TIHANNA Webstore

Monday, 8 October 2012

Day 3 : Tanah Abang, Jakarta

Assalamualaikum...

Bila bos tak ada, kerja pun tak ada, I sibuk lah meng-google pasal wedding. Semuanya pasal wedding. Dalam kepala otak banyak je nak buat, tapi tak bergerak pun. Dasar pemalas sangat kan.

Ok lah...since I belum habis lagi review pasal trip to Jakarta..so, jom mulakan sekarang=p

Pepagi lagi kami dah bersiap sedia nak pergi ke tanah abang since kain lace yang I nak tu ada dekat tanah abang je. Bukan tak ada di Mayestik tapi diorg bukak harga mahal sangat. Tak termampu nak beli dan ada a few full beaded lace tu sebijik sejibon sama dengan Jakel. Kate owner kedai tu, diorg ni main supplier untuk Jakel, Gulatis, Euro Mode etc. Siap ada rumah kat Damansara uolls.

 Saje gedik letak gambar sendiri...layankan aje=p

 Ke Pusat Grosir B. Mata bengkak baru bangun tido sangat kan...

 Suasana pagi around 7.30am...lengang lagi tapi dah ada a few hawkers kat tepi-tepi jalan

 Hawkers

 Masa tak macet...cube masa macet...nak ambik gambar tak boleh
 Tengah memborong kain baju kebaya/kurung untuk adik beradik dan kawan-kawan yang kirim

Since pagi lagi kan...kedai pun tak banyak yang bukak lagi. Kebetulan nak mencari kedai yang nak pergi beli lace kononnye berkenan sangat tu, terjumpa lah kedai jual kain batik meter dan lepas dan sebelahnye jual baju kebaya/kurung. Terus berhenti dah pilih-pilih. Si adik pulak banyak betul memborong sebab kawan-kawan dah siap kirim duet kan. Tengok dia memborong, I skali borong untuk adik-adik. Tak ada beli untuk kawan-kawan office sebab kirim guna air liur je. Boo layan lah. I pun tak cukup duet, nak membeli untuk orang pulak kan. Bab shopping ni kene kejam hahaha...

Sembang punya sembang dengan owner kedai tu yang very soft spoken, rupanya dia banyak hantar ke Malaysia sebab dah ada regular customer. Biasalah kan, bila dah sampai Malaysia harga naik terus ke 200%. Sebab dah lebih 10 pasang, so dia bagi harga murah je even kain batik tu yang elok. Seingat-ingat I sepasang jadi Rp130,000 which around RM43 (currency masa tu).

 Kusyuk sangat I tick barang-barang yang dah beli sampai muncung mulut kan. Mau tak muncung kalau list tu 3 muka surat uolls. Yang duk pegang tu adalah kain yang berkenan lah tu=p

Bila dah round ke banyak kedai, mula lah tangan dah penuh dengan barang. Masa ni memang keje membeli je. Kami decide nak balik ke hotel dulu untuk letak barang, solat dan makan. Ingat nak ke Thanmrind City tapi kemalasan melanda. Tetibe teringat pulak semalam masa makan di De'cost Seafood, I ada snap gambar untuk delivery. Call je dan bagitau paket mana nak, dalam masa setengah jam dah sampai. Paket paling mahal pun kalau tak silap Rp29,000. Siap ada udang, fish dan sotong goreng tepung, ayam masak sambal, sayur kacang panjang, air mineral dan buah tembikai. Kos perhantaran cuma Rp8,000 (RM2.65) je. Sangat murah dan jimat tenaga kot.

 Paket paling mahal...platinum kot nama dia

 Selain paket platinm, dapat nanas je. Tu si adik punya sebab tak makan seafood

 Call-order-tunggu-makan-tidur lepas kenyang hahaha

Disebabkan malas dah nak berjalan plus perut memamg kenyang yang amat, kami masuk bilik dan tidur hahaha...Best pulak tidur petang-petang dengan air-cond lagi kan. Bangun-bangun dah dekat nak kul 6 lebih. So siap-siap sembahyang, kami ke Thamrind City pulak. Sebelum ni lalu je, kali ni masuk dalam mall tu sebab nak baiki phone. Ada yang tak kene dengan pakej online tu.

 Sampai ada 2 escalator. Pilih je nak ke tingkat 1 atau terus ke tingkat 2 terus
 View dari atas


 Tengah menunggu baiki phone tu, I pulak sibuk nak cari privacy screen protector. Murah sangat. Rp30,000 je (RM9.00++). Kat Malaysia dulu I pernah tanya sekali harga RM40 okey. Dasar cekik darah

 Mari memilih roti untuk dinner since siang tu dah melantak nasik sampai tido tak sedarkan diri. Lets diet malam pulak

 Ke Grand Plaza Indonesia mencari money changer haha

 Tadaaa..jumpe pun. Si adik tak cukup duet tapi malas nak swipe card. I menumpang sikit supaya dapat menampung perbelanjaan lagi hehehe


Sampai sini dulu...next entry pasal Bandung pulak=)

Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment