Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran. Tup tup dah keluar entry raya hehe..bukan apa, bz lah sepanjang ramadhan dan sebelum-sebelum ni. Tak sempat nak jengah.
Tahun ni turn balik Terengganu. Akak happy uolls. Sebab belah akak semua kecok-kecoh banyak aktiviti nak buat. Aktiviti makan saja dari pagi sampai ke malam. Sebelum raya lagi dah ada menu nak makan apa raya pertama sampai ketiga. Raya ke-4 dah ada kenduri dan balik ke KL.
Tahun ni pun mak relex..makanan dah tempah dekat tok sedara. Dia masak memang 1st class lah. Hubs akak cukup suka kalau dengar Mok Tie yang masak. Nak-nak gulai kambing. Dia punya tak sabar nak makan tu lain macam mengidam dia.
Macam biasa raya pertama mesti nasik minyak + ayam merah + gulai daging + acar nanas. Raya ke-2 nasik dagang ikan aye (ikan tongkol). Raya ke-3 bakar sate (sendiri) + kuah kacang + nasik impit..tengahari masak singgang pedas terengganu je sebab malam ada aqiqah anak cousin. Aqiqah kali ni lauk gulai kambing (sedap nak mati) + ayam masak merah + ikan goreng + ulam-ulam + nasik putih.
Amacam..meriah tak? hehe
Amacam..meriah tak? hehe
Tahun ni pulak Aqeel dah boleh jalan. Jadi jahitkan dia baju melayu siap sampin. Tapi kain baju dia tak sama dengan kami sebab belikan dia kain cotton. Terengganu panas ting ting...so budak-budak baik pakaikan kain cotton saje. Boleh lah dia bertahan sampai tengahari.
Orang lain pg sembahyang raya..dia mengamuk cari-cari tak ada orang kat rumah..keluar masuk bilik tak ada orang gak..habis mood ke laut pagi ni. Umpan makan kuih kapit.
Gambar bertiga yang paling berjenis (elok) sekali. Tu pun ce tengok mulut Aqeel...penuh cookies dalam mulut.
Ingat boleh nak ambik gambar cantik-cantik kalau ada toki dia..memang tak lah..
Cari kain cotton yang ada sikit-sikit color purple memang susah. 2 kali ulang pg sportlight..last2 beli yang black & white saje..lantak lah Aqeel..Asal ada sampin.
Tahun ni raya salam toki ye..mummy pun kemain susah nak salam.
Aktiviti petang raya ke-2..sebenarnya mummy yang nak mandi. Dah lama tak mandi laut. Aqeel mula-mula nak pijak pasir pun tak nak..nak masuk air lagi tak nak tp mummy tak kesah, nak tak nak ko masuk jugak dalam air..sudahnya suka sampai tak nak naik hehehe.
Dia punya excited tengok batu dan ayam..toki bawak round motor..habis sekampung dia tegur ayam..duk huuuuhuuuu (konon bunyi ayam). Memang tak duk diam kalau ada ayam. Kesian budak bandar ni. Biasa tengok ayam goreng je hahaha.
Tu je lah serba sedikit aktiviti raya tahun ni. Sebenarnya tak puas lagi tapi apakan daya, nak kene balik kerja pulak. InsyaAllah akan balik lagi bulan 8 ni untuk aktiviti seterusnya hehe..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN!!
Thanks for reading=)
Love,
Nurul
0 comments:
Post a Comment