Thursday, 31 January 2013

DIY - Yang Dah Siap

Assalamualaikum.

Just nak share ape yang dah siap masa weekend hari tu. Gigih buat kot.

 Guestbook..akan guna untuk bertandang jugak..simple je. So malu nak tunjuk sebab tak lawa haha


 Buttonniere untuk family. Since nanti banyak guna pinwheel/paper rossette..so jadi lah bentuk macam ni.


 Brooch hand bouquet untuk bertandang...Gigih memintal dawai kat opis haha

 Hanging jars..ni untuk malam nikah nak letaj air dan lilin. Pastu sangkut kat pokok. Just belum letak penyangkut je lagi. Ada 3 size sebenarnya.
 
 Bunga pahar dip dah siap...just nak letak telur je nanti

Welcome board untuk bertandang

 Welcome board untuk bersanding

 Nak letak dekat guest book area


 Direction signage untuk majlis bersanding kat Kemasik..arrow potong kemudian then baru laminate

 Direction signage untuk majlis bertandang kat Putrajaya nanti


Ni je dulu..ada lagi yang boleh dikatakan 90% siap tapi tak ambik gambar pun.

Note : Baju bertandang tak siap beading lagiiiiiii T__T"

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Wednesday, 30 January 2013

Doa Masa Majlis Kahwin

Assalamualaikum. 

I memang suarakan kat adik lelaki bahawa dia akan bacakan doa semasa kenduri nanti. Kata I, apa guna ada adik sekolah tahfiz kalau tak boleh baca doa untuk kakak dia..haha..I buat ayat sedih kot haha..So, adik I cakap insyaAllah dia bacakan tapi dia malu. Tang malu tu I tak kesah lagi, yang I kesah dia baca doa macam baca bahasa melayu. Laju nak mati. Kot nanti orang tak paham dan tak menghayati sangat.

Memandangkan majlis tak lama lagi, I pun sibuk lah google nak cari doa yang lebih kurang sama dengan ustaz yang bacakan doa masa kenduri kawan I dekat Rawang bulan lepas. Sayu betul. Rasa macam menusuk kalbu betul masa tu. Sanggup tunggu ustaz tu habis baca walau panjang berjela kot. Dengan suara masa zikir, Ya Allah...jatuh cinta kot. Nyaris en tunang nak tanya ustaz tu boleh bacakan doa untuk majlis belah dia ke tak. Padahal bila tanya kawan I, rupanya jiran dia. Ceit..tak jadi lah sebab dia tak ambik upah pun.

So I nak share doa yang I jumpa hasil google tadi.



الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.

وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكِ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمَتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي)


Ya Allah, pada hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka. Maha benarlah Ya Allah, firmanmu yang mulia :


اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Rahman,


بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا، اَللَّهُمَّ أَلْـقِ بَيْنَـهُمَا المَحَبَّـةَ وَالوِدَادَ، وَاهْدِهِمَا سَبِيلَ التَّـقْوَى وَالرَّشَادِ، وَطَوِّلْ أَعْمَارَهُمَا فِي رَغَدِ العَيْـشِ وَالسُّرُورِ، وَدَوَامِ الهَنَآءِ وَانْشِرَاحِ الصُّدُورِ، وَاجْمَعْ بَيْـنَهُمَا عَلَى كَمَالِ الوِفَاقِ وَالإِئْتِلاَفِ، وَاجْعَلْهُمَا مِنْ أَهْلِ القَنَاعَةِ وَالعَفَافِ، وَارْزُقْهُمَا النَّـسْلَ الصَّالِحَ مِنَ البَنَاتِ وَالأَوْلاَدِ، حَتَّى يَرَوُ الأَسْبَاطَ وَالأَحْفَادَ.


Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. 


اَللَّهُمَّ وَأَسْبِغْ عَلَيْـهِمَا النِّعَمَ، وَوَسِّعْ عَلَيْـهِمَا الأَرْزَاقَ، وَاحْفَظْهُمَا مِنْ مَكَائِدِ الخَلْقِ، وَجَنِّـبْهُمَا عَنْ سُوْءِ الأَخْلاَقِ، وَبَلِّغْهُمَا المَـٰأۤرِبَ وَالمَطَالِبَ، وَأَحْسِنْ لَهُمَا بِمَنِّـكَ وَكَرَمِكَ العَوَاقِبَ، اَللَّهُمَّ وَامْنَحْنَا كُلَّـنَا جَمِيعَ ذَلِكَ، وَنَجِّنَا بِفَضْلِكَ مِنْ جَمِيعِ المَهَالِكِ، وَنَسْـئَلُكَ بِنَا يَا رَبَّـنَا خَيْرَ المَسَالِكِ،


Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.


اَللَّهُمَّ اجْعَلِ اجْـتِمَاعَنَا هَذَا وَغَيْرَهُ بِالرَّحْمَةِ، وَافْتِرَاقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالمَغْفِرَةِ وَالعِصْمَةِ، وَادْفَعْ عَنَّا بِفَضْلِكَ البَلاَءَ وَالنِّـقْمَةَ، اَللَّهُمَّ أَفِضْ عَلَيْـنَا مِنْ بِحَارِ جُوْدِكَ الخَيْرَاتِ، وَعُمَّنَا مِنْ سَحَآئِبِ نِعَمِكَ بِالبَرَكَاتِ، وَلاَ تُخْـلِنَا مِنْ لُطْفِكَ فِي جَمِيعِ الأَوْقَاتِ.


اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.


Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.


Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.


اَللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا فِي مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْـتَهُ، وَلاَ مَرِيضًا إِلاَّ شَفَيْـتَهُ، وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ كَفَيْـتَهُ، وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ، وَلاَ عَاصِيًا إِلاَّ عَصَمْـتَهُ، وَلاَ فَاسِدًا إِلاَّ أَصْلَحْـتَهُ، وَلاَ مَيْـتًا إِلاَّ رَحِمْـتَهُ، وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ، وَلاَ عَسِيرًا إِلاَّ يَسَّرْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْـيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيهَا رِضًا وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ أَعَنْـتَنَا عَلىَ قَضَائِهَا فِي يُسْرٍ مِنْكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.


اَللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَائِمِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَاعِدِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ رَاقِدِيْنَ، وَلاَ تُشَمِّتْ بِنَا أَعْدَاءً وَلاَ حَاسِدِيْنَ.


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـئَلُكَ الصِّحَّةَ وَالعِفَّةَ وَالأَمَانَةَ وَحُسْنَ الخُلُقِ وَالرِّضَا بِالقَدَرِ.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.


 Source : SINI


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Tuesday, 29 January 2013

New York Skin Solution - Bad Review

Assalamualaikum. 

Okey..dari tajuk pun dah tahu I akan buat bad review pasal New York Skin Solutions (NYSS) kan. 


Last week masa I duk saja-saja kat opis (duk saje-saje kau..macam opis bapak punye je kan), I pun tertengok NYSS ada deal dalam groupon. Bila tengok harga RM28 je pastu ramai pulak yang beli, I pun tergoda lah. Dah lah weekend en tunang tak ada, pastu I pulak jenis tak boleh duduk rumah lama-lama. Harus lah I cari aktiviti katenye. 

Then hari Jumaat I called NYSS The Mines buat appointment cakap nak buat facial hari Sabtu jam 3pm yang pick up call cakap datang jam 3:30pm je. So ok lah kan. Lagi pun bukan jauh sangat pun dengan The Mines tu. Sekangkang kera je pun.

Tiba hari sabtu..dari pagi ada je dari NYSS call ingatkan appointmnet jam 3:30pm. I cakap lah I tahu dan dekat je dengan rumah. Dah 2 3 kali call I naik bosan jugak. I sound lah cakap I tahu appointment I dan I akan sampai sharp on time. No worries. Ye lah diorang nak pujuk ambik package diorang kan, so tak sabar lah tu.

Dekat-dekat jam 3, I dah nak kuar rumah ni. Dengan tak make up dah lah katanya nak buat facial kan. Make up pun membazir je. So ngam-ngam sampai dekat 3:30pm. So I masuk dalam consultation room dengan amoi name Emily. Tapi dalam duk tunggu si amoi tu ambik borang bg borang, dah 2 3 orang masuk tanye nama keje mana bla bla bla...tp I, dah tahu dah tektik diorang. I memang nak pg just nak try je pun. Bukan nak sign up package diorang yang mahal macam haram tu. Saja nak cuba-cuba apa hebat sangat skin solutions diorang ni kan.

So, time I duk isi borang, si amoi Emily ni adalah tanya pasal macam-macam kan. Minum kopi ke, makan sayur ke, supplement ke..so I jawab je lah. Pastu ada lah scan kulit internal dan external bagai kan.

Time nak dekat-dekat bawak g facial tu, dia blh pulak promote cakap kalau nak mask free kene tunjuk ada credit card ape...so I tunjuk je lah. Bukan buat ape pun, just tunjuk je. Padahal I nak mask tu je hahaha..

Time facial tu ok je tapi time picit black and white heads tu memang I tak berapa nak suke sebab sakit. I prefer guna shiseido black mask tu sebab lagi puas hati semua anasir kuar hehe..Tapi I boleh katakan..diorang ni banyak guna mask je. Dah lah nak kene tunggu lama kan, tapi suasana sekeliling bising. I cuba jugak nak lelap (walaupun takkan lelap jenis mata degil sangat) tapi bising gile. Macam tak tenteram je I rasa.

Bila dah buat cleansing, picit black and white heads, dah letak serum lah, mask lagi, mask lagi dan lagi..akhirnya habislah masa 1 jam lebih. I tanya lah kenapa 1 jam lebih padahal dalam voucher 3 jam kan...rupanya 2 jam untuk consultation. Setengah jam sebelum facial, selebihnya lepas facial.

Masa tu dah agak dah. Diorang ni nak pedajal kulit aku macam-macam supaya aku takut dan terus sign up dengan diorang lah ni kan. Tapi I relex je dulu. Tak ada melenting lagi. So I pun ikut je lah amoi tu ke consultation room. Dia bagi air, scan kulit lagi skali which is I tak nampak beza sangat pun. Kira macam I tak yakin lah tapi dia terang tu macam facial tadi memang membuatkan kulit I cantik lah lepas buat banyak kali.

Haaa..time banyak kali tu lah yang I rasa WTF weiiii...I tanya dulu berapa kali kene buat. Tak teragak dia sebut 20 kali. Dan kos untuk 20 kali dari RM8k tapi sebab customer groupon punya pasal terus jadi RM5600. Pastu I buat muka ketat lah tak nak kan. Ingat I cop duet ke. So I bagi alasan I nak pindah ke Taiping which is I tahu memang tak ada kat Taiping. Kalau ada pun kat Ipoh. So jauh gak lah kan.

Pastu tak jadi 20 kali, pujuk ambik 10 kali, tak jadi 10 kali ambik 3 kali pulak. Pastu dah tak jalan, dia promote pulak masuk ahli bayar RM500 seumur hidup dan dapat beli set pencuci dengan 50% off. Weii 50% pun harga dekat RM300 tau. Cilakak punye brand mahai nak mampus.

Pastu dah I tak nak jugak..masuk lah diorang punye leader pulak datang pujuk I. Dah lah buat muka garang. I pulak mmg muka tak ada perasaan lah. Dia pujuk punye pujuk cakap muka nanti ada naik  jeragat lah bagai, ada aku kesah kan. I cakap I tak nak. I tak nak sign up your package. Bila dia tanye kenapa dengan muka sinisnya..I jawab your service is so expensive. So I tak nak. Dah lama tu dia give up I rasa. Dia tak tahu ke I ni lagi pujuk lagi keras hati. Bende-bende yang ridiculous ni I memang keras hati kalau I tak nak. Jangan duk pujuk cakap muka I tak cantik lah lepas ni sebab ada I kesah pun. 

I rasa nak je jawab, RM5600 tu servis tukar muke ke ape? Memang diorang ni sesungguh hati paksa ambik walau sikit pun. Sanggup aturkan appointment dan transfer segala package ke Ipoh. I cakap lah, I wont drive too far because of this service (kan I cakap nak pindah Taiping). Gile ke ape I nak buat macam tu. Baik I beli product yang bagus. Beli SK2 pun dah berset-set dapat kot.

Lepas dah puas pujuk I yang tak makan sikit pun pujukan rayu dan kata-kata sinis diorang tu, so diorang mengalah. Dah sejam dah ni. Pastu si amoi Emily ni masuk cakap dia nak print receipt sebab I dah datang guna groupon. So ok lah. Dekat 15 minit I tunggu tak muncul-muncul, I kuar. I cakap I nak balik dah, ada apa-apa lagi ke nak tunggu. Diorang boleh duk bersembang kat depan tu. Baru gelabah nak print. I sound je tak kira. Ramai jugak yang duk menunggu. I agak muka-muka yang datang guna groupon jugak sebab ada voucher I tengok diorang pegang.

Lepas si amoi tu bg receipt nak sign, I baca dulu, kot-kot kang dia claim I setuju nak beli ke ape kan. Bila dah ok I sign dan dia bagi trial set. Ok lah I blah je.

Bagi I, cara diorang push customer even potential or not memang tak kena. Memaksa gila. Pastu cakap sinis nak mampus. Cakap muka dah teruk lah ape lah. I memang terus turn off lah kalau orang macam ni. Dah tu pulak cakap tak sopan, I pulak memang muka jenis garang..memang takkan mengalah lah.

So moral of the story, hati-hati kalau nak beli deal macam ni. Nak nak lagi yang jenis ada branch macam ni. Ada outlets seluruh malaysia, memang dia akan pujuk sampai kita sign up dengan dia. Kalau just nak beli sebab nak try, dari rumah tu dah niat memang takkan termakan pujuk rayu. Banyak tu nak bayar tapi hasilnya belum tentu lagi macam mana. Setakat ambik artis jadi duta, tak jalan. Dah memang sah-sah diorang dah lawa.

Sekian saja entry sakit hati hari ni haha


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Wednesday, 23 January 2013

Perkara Yang Paling Ditakuti

Assalamualaikum. 

Tambah tolak bahagi terajang ada lagi 2 minggu lebih-lebih sikit nak kahwin.

Okeh...ni dah lama pendam pasal perkara yang paling ditakuti ni. Kalau terluah pun dekat kakak-kakak office yang sibuk mengusik pasal kahwin.

Haaa...mesti ada yang fikir malam pertama kan?=p

Tak ok..memandangkan semua orang kate sakit-sakit best, so tak ada lah risau sangat. Yang tu nak tak nak memang nak jugak nanti..hihihi (gelak gatai)

Yang paling takut adalah....I TAK BOLEH TIDO DENGAN ORANGGGG DAN SUSAH TIDO!!!

OMG, macam mana ni? Takkan I nak halau laki pulak kan. Derhaka sangat. Tak bau surga okeh!

I tido dengan adik pun tak lena, tukar tempat pun tak tido apetah lagi dengan orang tido buas dan berdengkur kan. Ada jugak kene hempuk kepala malam-malam buta nanti. Kecuali memang siang tu I buat aktiviti yang boleh buat rasa penat, malam tu memang lah boleh tido. Tapi nak buat ape sampai penat? hahaha

I just harap nanti kahwin boleh lah sesuaikan tempat nak tido bila ada laki kat sebelah. Tak lah jadi masalah yang paling besar bila kene balik rumah mak mentua atau kampung belah laki nanti. Takut orang ingat I hantu bila merayau dalam rumah malam-malam hahaha.


 Harap-harap lepas berlaki nanti I tido senyum macam ni


 Thanks for reading =)
Signature_zps51b77f60

Tuesday, 15 January 2013

Yang Terselit

 

 muahaha...terselit dicelah-celah. Nasib I senyum..kalau tetibe mulut muncung, mcm kak nam sgt kan

Boleh bace kat SINI

 

 Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

Wednesday, 9 January 2013

Brooch Bouquet

 Currently working on this teehee=p

 
 Image by weddingbee.com


 Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

Wednesday, 2 January 2013

Rezeki

Assalamualaikum. 

Semalam ada hantar kad kahwin untuk kawan di office lama yang dah bising bila nak hantar sebab nak tengok kad yang I design sendiri. Tak sangka pulak design simple-simple ada yang nak suruh buat kad kahwin diorang. Memang masa tu rasa tak yakin tapi bila diorang cakap dah cantik dan berkenan yang I buat just nak ubah design dan color sikit, terus I kata okey lah cuma I kene dapatkan quotation dari kilang dulu. Since I hari tu kilang ter-quote murah terlampau dan I memang bernasib baik masa tu, so kali ni I kena contact balik lah. 

Hari ni ada buat a few designs dah buat dan email. Harap salah satu design diorg suka. Mudah kerja nanti hehe.

Busy memang busy dengan preparation sendiri tapi I fikir ni mungkin rezeki I. Dapat sikit-sikit pun dah ok sambil tolong kawan-kawan kan.

Syukur dilimpahkan rezeki. Good start for 2013. Harap dimurahkan rezeki berpanjangan. Amin.

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60