Thursday 24 May 2012

Accidently Accident

Assalamualaikum... 

Sepanjang I ada lesen dari umur 18 hingga lah sekarang ni, kira lebih lah 9 tahun I drive...tak pernah pulak I accident seteruk ni. Kalau ada pun sekali tu pun bukan I yang drive. Masa 7 tahun lepas, teruk jugak accident dengan 7 kereta dan kitorang duk no. 4. Tengah-tengah. Kejadian tu berlaku dekat tol Gambang menghala ke Terengganu.

Minggu lepas, hari Jumaat pagi on the way nak pergi keje, I drive dengan berhati-hatinya dekat Seremban-KL Highway. Sampai dekat-dekat dengan Shell dan plaza perabot yang besar tepi highway tu, I berhenti sebab depan I dan start jam. So, I masa tu dekat lane tengah dan I tengah berhenti. Bile berhenti, I automatic tengok cermin belakang. Masa I pandang tu I dah tengok kereta viva ni laju gila. I budget dalam 70 km/h macam tu sebab belakang I memang lengang dan boleh speed lagi.

Masa minah viva tu hentam, kereta I terkena pulak kancil kat depan. Kiranya I mcm touch ckit tapi maybe sebab bahagian bonet, so nampak kemek tu berlebih pulak. Depan kereta I sikit je. Sikit-sikit pun kene baiki jugak lah. Dalam kemalangan ni, I duduk tengah-tengah. Nasib tak kene saman. Dan nasib jugak masa I buat report tu, I baru sambung lesen. Sebelum tu lesen I dah mati sebulan lebih dah. 

Pengajaran kat sini, lesen mati cepat-cepat pg buat baru. Nanti jadi apa-apa dekat tengah jalan, kene saman lagi, didakwa bersalah lagi, silap-silap tak dapat ganti rugi. Kan cari nahas namanya tu.

Sekarang Myeg boleh buat sambung lesen secara online. Charge RM5 je untuk postage. So apa lah sangat dengan RM5 jika nak dibandingkan dengan kos dan masa nak pergi pejabat pos kalau pejabat pos dengan tempat bekerja jauh, jalan sesak, pejabat pos penuh dari buka sampai tutup dan kene bayar parking..kan?

Masalah I yang nak marah sangat dengan minah yang tak berhati-hati tu...satu, minah tu langgar kereta I sebab dia pusingkan muka ke kanan dan melambai which is I tak tahu dia melambai siap masa tu sampai dia main langgar je tak ada break dah. Bayangkan I yang tengah berhenti ni, kena hentam kuat macam tu, so memang teruk lah.

Dua, even bukan I yang bayar kereta ni, tapi I yang drive selalu. Yang masalahnya, I belom sempat bayar lagi 1st month. Sedih ok, sedih!! bapak I lagi sedih.

Tiga, tak saja-saja I kene pergi buat report polis dan mengambil masa yang lama untuk buat kebetulan hari tu ramai yang amat

Empat, kan I dah tak ada kereta sekarang dan I tak suka drive kereta bapak I. Susah lah kalau jam. Penat sebab berat dan besar. Dah lah parking dekat office tak proper. Then I kene pinjam kereta adik tunang I. Tu pun agak segan jugak sebenarnya.

Lima, setiap pagi nak pergi keje, I rasa berdebar-debar dan takut bila sampai tempat jam, dan ada kete lagi belakang I. I takut kene hentam lagi. Sakit tau. 2 hari lenguh badan dan tangan sebab terhentak kuat tak stereng.

Enam, I takut nak drive kete orang, kot-kot jadi apa-apa kan. So, rasa tak best. Rasa terlampau berhati-hati sampai ada bunyi sikit I rasa mcm...takutnya.

Tujuh, even accident ni dua-dua kereta claim orang belakang skali, tapi kerete I dah kene cabul lah. Tak pasal-pasal bodo dah 2nd hand. Kesian kerete I. Tak bersalah pun.

Ok lah, korang layan je lah gambar kat bawah ni. I delete plat kerete I je, yang lain malas. Lantak korang lah.
 Depan kereta I tak ada jejas sangat. Dalam gambar tak berapa nak nampak yang bonet tu dah lari sikit. Ternaik ckit dan plate kete tengah-tengah tu pecah seribu. Cuma tak jatuh je. Ok, plat kerete perodua kukuh.hehe

 Belakang...sedihnya tengok. Kat luar lagi nampak teruk. Kesiannya kat kete I ni. Kira baby lagi='(

 Kerete depan..banyak jugak kemek tapi kerete I tak lah teruk sangat kat depan

Kerete yang langgar belakang I. Bab* punye pompuan. Tak boleh berhati-hati ke drive kerete?

I nak pesan pada semua, drive hati-hati even orang lain tak berhati-hati pun.

Thanks for reading!=)

6 comments:

  1. me punya kereta dah 3 kali langgar baru hantar workshop..kena langgar dengan budak sekolah yang bongok dah lah dtg U orang tp bawak kereta laju2 and bapak dia polis yang bodoh gile!benci..
    teremo plak..tapi saya paham apa yg anda rasa..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan..tp tu lagi dahsyat dah 3 kali..ni skali dah cukup lah.xlarat nak tgu lama2 kete duk dlm bengkel=)

      Delete
  2. salam kenal..:)
    kdg2 kita drive da pnuh berhemah tp org len lak wat cm jln parents dia je.hihi..sy bru dpt lsen P tp xbrani drive kat KL. jln sibuk memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal too=)...kene lah brani2 drive, baru nnt tak takut dah..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Sabar je lah...bende dh jadi dan ada hikmah disebaliknye:)

      Delete