Thursday 27 November 2014

Pregnancy Travelog - Supplements dan Makanan Sunnah

Assalamualaikum.

I nak share apa yang I amalkan (walaupun kadang tertinggal jugak) masa pregnant ni. I baru je start makan sejak nak masuk 5 bulan ni. Sebelum ni just amalkan kurma dah kismis untuk hilangkan pahit mulut dan kudapan lepas lunch. Supplements lain tak makan lagi sebab still muntah.

So cukup je 5 bulan, apa yang I makan adalah :-

Double Strength Fish Oil - GNC

Ni kalau tak makan pun tak apa, tapi bagus untuk otak baby. Nak beli brand lain pun boleh. Banyak brand yang ada kat market sekarang ni. Even GNC siap ada yang triple strength lagi. Tapi I just beli yang double strength. Jimat pun jimat sebab makan sebijik sehari dah cukup. Kalau beli brand lain, ada yang suggest makan 2-3 bijik sehari. Eventho a bit costly, tapi benifit comes with the price hahaha.

Source SINI

B-Complex - Shaklee

B-complex ni tak beli pun. Kakak ipar kasi. Dah lama terperam tapi being me yang pemalas makan semua bende alah macam ni, sampai sekarang baru bukak.

Nak tahu benefits B-complex, click SINI


Kalsium

Pil kalsium tak ada brand apa-apa. Just mintak dekat klinik je masa check up. Doktor tak suggest pun makan tapi I yang mintak sebab sakit pinggang. Padahal kalau ikut history, sakit pinggang I tak boleh buat apa pun sebab memang dari sejak belum kahwin lagi memang ada masalah pada pinggang. Tapi kita tawakkal je lah. Just bekalan untuk baby since susu dan kekacang kurang boleh minum/makan.

Benefits kalsium click SINI


Kapsul Virgin Coconut Oil - Catalyst

Ni bagus especially untuk melancarkan masa bersalin nanti. Masa dah masuk 7 bulan, cuba sapu yang liquid dekat private part. InsyaAllah kurang koyakan.

Benefits of VCO click SINI


Susu Kambing - Nutri Goat Miracle 8

Yang ni mak bagi. Memang susu kambing ni tak bau dan tak manis sgt. Sebelum ni kalau I nak minum susu tepung yang kene bancuh sendiri memang kirim salam lah. Sebab I ada sejenis penyakit geli dan nak muntah. Ntah hapa-hapa kan..tapi susu kambing ni, memang best. Since tak boleh minum direct, I buat ais krim. Minggu ni perisa jagung. Bancuh susu dan jagung dalam tin tambah madu sikit dan without perasa tiruan. Bila dah habis susu ni, nak consume yang pil pulak. Tak payah buat ais krim dah hehehe.

Ni untuk elakkan anak jaundice ye..sila minum ye ibu-ibu sekalian. Even yang akan jaga I seminggu masa pantang nanti pun dah pesan awal-awal suh minum susu kambing untuk elak anak terkena jaundice.
 

Qaseh Gold Adinda

Ini adalah sangat bagus. I amalkan masa bulan ke-3 lagi. Bagi I, QG ni bagi tenaga lebihan. Bukan main lagi aktif masa ni walaupun muntah-muntah. Mengandungi makanan sunnah dari kurma, buah tin, madu etc. Click SINI for more info.

Kurma + Kismis

I jadikan kudapan seharian. Bawak bekas tupperware kecik dalam handbag. Senang makan kat mana-mana pun. Kadang sebekas pun habis sehari. Buat hilangkan pahit mulut pun ya. Dari kita kunyah makanan yang tak berkhasiat untuk baby, baik kita makan makanan sunnah sebab baby makan apa yang kita makan kan.
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan.


Barli


Seminggu sekali mesti buat stock air barli. Letak dalam fridge sebab buat banyak, kan. Barli juga adalah salah satu makanan sunnah nabi. Jadi kita boleh amalkan. Sure tak ada kesan sampingan. Dari minum soya konon kulit anak putih, tapi sebenarnya tu mitos je. Kulit anak putih tapi sensitif. Terlebih soya pun tak bagus. Tak caya sila google.

So, SAY NO TO SOYA!!

Minyak Zaitun

Sebolehnya I akan masak guna minyak zaitun. Ni memang dari zaman I diet lagi. Untuk yang guna minyak sikit boleh lah guna minyak zaitun. Kalau nak deep fry..mati lah iolls..mahal kot.

Almond + Tembikai + Anggur + Delima

Haaa...yang senarai atas ni ntah lah kenapa baby tak suka betul. Almond tu sebab bila burp ada bau kacang. Padahal bukan apa sangat pun kan. 

Kalau makan tembikai pastu makan bende lain pulak, tetap muntah keluar tembikai saja. Apa perangai tak tahu yang dalam ni. Cukup pantang kalau makan tembikai. Sampaikan bulan ke 5 baru rasa tembikai tu adalah tembikai, kalau tak..memanjang pahit. Tapi kebaikan tembikai ni mmg tak dapat disangkal lagi. Lagipun memang salah satu makanan kesukaan Nabi.

Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.

Anggur dan delima..yang jenis masam-masam sikit ni. Asal makan je, muntah lendir. Pastu tak berhenti-henti rasa nak muntah tapi tak keluar pun. 

InsyaAllah yang tak dapat makan lagi ni, bulan ke 6 atau ke 7, boleh cuba amalkan. Harapnya tak ada masalah dah masa tu. Nak masuk trimester dah kan. 

Kalau nak tahu lebih apa yang patut apa yang tidak patut diamalkan masa mengandung, sila lah buat research. Kalau kita sebagai orang Islam tak nak ikut apa yang Nabi suka makan dan sarankan untuk amalkan, kenapa orang Yahudi boleh. Kalau tak caya, boleh google amalan orang Yahudi start dari dia mengandung. Semua yang diorang amalkan, sama dengan apa yang Nabi amalkan.

Just sharing, kalau salah....tolong betulkan ya=)

Thanks for reading=)

 Love,
Nurul

0 comments:

Post a Comment