Monday 13 August 2012

Review - Ramadhan Buffet

Assalamualaikum... 

Akhirnya Ramadhan hanya tinggal lagi seminggu sebelum menyambut Syawal. Tik tok tik tok dah dekat sebulan berpuasa. Sekejap sangat. Ramadhan yang paling best sebab perut meragam masa minggu pertama puasa saja. Mungkin baru nak sesuaikan diri berpuasa lepas lama tak puasa dan pengambilan supplements. 

Minggu pertama puasa banyak makan dirumah memandangkan tak best pulak nak berbuka kat luar tinggal mak, abah dan adik je. Mesti macam tak meriah je kan (padahal sendiri senyap bila jumpe makanan).

Bila nak masuk minggu ke-2 baru ada program berbuka diluar. Company abah buat berbuka puasa di Hotel Istana. Bagi I makanan tak berapa menepati cita rasa, plus masa tu pun perut tak sihat. Dengan harga yang diorang promosi sampai RM100++, bagi I tidak lah berbaloi even just nak try pun. Makanan so - so, buffet station tak menarik, tak banyak pilihan sangat, yang paling I tak suke, kenapa diorg x serve udang makanan kegemaran I? Tak lupa, bubur lambuk-not-so-lambuk sangat sedap. Terus I bagi 3 stars out of 5. Not recommended!

Ada jugak berbuka dekat Kampung Baru. Masa tu kebetulan nak shopping tudung dekat Jalan TAR, plus cuti hari Isnin bagi Selangor, so kami berpakat biar abah pg keje, kami bertiga yang perempuan ni ke Jalan TAR dan encik tunang bergerak dari office yang cuti tapi bos panggil keje (not cool at all=p). Masa tu kami berbuka dekat  Rosdet Tomyam. Sebelum pg tu I dah call siap-siap nak order ape. Malas nak berebut dan pergi awal. Memudahkan urusan. Dah lah jam macam haram. Tetibe polis ni gelabah tutup jalan dan I terpaksa pusing jauh. Dengan jam lagi, hujan lagi..sampai-sampai kat Jalan TAR dah kul 5. 

Masa nak order tu mak dah bagitahu, hari ni bulan mengambang, nanti ketam tak ada isi..Ye sungguh! memang tak ada isi sangat. Menyesal tak dengar cakap orang tua-tua.

Recommended and I bagi 4 stars sebab ikan 3 rasa dan tom yam yang best!

Minggu ke-3 ni, Sabtu dan Ahad I berbuka kat luar. Sabtu tu I ada gathering dekat Restoran Zam Zam, Shah Alam. Nearby Plaza Masalam tak silap I. Jangan tanya dekat section berapa sebab I memang tak tahu area Shah Alam kecuali Section 7 sebab selalu hantar adik ke Uitm.

For me, service dia suck. Suck tahap petala ke-7. Pilihan makanan dah lah sikit nak mam***, air pun xde air panas, tak ada plain water. Harap hall je cantik. I duduk kat tingkat 2, buffet station 1 je. Dengan makhluk dalam tu pun ramai, beratur bukan main panjang. I tak penah pg Ramadhan Buffet sampai kene beratur nak ambik air sampai depan I ade lebih dari 10 orang. Ni fisrt time I rasa punye lah nak maki depan-depan tu jugak. Person in charge pun sorang. Mula lah dia nak refill air dan makanan lambat gile. Memang down habis lah. Nasib lah tujuan utama bukan lah makan-makan sangat, cuma nak berjumpa dengan kawan-kawan yang lama tak jumpe. Tapi dengan harga buffet RM40 nett, ini adalah tak berbaloi langsung dan start dari hari ni, i boikot kedai tu. Tetibe!

Not recommended..2.5 stars out of 5.

Nasik arab...sedap tapi service suck!

Kak Ajan dan Zara yang dah dekat 2 tahun tak jumpa. Baru sampai Malaysia 2 3 hari terus demam

Semalam pulak (Ahad), I berbuka dekat PICC dengan geng office encik tunang. Dan jadi aktiviti wajib setiap kali puasa. PICC for me variety of foods memang banyak, dari nasik arab, meehun/mee sup, nasik kukus, murtabak, mee rebus, tempura, sate, buah-buah, kueh tak berapa nak banyak, kambing panggang, fish n chips  etc memang selera habis. Cuma duk tunggu diorang refill bahagian nasik kukus tu je yang lambat.

Tapi kami ada pengalaman yang membuatkan mood kami spoil habis lah. Sebelum pg kitorang dah book meja untuk 15 orang, siap deposit 50% (bukan sikit ok), datang-datang receptionist cakap meja dekat section b, skali kat section d. Masa misi pencarian tu, sampai dah azan, kami minum berdiri dulu. Memang tak jumpe meja, Jauh benor section b dan d sebab dipisahkan dengan island dekat tengah-tengah hall tu. Bila dah tanya dan diorang tunjukkan meja, meja dengan kotornye, tempat tak stategic, tak cukup kerusi, banyak pinggan dan gelas yang dah guna berselerak. Memang masa tu spoil habis lah. Memang tak ada mood nak makan. Rasa nak complaint dan-dan tu jugak. Memang geram lah sebab tengah lapar kan. Nasib makanan tak mengecewakan.

Recommended...3.5 stars out of 5!


 View from banquet hall

Maybe next year jika masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik, boleh cuba dekat Sime Darby pulak. Dengan cite best. So kita tengok sejauh macam best-nya tu=)


Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment