Friday 21 December 2012

DIY Thank You Tag

Assalamualaikum.

Memang I gatal nak DIY kad kahwin, kotak doorgift dan TQ tag. Konon-konon nak same tema lah. Kalau ikut cadangan nak buat semua skali tapi memandangkan budget dah meletop kat tempat lain, terpaksa-rela melupakan kotak doorgift tu.

Kat bawah ni bukan contoh TQ tag dah, dah memang tag I pun. Tak ade teaser-teaser dah. Tunjuk terus je. Kalau mengikut gambar kat bawah ni, size tag ini adalah sebesar business card. Standard size 54x90mm, tapi I bahagi 2 sebab nak kecik je. Tak mau besar gabak. Besar sangat pun membazir. Nanti orang buang merata or ade yang jenis kumpul TQ tag ke?


 Pandangan hadapan

  Pandangan belakang

Bila dah siap design, dah approve by en tunang (even bukan majlis belah dia pun haha), I terus cari mana nak print business card murah. Budget memang ciput lah. I nak bawah 10 sen. Kalau bawah 5 sen lagi bagus. Ni bukan masalah kedekut, masalah nak jimat dan tak perlu membazir. Nanti tag lagi mahal dari bekas doorgift. So memang I akan cari semurah-murahnya.

Cari punya cari, I teringat pasal flyers untuk office lama dulu yang I buat murah tahap tak boleh terima akal lah hehe..Macam tak percaya murahnya. So I try key in untuk dapatkan quotation. Actually kedai/kilang ni ada buat online order. Sila rujuk SINI.

Harga untuk 10 kotak atau 1000 keping business card adalah RM40. Kalau dibahagi-bahagikan, 1 keping hanya 4sen. Disebabkan dalam 1 business card ade 2 tag, so harga untuk 1 tag adalaha 2sen. Amacam? Murah tak?

Kenapa I cakap murah? 

Sebab tag ni setebal 260gsm dengan matt finishing. Sama dengan kad kahwin I. Yang beza hanya vendor printing sahaja. Even kilang yang I print kad kahwin pun quote mahal dari yang I buat ni. Berbaloi sangat-sangat. Kalau nak murah lagi, maybe kurang dari 4 sen sekeping kad, sila pilih kertas yang nipis dan tak ada finishing. Kuantiti memainkan peranan yang penting ye. Makin banyak, makin murah.

Siapa yang potong tag ni?

I dan tunang I jugak. Tapi yang paling banyak potong, tunang I lah. Biar dia buat keje sikit sebab yang lain I dah buatkan.

 Kat office tak ada keje duk memotong tag je lah

Ni contoh kad kahwin kedua-dua belah pihak. Yang kanan untuk majlis belah I, dan yang kiri untuk majlis bertandang belah laki

Sekian saja kuliah TQ tag murah untuk hari ini. Nanti kita sambung lagi ye.


Thanks for reading=)


** Christmas just around the corner. I miss Glasgow. I miss shopping especially during boxing day. I miss snow. I miss cool weather. I miss ice skating. I miss to hear sounds of the bag pipe. I miss everything =( **

 Signature_zps51b77f60

6 comments:

  1. bestnyer....cantiklah dear..kreatif..jimat pun jimat...1 kad dapat dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear..i mmg duk catu ape yg boleh catu ni supaya nnt lepas kahwin tak ade hutang hehe

      Delete
  2. diy adalah part paling best time wed prep..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..best sgt sbb ms ni lah mencabar kreativiti kita kan..tp rase mcm nk postpone je sbb byk lg x siap haha

      Delete
  3. best juga buat time tengok tv. Daripada tak de buat apa-apa, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan ms2 yg ada buat diy..lps dah kawen, trs I mls hahaha

      Delete