Monday 3 June 2013

Simpanan Masa Depan

Assalamualaikum. 

Masa I study, masa dah start bekerja dan pegang duit sendiri, dan sekarang dah kahwin pun...baru I sedar betapa pentingnya berjimat cermat dan ada serba sedikit simpanan untuk masa hadapan. Kalau ikut perangai lama, I lebih rela beli kasut dan baju dan bermacam-macam benda mengarut bagi memenuhi nafsu kuda ni. Kadang-kadang benda tak penting pun boleh beli. Ntah hape-hape perangai masa zaman muda remaja dulu.

Bila dah nak kahwin dan macam-macam nak kena keluar duit since I dengan husband memang lah bergaji kecik, so I terfikirkan kawan I yang memang dari belajar dia akan simpan setengah dari duit PTPTN dia dapat dalam ASB. I masa tu jangan cakap lah nak paham apa itu ASB. I paham pun masa dah kerja setahun baru nak ambik tahu. Tu pun tengok kawan office bukan main sakan bershopping lepas pergi bank.

Since sampai sekarang I tak ada ASB, I nak kahwin pun duit simpanan tak pernah nak cukup dalam akaun. Asyik lah 'terlencong' ke tempat lain...mula lah rasa menyesal menyelubungi diri. ewwahh..Padahal I tak ada masalah hutang belajar pun since I dapat JPA dan PAMA scholar masa master dulu. Tu pun tak menyimpan T__T.

Walapun macam tu, I adalah initiative lain untuk menyimpan since rasa dah bersedia nak jadi parent (even tak tahu bila rezeki tu sampai). So, i decided buat sub-akaun kat CIMB. Kat Maybank I tak boleh nak buat or I je yang tahu nak buat. Then, I divide lebihan gaji kepada beberapa bahagian. Senang buat kat CIMB sebab ada sup-folder (sub-akaun) dan senang I nak pantau. Gaji masuk Maybank tapi kalau biar dalam maybank, I akan rasa nak membeli dan beli dan beli kang nanti ada pulak tengah husband jemur baju..dia sound tak pernah nampak baju baru ni. Kan dah kantai disitu..huhu.

Minggu ni pulak bos I cuti seminggu, so I ada masa nak buat tutorial macam mana nak buat sub-akaun kat CIMB. Kalau yang dah tahu, hadap je lah entry ni. Kalau yang belum tahu. sila buat sekarang untuk mengelakkan pembaziran.


Langkah pertama :
 Haruslah korang kena ada CIMBclicks...kalau tak ada macam mana nak buat. So, laju-laju g register pada yang tak ada tu. (I ada kawan keje bank tapi tak ada online banking..sound weird kan).

Langkah kedua :
Bila dan login, click pada APPLY FOR.

 Langkah ketiga :
Pilih SAVING ACCOUNTS.


Langkah keempat :
Pilih product type. Pada yang nak link sub-akaun pada existing card, sila click STATEMENT ACCOUNTS. Kalau nak buat kad lain, pilih product type lain tapi perlu ingat, kalau pilih selain statement accounts, untuk transfer duit dari sub-akaun ke main akaun memang tak boleh. Kalau guna statement accounts bebas nak transfer ke mana sahaja akaun yang ada dalam existing card.

Kalau nak pilih jenis produk lain, jangan lupa baca accounts features dulu. Untuk mengelakkan korang ada masalah di kemudian hari.

Langkah kelima :
Kalau dah ada main account, just pilih untuk transfer as an initial deposit untuk buka akaun baru. Tak banyak, RM50 je.
 
Pastu pilih branch mana yang berdekatan dengan korang untuk maintain akaun baru ni.

Untuk ATM card option, kalau korang pilih statement accounts, automatic link dengan existing card. Kalau korang pilih jenis produk lain, kat situ akan tulis new. Maksudnya korang kene buat kad baru. I tak prefer sebab nanti kad tertukar dan memenuhkan purse I je.


Langkah keenam :
 Baca dulu terms and conditions, pastu kalau setuju click pada ACCEPT and SUBMIT the application.
  

Langkah ketujuh :
Korang perlu masukan TAC no. lepas tu dah boleh check sepantas kilatnya dalam CIMBclicks korang dan dah boleh rename. 

Eh..eh..I ada akaun baby kecik hehehe=p


Gambar kat atas ni, yang I tulis card 2 tu, maksudnya kad yang lain I terpaksa rela buat sebab salah pilih jenis produk. Masa ni baru lagi benda-benda nak apply online ni. Sampaikan pening orang kerja bank kat ampang point masa tu. Memang I tak boleh nak link ke existing akaun. Last-last buat jugak kad baru. 

Yang 3 lagi akaun tu, semua dalam 1 kad. Biasa I akan ingat no akaun yang belakang je. Tak payah susah-susah nak check satu-satu masa nak withdraw duit.

So, lepas ni..no more excuse kalau tak nak berjimat dan asyik nak membeli je. Nak fikir masa depan pulak. Takut nak berhutang dengan orang since I pun tak berapa gemar kalau ada yang nak meminjam duit tapi liat nak bayar. Big NO to me.

Pada korang, selamat mencuba dan menyimpan!


Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

2 comments:

  1. Dear.. xpaham La.. what makes sub-account nih better than new account. Sub account kene baya yearly fee gk ke??

    Then kite boleh set ke NOT to withdraw duet from sub-acc??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya, sub acc ni pun ade no acc tapi u blh link dgn existing card. kalau u buat new acc..which is u apply dekat counter, u kne buat card baru. yang ni tak payah g counter..u apply online n terus dapat. Macam I ada 1 card tapi ade 3 sub-acc lain dalam card tu. so total i ada 4 acc dalam 1 card. Jimat space dan u tak perlu nak bawak banyak kad.

      set not to withdraw to i tak tahu tapi yang link pada existing card semua boleh withdraw

      Delete