Monday, 13 February 2012

Rezeki

Assalamualaikum...

Hari Sabtu hari tu I and E.T a.k.a en tunang (macam alien plak letak initial =p) pergilah melawat Matta Islamic Fair dekat SACC dengan harapan boleh dapat ticket ke Jakarta bawah RM400. Malangnya tak ada pun. Paling murah pun RM480++ naik KLM. Tu beli online sendiri pun tak apa. Diorang ni banyak offer skali dengan ground package which is kami tak nak pun. Kami prefer flight tic and hotel je sebab dah plan untuk ambik teksi je. Rasanya lagi murah. Pergi Jakarta pun untuk shopping barang kawen and maybe kalau ade affordable doorgift, why not grad je kan. Pasal kad plak memang ade option, either nak tempah sana or I can design a very simple card. So no problem at all. Yang penting budget mestilah diluluskan oleh yang berkenaan.

Actually mula-mula our plan, my parents akan ikut sama. Ye lah..namenye duet diorang kan ;). At last mak cakap tak jadi ikut lah sebab bulan March diorang anak g Korea untuk family trip company abah and family day family kitorang kat Singapore masa cuti skolah nnt. 

So, me and E.T ok lah tapi takkan kami nak g berdua plak kan. Harus tetibe landing je kat Jakarta tengok abah I pegang parang..haha..So, we decide untuk cari lagi 2 orang. Ngam-ngam kalau naik teksi 4 orang kan. So far maybe adalah kot kawan-kawan I nak ikut. Apa-apa pun kene cari ticket dulu. Semangat nak g Jakarta nak beli kain ni. Lace kan murah-murah kat sana.

Memandangkan I tak ada rezeki lagi untuk keje lepas diperdajalkan oleh manager tempat keje hari tu..so I risau gile kot. Mana nak dapat duet nak buat kawen ni. Memang hari-hari fikir pasal keje. Rasa macam loser. Orang lain yang not in my shoes senang lah cakap, "elloww, u're master degree ok..senang je nanti dapat"...Adoi, masalahnye ape ada dengan master degree tapi I tak ade keje? Tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan pun. Tapi satu je lah I percaya, Allah yang memberikan rezeki dan Dia tahu whats the best untuk hamba-Nya. Kerja I hanyalah usaha, usaha, usaha dan tawakal je seoga diperudahkan segalanya. I percaya satu hari nanti ada rezeki untuk I jugak. 

Tak boleh dah nak type entry pasal kerja. Rasa sedih. Apa-apa pun I berserah semuanya pada Dia. Kalau ada yang baca blog I ni, harap korang doakan semoga I dimurahkan rezeki=)


Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment