Thursday 16 August 2012

Raya..yeay!!

Assalamualaikum...

Preparation tahun ni rasa macam tak semangat langsung nak prepare baju raya. Baju pun mak belikan masa pergi China masa bulan 3 hari tu dan english cotton masa dia pergi Jalan TAR. Luckily mak pilih cotton yang macam I jual sebelum ni. Tebal dan quality lah jika nak bandingkan dengan orang yang claimed english cotton tapi bila pegang nipisnye lah.

Ada jugak baju raya bakal mak mentua bagi masa dia pergi Vietnam hari tu. Cuma kena alter ckit sebab labuh dan letak sponge bahu yang elok sikit. Even tho color baju tu oren + biru gelap, bila pakai nampak sesuai lah jugak. Pakai je lah nanti. Nak beli baju Jovian, malas nak terjah First Lady dan beli dengan Zalora. Takut tak muat tang pungkoq=p. So lupakan saje.

Untuk tudung pulak tahun ni I terjah butik Sugarscarf lepas kecewa dengan Jalan TAR yang fashion tudung memang out lah bagi aku. Lagi-lagi bila I try tudung chiffon 3 layers tu. Dah lah free size, I ni pendek, terus rasa macam tudung saji je. 

Bila pergi Sugarscarf ni kura puas hati lah even kene spend more untuk tudung saja. Tapi bila fikir quality dan design, I tutup mata je bayar.

Ni antara tudung yang diborong..




Ok enough pasal tudung. Untuk kasut raya kebetulan dah ada heel Charles & Keith warna purple yang jarang guna, kira masuk je lah dengan baju-baju yang ada. Kalau tak masuk I anggap je color-block haha..tapi terbayang jugak macam mana rupa pakai baju oren+dark blue dengan heels purple. Macam keling kot nanti=p

Last few days I ni menggelepur nak beli fitflop. Setiap kali g Mid Valley, mesti pergi The Garden skali survey fitflop kat Robinson. Haram nak ada sales kan. Mahal nak mampus. Kalau beli memang kene ikat perot lah bulan depan. Skali pergi office on Monday tu, I try survey kat Fitflop UK, skaliiiiiii...tingggg!! SALES uolls...nasib tak beli lagi. 

Pilih punya pilih i berkenan ada lah a few tapi I pilih yang ni. Via Bar Urban White. Harga kalau tak discount memang tak beli lah gamaknya, tapi dah discount, kira pejam mata je lah.

will be mine


 his=)

I ingat nak kirim pada anak kawan I yang balik ke Glasgow for raya. Dan maybe aunty tu pun nak balik for good next month. So, i decided to buy online dan send to their house kan. Skaliii...

Sob sob...tak boleh beli guna credit card Malaysia, kena guna card yang sama address dengan tempat yang nak dihantar

Then I came out dengan idea nak beli guna paypal which I am a member but I have to change payment method dan address. So I tukar dari guna debit card dulu kepada credit card sekarang. 

Ok..paypal dah settle, I pun isi mana yang perlu di isi, tick bayar guna paypal, continue, log in paypal..skali terbaca pulak malapetaka lain masa nak continue to last step. Adoiii..

Masalah conversion pulak


Latest by 16 August, paypal charge RM1 = 0.196620 GBP. Maksudnye, kalau I beli around RM500, Paypal akan charge RM98++ untuk corversion rate dari Malaysia ke UK. Bapak mahal tu. So, memang big NO NO NO!!. Menaikkan kos dan lebih budget pulak. Nak menangis dah mase tu. Musnah haraoan dah rasa masa tu.

Fikir punya fikir, why not tulis status kat FB je. Mana tahu ada yang baik hati nak tolong belikan...I pun tulis status kat FB macam ni "Ada sesiapa kat UK nak balik Malaysia before raya or before bulan 9?" Sekali ada pulak kawan I nak balik Rabu nanti. Terus dia suruh PM apa yang nak dibeli, tapi dengan syarat next day delivery (yee..UK memang bagus online shopping dan sangat best pasal delivery ni). Tu memang tak ada masalah untuk next day delivery sebab charge hanya GBP5.95 which mean around RM30 je. Padahal above GBP 75 I dapat free shipping kot. Never mind...RM30 je.

Apa lagi, terus PM, email gambar dan link...tadaaaaa...siap. My fitflop on the way back from the UK dah. Hari Jumaat ni dapat. Yeayyy...ada kasut raya=)

Esok dapat, malam balik kampung, Ahad boleh beraya dari atas sampai bawah baru kecuali yang dalam tak berapa nak baru opsss!

See you in next entry.

***bos I dah start cuti, mana tahu esok ada entry raya lagi..hihi


Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment