Friday 14 November 2014

Pregnancy Travelog - 5 Months

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni genap 5 bulan pregnant. Banyak betul rintangan kali ni. Dengan tak boleh makan, dengan tak boleh bau bende busuk..eh yang wangi pun jadi busuk, dengan pemalasnya, dengan sensitif asyik nak nangis je bila tak tahu nak makan apa...macam-macam.

Bila dah sedar-sedar hari ni cukup 5 bulan, syukur pada Ilahi dengan kesempatan yang diberikan untuk jadi ibu ni. Rupanya bukan senang nak ada anak ni. Perlu tanam sifat tabah dan sabar tu lebih-lebih. Tu belum lagi bila dah keluar anak nanti. 

Syukur jugak ada hubs yang banyak membantu. Walaupun tak pregnant sebelum ni, bab kemas rumah dah basuh baju memang hubs buat. Tak paksa tapi dia sendiri-sendiri nak buat. So, dah ringan beban kat situ. Cuma dia tak lipat baju I je sebab katanya baju perempuan banyak bentuk hahaha

Actually, kami tak sangka pulak rezeki datang masa bulan puasa hari tu. Maklum lah baru je balik dari berjalan sebelum puasa, penat pindah rumah pun tak hilang lagi..dengan project kuih raya lagi..tetiba rezeki datang pulak time tu. 

Sepatutnya masa raya ke-4 dah period, sekali macam lewat seminggu..mak ni selalu lah mulut masin, dia cakap mengandung tu..siap kira brp bulan lagi. Tapi masa tu sedapkan hati kata tak kot sebab bulan lepas pun period awal seminggu. Tapi memang betul pun..mengandung dah sebulan ms tu. Hasil bulan puasa hehehe..

Bulan Pertama
Tak ada rasa loya-loya pun. Steady je. Semua bende boleh makan. Masa ni pun confuse, berat badan naik 2kg sebab makanan masa raya yang hari-hari nasik dagang (raya belah terengganu tahu ni) or naik sebab mengandung.

Bulan Ke-2 sampai ke-4
Dah start morning sickness lepas lunch hour sampai malam. Maknanya pagi no problem at all. Kalau orang cakap pengalaman muntah pagi sampai kuar air hijau.. I yang tu tak pernah. So I tak tahu macam mana muntah hijau kuning tu. Tapi alahan I adalah :

  • Tak boleh bau sabun basuh. Walau lalu dekat mesin basuh dan ada bau sabun pun, dan dan tu jugak I akan muntah. Walau baru je makan 1 minit lepas. Lepas tu lapar.
  • Tak boleh tengok minyak masak. Rasa nak muntah dan-dan tu jugak. Ini mungkin kes sebelum pregnant, I memang amalkan makanan seimbang (konon) dengan contral calories intake everyday. Jadi I masak everyday untuk bekal pergi office.
  • Tak boleh masak, bau orang masak, bau makanan, makanan yang tinggalkan bau yang kuat..jadinya I makan je tapi memang takkan kekal dalam perut pun. Makan sebab ambik syarat je. Dah lah tak boleh masak, makan kat kedai pun tak boleh. Jadi kena bungkus je.
  • Bau tudung lepas masuk kedai makan, bau minyak wangi, bau badan orang..even bau mulut sendiri pun tak boleh. Jadinya I akan aware dengan keadaan sekeliling dan akan gosok gigi or kumur mulut selepas makan. I tak muntah kalau gosok gigi tapi I akan muntah kalau tak gosok gigi lepas makan huhu.
  • Tak boleh minum susu. Rasa pahit sepanjang hari. Ini memang parah untuk I bila nak breakfast. Ini adalah padah bila sebelum pregnant, pagi-pagi memang I akan minum fresh milk dengan cereal everyday. Sampai sekarang pun tak berani nak minum susu sangat. Jadi penyelesaiannya, I buat ais krim sirap bandung je. Since mengandung ni suka sangat air warna merah, jadi sirap bandung adalah yang paling ok nak campurkan dengan susu kambing. Jadi tiap-tiap malam lepas dia akan makan 2 batang ais krim hehe. Selesai masalah minum susu.
  • Breakfast hanya boleh makan nasik lemak + roti canai je. Makanan yang nak sangat dielakkan masa control calories tu dah jadi makanan kegemaran pulak. Selama 2 bulan I hanya makan tu je untuk breakfast sampailah I boleh makan roti, mee dan segala macam lain lagi. Bila tengok nasik lemak jadi muak pulak sebab hari-hari makan.
  • Makan chocolate rasa pahit tapi tetaplah makan jugak sikit. Sebab I memang tak suka kalau biskut or whatsoever makanan yang ada perisa strawberry etc. Jadi untuk elakkan lapar..beli saja. Makan pun kene beringat lah supaya beringat.
  • Sebelum pregnant juga selalulah buat infused water. Hari-hari akan bawak 2 liter infused water untuk minum kat office. I selalu buat guna citrus and berries. Jadinya bila dah pregnant ni. Lemon memang tak pandang langsung. Jadi nak minum lemon n madu panas malam-malam or pagi memang tak kesampaian lah. Sampai kecut lemon dalam fridge. Berries pun tak pandang. Lagi lah kalau tembikai n betik. Pahit semacam buah tu. Yang orang lain makan manis bukan main, I boleh komen tak sedap n pahit hahaha..Ada sekali I makan laksa (berangin) dengan tembikai..boleh I muntahkan tembikai saje. Laksa seurat pun tak keluar. Sama lah dengan megi tapi sebolehnya tahan tak nak makan megi kecuali ada lah terlepas 3 4 kali sebab lapar sangat-sangat lepas muntah.
  • Kes suka sangat infused water tu..sampai 2 liter sehari...bila pregnant ni jangan berani minum air banyak-banyak. Setengah mug tu pun dah banyak. Air masak memang tak berapa nak laku sangat. Minum pun sebab memang kena minum. Kalau terlebih, terima lah padah nasik berenang-renang dalam perut dan muntah balik.
  • Masa pregnant yang 1st dulu (tak jadi), I langsung tak boleh minum nescafe. Minum je muntah. Sampai migraine seminggu sebab nak hilangkan ketagih tu. Ye lah, masa tu everyday nescafe. Kalau tak minum akan rasa lemau je. Tapi lepas je dari tu, I minum kopi O..sampai lah sebelum pregnant. Tapi macam biasa lah kan..yang suka tu jadi tak suka. Terus lah sekarang kopi O boleh hirup sikit je. Kalau tak rasa nak muntah.
  • Banyak lagi bende-bende kecik lain..
Sampaikan kawan I cakap, jangan nanti anak I keluar pakai crown. Semua bende tak boleh buat dan makan hahaha..Hai lah anak..janganlah nanti bila keluar cerewet sangat. Pening kepala mom nak handle.

Bila dah dekat 5 bulan ni, baru lah berat naik..naik mendadak jugak lah kalau 2 minggu naik dekat 3kg. Turun berat risau, naik berat pun risau hahaha..Tapi nak control macam mana kan kalau asyik lah lapar. Malam pun nak makan. Tak dan dan nak makan kalau dah lapar tu. Jadinya dalam kereta, dalam handbag, kat office..ade je lah bekalan. 

I sekarang hanya amalkan makanan sunnah. Makan qaseh gold adinda saje sebab ada semua. Pagi je sebab kadang malam terlupa hehehe..pastu kunyah kurma n raisin kalau lapar sangat. Cuma insyaAllah nanti nak beli kalsium dan fish oil dan amalkan VCO start dari 5 bulan ni. Tapi yang pasti, sampai sekarang I tak boleh makan obimin. Muntah macam morning sickness biasa. Jadinya doc suruh stop je. So far, perkembangan baby normal. Alhamdulillah..
Thanks for reading=) 

Love, 
Nurul

2 comments:

  1. Nurul.

    I rs most of yg u alami 80% sama dgn i. HAHAHA.
    i pon makan roti canai je.. last checkup berat pon turun 7kg T_T
    i due May nanti. heeh. i rs selang 2 bln dr u kot?

    ReplyDelete
  2. I confirm next check up kne marah kalau naik macam ni hehe..nak control tp xblh. Balas dendam kot sbb sblm ni xleh mkn kan..i due awal april tp i suspect end march dah kuar kot hehehe..

    ReplyDelete