Monday 20 January 2014

Allah Pinjamkan Sekejap Rasa Itu - Part 2

Assalamualaikum. 

Pergh..lama gila ambik masa nak sambung part 2..padahal pemalas kan.hehe

Ok lah jom sambung cerita malam kat ward pulak.

Masa I masuk ward tu, actually doc yang check masa kat emergency cakap malam boleh balik sebab process induce tu ambik masa 3 jam je. Tu pun kalau sekali masuk ubat dah ada contraction semua. Kalau tak, I kene decide nak masuk ubat ke-2 atau nak balik tunggu sampai kantung tu keluar sendiri tapi doc memang tak nasihatkan I tunggu sebab kantung tu memang tak ada petanda nak keluar sendiri pun. I sendiri pun malas nak biar je kantung dalam perut since tak ada fungsi pun kan.

Tapi memandangkan bila masuk sekali ubat, terus ada contraction, masa tu pulak tak keluar kantung..dah pulak kul 8 malam dah..so doc yang bertugas nasihatkan I tidur je kat ward. First time ok. Dah lah jenis susah nak bertukar tempat tidur, husband pulak tak ada...memang parah lah.

I pun agak penat malam tu. Sakit tak terasa sangat dah, cuma ngilu ada lah sikit bekas kene korek kan..tapi still ok lah. Tapi malam tu, selang 1 katil dari katil, ada satu perempuan muda ni bersalin. Yang menyayat hati nya..baby dia menangis tak berhenti-henti walau mak dia susukan dia. Memang tak lebih dari 30 minit dia berhenti menangis..mesti sambung menangis balik. Dia punya nangis pun macam bunyi sakit. Macam sedih pun ada..tapi ye lah. Kita tengah penat, jadi geram pun ada sebab tak boleh tidur kan.

Since malam tu tak boleh tidur, pagi tu I sempat lah membuta sekejap. Nak tunggu waktu melawat pun lambat lagi. Tutup je langsir n tidur. Bukan lena sangat sebab banyak betul gangguan tapi boleh lah hilangkan penat sikit. Sampai lah masa tengahari..pergi lah bersembang sekejap dengan orang katil depan. Jadi budak depan katil ni dia warded sebab nak monitor insulin dia..so dia pun memang duk tegak je tengok orang..Dia pun cerita lah..

Ada lah orang melawat budak pompuan ni lepas je dia bersalin petang tu..rupanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat..Dengar lah diorang soal siasat pasal mak dan anak. Rupanya mak umur 21 tahun. Ibu tunggal (wallahualam anak sah taraf atau tak). Dengar sipi-sipi pasal boyfriend pertama, kedua bla bla bla..masa tu tak dengar sangat sebab langsir diong tutup kan..tapi yang datang bersama ada 1 pasangan ni..

Hari yang budak tu boleh keluar, kebetulan I memang duduk dekat katil depan melepak tunggu masa melawat sebab husband nak datang n tunggu boleh discharge kan..tengok lah budak ni bersiap nak keluar. Tapi pelik jugak lah sebab masa I tanya bila boleh discharge, nurse bagitahu semua akan discharge petang, tapi kenapa budak tu bersiap nak keluar tghr...tak nampak dah baby tu. Rupanya baby tu diambik oleh pasangan yang datang semalam. So patut lah baby tu menangis tak berhenti. Agaknya dia tahu mak dia nak bagi kat orang. Dia rasa sedih mungkin. Manakan tak sedih, I sempat tengok mak dia susukan dia masa lepas bersalin tu. Malam tidur tepi mak dia sebab dia asyik lah menangis. I ni sedih bila tahu. Sebab kalau yang kahwin ni, teringin nak anak bukan main..tapi ada yang susah betul nak dapat. Even yang kahwin dah bertahun tapi sikit pun Allah tak bagi rasa nikmat mengandung tu. Tapi lain pulak pada orang yang tak nak anak..senang je dapat anak. Pastu bagi pulak kat orang lain. Kita mungkin tak tahu perasaan dia, apa masalah dia..mungkin dia fikir dia tak boleh besarkan anak tu..tapi kita ni sedih kalau tahu kisah macam ni.Harap keluarga angkat baby tu jaga dia baik-baik lah.

Petang I discharge...masa ni bermula lah pantang orang gugur. Mana lah nak tahu nak kene pantang apa sebab bukan I ada baca pun. Kita pun tak tahu nak jadi macam ni. Nasib lah mak duk dekat je. So selama 2 minggu berpantang ni, asyik makan ayam masak minyak bijan n halia, tabur black pepper atas nasik. Naik muak. Kipas pun tak bukak ok..stokin 24 jam. Mandi air panas campur akar kayu ke apa ntah. Kene bertungku, kene urut 3 hari..Urut dan bertungku ni wajib okey...2 3 malam I tak tidur sakit pinggang macam nak patah. Bukan sikit-sikit tau sakit dia. Buatkan I tak boleh tidur. Dah pulak selama 2 minggu ni tak tahu jangkit mana..selsema sampai hidung tersumbat. Hembus pun tak jalan, bantal angkat tinggi pun tak lepas nafas..pastu sekali pakej pulak dengan batuk. Awesome...pakej tak boleh tidur huhu..

Walau ape pun..thanks pada husband sempat lah jaga selama seminggu sebelum dia g outstation. Sempat lah dia tak tidur malam. Malam pun kalau nak sejuk sikit kene tidur luar sebab bilik tak bukak kipas. Memang macam sauna lah. Dah lah siang pun macam sauna jugak tak bukak kipas..malam pun seksa. Nasib seminggu je muahahaha...

Masuk minggu kedua, sakit pinggang pun hilang..duk rumah mak, nasik makan hidang tapi dia punya tabur black pepper tu macam tak nampak nasik dah. Nampak macam makan black pepper je..Halia macam makan sekilo. Pasrah je lah. Telan lah jugak. Ye lah mak kene make sure I berpantang betul-betul sebab masa dia dulu tak berpantang sangat. So ada kene bentan..bila tua ni dia cita, ada masa dia datang angin sejuk tu..sampai menggigil. So dia serik. Dia tak nak I kene macam tu.

So, ladies...sila lah ikut betul-betul berpantang ni. Mungkin kita tak rasa effect dia masa muda ni tapi tua nanti jangan badan kita tak sihat sudah lah. Jangan langgar pantang...even pantang gugur ni sekejap je, tapi pantang gugur yang kne strict sikit. Tak adalah nak berbengkung bagai sebab rahim tak bengkak kan..tapi pantang makan tu yang penting.

Ok lah uolls...nanti cita lain pulak k.

 Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60


3 comments:

  1. Tu lah kan...allah dah tetapkan untuk setiap orng..cuma kita ni je samaada tahu ke x nk hargai...cik mah doakan moga ada rezeki lagi cepat2 lepas ni..take care ye...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..thanks for sharing story ni...

    ReplyDelete
  3. Thanks Cik Mah..sekarang duk memperbetul period dlu. lepas ni mungkin akan berusaha ke arah itu hehee

    ReplyDelete