Friday 16 November 2012

HIV Test - Checked!

Assalamualaikum...

Since minggu ni cuti Deepavali dan Maal Hijrah selang sehari je, I dan incik tunang ambik cuti hari Rabu sebab malas nak keje cuti keje cuti keje cuti kang nanti ade je niat jahat ambik MC hehe..

So Isnin tu I memang spent masa untuk call klinik kesihatan yang available untuk hari Rabu ni. Biasa lah, last minute..sape nak terima kan. Boleh katakan almost klinik kesihatan area Selangor dan Kuala Lumpur I call dan paling awal boleh buat HIV test pada hujung bulan 11. Dah lah cuti tinggal sehari je, takkan nak cuti lagi kan. Dah lah tengah bulan 11, kalau buat akhir bulan 11, result klinik tu siap sebulan, pastu bila masa pulak nak hantar borang kebenaran nikah, dengan DIY banyak lagi tak siap, dengan nak kene balik kampung selesaikan semua bende lagikan...oh, pening kepala!

Bila dah call klinik kesihatan yang tak available untuk hari Rabu tu, I mencuba nasib pulak call klinik kesihatan daerah Sepang. Ada 3 klinik kesihatan, nampaknya klinik kesihatan Salak je yang boleh walk-in any hari dari pagi sampai petang dan boleh siap within 30-1 jam..Cepat, kan? Tak payah nak ulang pergi sebulan lepas balik. Ape lagi terus plan pergi pagi-pagi sebab agak jauh tapi ok lah kan sebab siap cepat. 

Kami sampai jam 8.10 pagi..ape yang kami buat
  1. Pergi ke kaunter cakap nak buat HIV test dan nanti diorang mintak IC untuk register. Kene bayar RM1 ye.
  2. Tunggu kat kerusi depan tu sampai diorng panggil dan diorang bagi angka giliran jugak
  3. Bila dah dapat nanti pergi ke kaunter saringan, bagi no angka giliran tu dan nurse akan bagi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan. Nanti korang isi lah mana-mana yang patut. Borang sekeping saja. Jangan lupa bawak pen siap-siap okey!
  4. Tunggu sampai angka giliran dipanggil untuk masuk jumpa doc. Doc tak ada ceramah apa pun selain dia tanya datang dengan siapa dan pergi buat ujian darah kat bilik no sekian-sekian. Masa ni kalau datang dengan pasangan, pasangan tak masuk jumpe doc pun, terus ke bilik ujian darah. Maybe depend pada doc yang bertugas kot
  5. Bila dah ke bilik ujian darah tu, letak no giliran dan borang yang diisi tadi dalam bakul yang disediakan dan tunggu. Boleh pulak masa ni alat angka giliran tu rosak, terpekik terlolong nurse dlm bilik tu. Ade ke dia pekik dari dalam, mana orang luar nak dengar since keadaan memang bising dan penuh orang. Dah lah bercampur dengan orang mengandung yang nak ambik darah. So sabar je lah ye
  6. Bila nama dah di panggil, tunggu je lah nurse tu cucuk. Since I ni memang jenis darah pekat, selalu ambik darah kene cucuk kiri kanan sampai 2 3kali, I antara penyebab kenapa lambat siap lah. Siap kene pusing-pusing kerusi sebab tak kuar darah belah kanan, nak cucuk pulak belah kiri. Cucuk belah kanan dah tenggelam jarum setengah pun tak dapat ambik darah lagi, cucuk pulak belah kiri. Kat tengah tak jumpa urat, kat tepi sikit pulak darah kuar secoet. Habis tu dah darah pekat sangat, nak buat macam mana kan. Nurse tu cakap macam darah budak kecik, sikit sangat hehehe..Dah lah I suke je tengok kene cucuk, nurse tu dah bising cakap jangan tengok nanti I takut tapi 3x cucuk 3x tengok. Sebab dah biasa. Kalau tak tengok lagi takut. Boleh gitu?
  7. Bila dah siap ambik darah, bawak darah dan borang tadi ke makmal untuk diorang buat ujian. Tunggu sekejap atau tunggu je diorng panggil nama, ambik borang dan pergi ke bilik doc balik. Masa ambik result tu, untuk perempuan nurse bagi I satu borang macam survey untuk perempuan. I isi je lah. Semua I tanda normal hahaha..
  8. Nak ke bilik doc tu tak payah nak angka giliran bagai. Terjah je bilik doc tu. Nanti doc  cop..tadaaa..dah lulus hehe..tapi masa ni I kene check ckit kat chest sebab borang yang I isi untuk perempuan tu doc akan tengok dan bagi kat doc tu.
  9.  Ok..dah boleh balik=)
Ujian ni ambik masa dalam 1 jam 45 minit tu pun sebab ramai orang nak buat ujian darah. Yang lain semuanya smooth. Ujian darah siap lebih kurang 30 minit sahaja.

Untuk senarai klinik kesihatan :

Sekarang boleh isi borang lain pulak yeay!

Thanks for reading!=)

0 comments:

Post a Comment