Friday 11 July 2014

Family Trip - Hong Kong (Day 1)

Assalamualaikum.

Seminggu sebelum puasa, me and family buat short getaway ke Hong Kong. Total yang pergi 9 orang. Pergi pulak without tour guide. Yang jadi tour guide I dengan hubs. Hubs sebelum ni pernah pergi HK tapi a few years back. So ada yang ingat-ingat lupa, tapi boleh harap sebab bab jalan jarang sekali fail. Kalau I sorang nak guide, harus sesat sampai ke mana hala pun tak tahu hahaha.

It is tough task bila kene manage orang yang begitu ramai. Kalau jauh-jauh, I pernah travel paling ramai pun 4 orang. Untuk muat ngam-ngam taxi. Jangan lebih 4 dan jangan kurang. Tu tips untuk backpackers okey. Kurang rugi, lebih pun rugi sebab ada cost sharing disitu. Kalau nak ramai biar muat MPV terus. 

Berbalik pasal HK, flight jam 8:55am dari KLIA 2. Macam biasalah, Air Asia paling murah dan nak buat apa spend more untuk flight. Janji sampai.

So, malam tu semua berkumpul kat rumah mak. Esok pagi-pagi abah booked taxi MPV nak ke airport. Cost me (eh..cost abah hehe) RM180 sehala dari Balakong ke KLIA 2. Kami bertolak awal jam 5 pagi sebab nak subuh di airport. Senang..tak payah kelam kabut dan issue tertinggal flight ke apa (I dah serik tertinggal flight).

 View from the departure gate

 Us

 The Family=)

Lepas dah solat, we all decided nak ke departure hall awal-awal. Saja nak bersiap-siap kot-kot ada kemungkinan yang tak diingini berlaku. Memang patut awal pun..sebab nak ke gate bapak jauh. Serius. Nasib my SIL ni pregnant 5 months, so kami saja spare wheelchair pinjam nenek punya. Tak sia-sia dia duk kat wheelchair sbb KLIA 2's staff suh naik buggy ke gate. So yang pompuan ni tumpang sekaki. Yang laki jalan kaki je lah.

The sisters..(jangan tanya kenapa yang 2 orang lagi muka lain=p)

Dah sampai awal dekat gate, apa lagi yang boleh buat untuk membunuh masa (killing time) selain selfie. Ada pulak yang jenis gila bergambar. So bertepek je lah dengan I sebab yang lain malas nak pasang monopod. 
Bila dah awal, masuk gate awal..so semuanya selamat tanpa ada sebarang masalah. Flight ke HK ambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. 

Blue sky

 The red lips

 Yang sebelah tu sibuk duk habiskan battery hp wife dia. Main game je keje

Time to serve

Sebelum sampai di airport HK, flight tak boleh landing lagi since ada flight yang perlu buat emergency landing dulu. So kami berlegar-legar kat atas lagi lebih kurang 45 minit sebelum landing. Masa tu rasa takut pun ada sebab flight langgar dan masuk dalam awan yang tebal. Bergegar-gegar. 

Masa dah sampai tu tak ambik gambar ke apa, terus tuju ke Popeye. Yang ni je dapat halal dan diyakini boleh makan. Instead signboard Popeye pun ada tanda halal. Tapi bila dah makan dekat airport ni tahu-tahu saje lah. It cost u lebih kurang RM30 per plate. Ada 2 pcs chicken, scone, fries dan soft drink. Nak buat macam mana, bila dah duk negara orang, jangan lah duk convert..takut tak lalu nak makan nanti. Being me yang dah pernah duk oversea..so bagi I okey je. Janji kenyang dan ada tenaga nak angkut bag. Jauh lagi perjalanan kami ni.

Licin..
 
Bus stop

Apa yang pertama kami buat masa belum decide nak naik apa? Kami beli OCTOPUS card dulu. Ni wajib ada. Setiap sorang perlu spend HKD150. Credit ada HKD100, yang lagi HKD50 adalah refundable deposit. Dapat masa kita hantar kad nanti. Kira sewa lah.

Kami tak naik express train tapi nak bas N21 nak ke Nelson Street, Mong Kok. Kalau nak baik tak perlu tukar. Cost untuk sorang HKD 33. The cheapest I think. 
Monitor dalam bas yang tunjuk arah tuju bas N21

Bas dekat HK memang senang je nak guna. Cuma kita just confuse mana nak berhenti. Kami berhenti di station ke-6. Lupa dah nama apa. Kami find out yang station ke-6 tu lebih dekat nak ke Nelson Street.
Masa sampai tu, station tu rupanya agak dekat dengan Mong Kok MTR Station. So nak ke Nelson St tu memang straight je jalan. Bila dah jalan tu perasan yang Ladies Market hanya walking distance ke apartment yang kami nak duduk ni. Elok pulak duk tengah-tengah antara MTR station dengan apartment. Memang akan singgah tiap-tiap malam lah hehe.

Map

Proses mencari apartment pun memakan masa yang lama. Nak mencari yang ada 4 bilik memang susah nak mati sebab apartment di HK semua kecik-kecik. Jumpa 1 ni pun dah cukup alhamdulillah. Kenapa kami cari 4 bilik? Sebab yang dah kahwin termasuk mak abah ada 3 couple, adik perempuan 2 orang dan yang laki sorang tak ada masalah kalau tidur dekat sofa bed.



 Apartment yang kami tinggal semasa di HK 
(source : airbnb.com)
Click SINI

Apartment ni memang cantik. Cuma bila tengok dalam gambar nampak besar tapi sebenarnya tak lah besar mana. I rasa apartment ni asalnya bukan 4 bilik, cuma tuan rumah renovate jadi 4 sebab bilik ngan-ngam letak 1 queen bed dan 1 almari/drawer. Yang best, memang semua lengkap. Dengan towels, tv, high speed internet, mesin basuh, periuk nasik, kuali, pinggan mangkuk dan lain-lain.
Kami tak angkut periuk belanga dari Malaysia sebab I refuse tak nak bawak sebab memang akan lebih access nanti. Being mom yang nak bawak segala bende tapi dengan anak yang tak nak bawak sebab I tahu susah nak angkut semua tu..so solution adalah I beli serbuk samak tu. Kebetulan ada halal fest di KLCC, terjumpa terus beli. Kan dah selesai masalah. Betul pun cakap I. Access baggage ngam-ngam 40kg (beli 40kg je untuk luggage yang lain kuat lagi bawak backpack je lah).

Pada yang masih mencari serbuk tanah liat, boleh beli online di SINI.

Satu botol kecik dah cukup untuk sama pinggan mangkuk sudu garfu dan segala barang masakan. Tak perlu beli banyak-banyak pun.

Aktiviti lepas sampai :

1. My mom samak barang dapur

2. I and hubs pergi beli semua tiket park sepanjang berada di HK di CTS. Kumpul duit HKD1,000 sorang. Tak perlu beli awal-awal kalau pergi bukan masa festive season atau new year. Sebab tak perlu takut tak ada tiket sebab akan ada punya. So far CTS je yang offer the cheapest ticket. Cuma bear in mind bila beli kat kaunter, diorang kurang faham english.

Tiket / Harga (seorang)
Ocean Park / HKD262
Disneyland / 430
3-1 Combo (Madame Tussaud/return tram/sky terrace) / 229

Total : HKD991

3. Beli barang dapur di ParknShop. Walking distance dari apartment juga. Just nak beli air mineral, susu dan telur. Yang lain semua dah angkut dari Malaysia termasuklah maggi, mee goreng segera, beras, ikan bilis goreng dan macam-macam makanan dalam tin.

 Lebih kurang macam Tesco Extra..kecik je yang dekat apartment ni

4. Lepas asar, kami ke Victoria Harbour/Harbour City. Tiap-tiap jam 8 malam ada light show dan tengok the iconic junk boat. So naik train ke Tsim Sha Tsui. Exit mana I dah lupa..tapi jangan risau sebab signboard di HK sangat membantu. 

 This is one of the top 5 luxury junk boats named Aqua Luna. Actually ada restaurant atas boat ni.

 Panorama

 The other side of HK island

 Us again

Light show

Lepas dah habis light show, kami just jalan-jalan sepanjang harbour tu. Nak ambik gambar dengan characters yang ada kat tepi tu macam Bruce Lee, memang kurang cantik sebab malam dan ramai orang.

Pastu pulak..Malaysia bukan main femes dengan monopod, kat sana orang pandang pelik kat I. Masa ni adik I malas jugak nak pasang sebab HP dia lupa charge. HP I jadi mangsa. Semua gambar di HK guna HP sahaja. Gambar dalam camera belum transfer.

Padahal kan (sambung pasal monopod), kita pun import bende alah tu dari China which berjiran je dengan HK. I suspect yang ramai malam tu adalah tourist dari China sebab dari segi pakaian nampak kekampungan sikit dan kebanyakkan datang dengan group yang ramai dan siap badge kat dada.

So, adalah yang ambik gambar I usung monopod ke hulu ke hilir berselfie. Lagipun kalau dah I yang berjalan, I memang nak gambar yang banyak untuk kenangan. So, dari sakit hati tak ada yang nak melayan ambik gambar..selfie sudah. Apa ada hal kan.

Jom layan gambar lagi dekat Avenue of Star.









Gambar kat atas ada je yang menepek sebab nak bergambar hahaha..semua cakap "cepat ikut Along" hahaha..

Masa dah last-last nak ke tengah malam ni semua dah penat. Ye lah, dari Malaysia bangun kul 4 pagi. Tak tidur even single second pun. So moh lah kita pulang.

Bukan setakat pulang ok..yang larat lagi pergi ke Ladies Market. Since I tahu mak I boleh communicate dalam cina, baik ikut even penat kot. Tapi demi Ladies Market, ku gagahi jua..cewahh..

Spotted Malaysians hehe 

Nantikan Hong Kong Day 2.

Thanks for reading=)

Love,
Nurul

7 comments:

  1. Rinduuuuu HK ! I rs mcm nak repeat lagi. hehehe.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...rindu nak main kat theme park je..makan x rindu haha

      Delete
  2. AWK. CSI tu kat mana? mana nak beli tiket murah ke disneyland / madam tasaaud tu sume ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CSI or CTS? Kalau CTS..boleh refer kat sini http://www.ctshk.com/english/..kalau beli online ada charge so kne beli di kaunter. check kat mn dekat dengan u tinggal nanti

      Delete
  3. Ada tak gbr sebenar apartment t?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Felia..blh tgk dkt link ni sbb byk gmbr
      https://m.airbnb.com/listings/1079351

      Delete
    2. Felia..blh tgk dkt link ni sbb byk gmbr
      https://m.airbnb.com/listings/1079351

      Delete