). Kain yang lebih kurang sama dekat Jakel jual RM68/meter, dasar cekik darah kan.

Alang-alang dah dekat Toko Maju, I beli lah sikit beads untuk letak kat mana-mana nanti. Beli je dulu, nak letak ke tak, tu belakang kira. Swarozki beads yang I beli sebanyak 144 bijik berharga Rp100,00 which is kalau convert around RM33.10 (currency masa tu 0.000331 ok). Kalau nak ikutkan harga tu, murah sikit je dari Malaysia. Smlm I tengok dengan kedai bunga riben sebijik 25sen. Mungkin beli banyak dapat lagi murah tapi berkilat sama dengan I beli tu, tak sure lah kan.

Eh, tapi pak andam kat rumah ni baru jugak balik dari Jakarta dan dia cakap kat Tanah Abang lagi murah.

Ok, kain chiffon biru - checked!

Nak cari chiffon belah bertandang nanti pulak satu keje..nak kata semua kedai kami tawaf kat Mayestik tu, tak lah tapi hampir keliling mall jugak lah, sampai kedai yang dah masuk pun kami masuk lagi sebab nak cari 2 warna peach punya pasal. Satu nak yang cerah, satu nak yang gelap. Satu keje pulak duk mencari. Kalau ada pun color dah ke arah pink, yang berkenan pulak ke arah oren sangat. Haiyoo..penat tau. Mase tu dah give up. Dah lah nak tutup kedai, kain tak habis beli lagi. Sampai incik tunang cakap tukar je lah warna baju peach tu ke warna yang senang cari. Tapi bagi I, nak cari jugak sampai dapat. Ketegaq sangat kan! haha

Ade jumpa dekat kedai mana ntah, chiffon silk Rp80,000/meter...I nyaris-nyaris beli. tapi disebabkan otak I cepat je conggak, I rasa mahal. Kain silk pun, koyak jugak nanti. Memang cantik tapi lembut sangat dan mahal. Tak kuasa I nak beli. Dah lah nak 10 meter 1 warna. Tak ke gile beli Rp800,000. Rugi-rugi. So, I keluar je dari kedai tu. Dalam hati memang duk pujuk sabar je lah. Nanti jumpa lah tu.

Masa nak balik tu suasana dah gelap tapi baru jam 7 kat sana. So, kami jalan kaki ke pintu gerbang masa mula-mula masuk tadi dan tahan je taxi express tu. Kami decide nak turun dekat Thamrind city je sebab dah lapar.

 Weollsss, you!=p
Sampai di Thamrind City, kami makan di D'cost. Kali ni kami cube kepiting jantan telur asin, ambik set duo..harga? Kalau tak silap dalam Rp60-65,000 untuk 2 ekor ok, which is murah. Dah lah besar, sedap menjilat jari, habis kulit ketam kami jilat. Si adik tak makan seafood, so I dan incik tunang memang masa makan tu senyap je. Menikmati ketam tu lah sangat kan. Selain tu kami order fish fillet masak pedas, sayur ape ntah, juice manggo, guava (I yang mengidam) dan teh tawar panas sebab si adik sakit tekak tak berapa nak sihat. Tapi last-last I yang habiskan dan siap refill lagi. Dasar kakak ipar kuat makan haha.

Kecewa?

 Tengoklah ketiping jantan masak telur asin tu..besar dan murah dan yang penting sedap
 Naik bajai balik ke hotel

Bila dah kenyang, kami balik ke hotel dengan bajai. Dekat je sebenarnya tapi I sayang nasik-nasik yang baru dimakan belum jadi lemak lagi...haha. Ala, dah seharian berjalan, baik save tenaga untuk esok pulak kan. Why not try naik bajai kan. Nak try je macam mana since kat Jakarta kan banyak. Mula-mula nak naik tu ade ke driver tu letak harga Rp20,000. Memang tak masuk akal lah kan. Skali tawar punye tawar dapat Rp10,000. Ok lah tu naik 3 orang dengan barang pun banyak kan. 

Sampai sini dulu...nanti I sambung lagi

Thanks for reading!=)

2 comments:

  1. Err mmg jakarta bahaya sikit bab makan. I klu kt jkrta setel mkn kat fast food rest je. sbb kwn i ckp jkt tu bahaya skit bab mkn. erkkk

    ReplyDelete
  2. kaaann..kalau tersalah makan hr tu, I buat entry "makan katak masak pedas best" hehehe

    ReplyDelete