Thursday 13 December 2012

Product Review : Sally Hansen Cream Hair Bleach

Assalamualaikum...

Memandangkan beberapa bulan lagi nak kahwin, berdebar tak hingat pada bulu dekat atas bibir ni. Mau tak risau kang orang cakap kahwin laki sama laki pulak. So I pun busy meng-google segala macam teknik dari laser, waxing, treading dan plucking sendiri. Mana I boleh duduk diam macam tu je tunggu mak andam cukur je misai I, of coz I kene cari solution supaya misai I dapat disorokkan walaupun kadang-kadang tumbuh lepas cabut tu, bulu tu macam boleh sanggul (haa..dengar macam I ni sayang kat misai lebih kan hahaha). Hitam dan panjang. Kalau nak tahu macam mana misai I, hah..tengok gambar bawah ni.

See...perempuan misai bersama adik perempuan misai hahaha...misai I dah nak dekat sama panjang dengan adik laki I punye

Memandangkan laser ni I kurang percaya plus kos pun agak mahal dan sebab musabab utama adalah dulu ada satu hakak-hakak gedik kat opis lama buat laser, skali muka dia jadi teruk naik jerawat dan nampak burn, terus I say no no no pada laser. Takut uolls. Jangan nak cari pasal kang ada kahwin muka macam bencana alam. Mesti I jadi worst bride of the year haha

Waxing? Erm..I tak nak ajar sangat duk wax wax ni. Nanti asyik lah kene pergi wax. Lagipun I terbayang sakitnya wax ni. I rasa I boleh menangis kot. Dah lah kat upper lip, kalau kat kaki gigih lagi menahan tapi kaki I tak ada bulu sangat. Bulu semua tumbuh kat bibir.

Kalau bukan laser, bukan jugak wax..treading pun I tak nak. Sebabnya I pernah ikut kawan I buat treading, kuar air mata jugak. Tu dia yang selalu buat, kalau I yang tak pernah buat, harus menjerit meratap pilu kot. I tengok macam sakit je. Tak mau tak mau.

Even I tak nak laser, wax dan treading tapi I akan buat sekali wax or therading seminggu sebelum kahwin just nak make sure nanti make up ok je. So, I memang cari produk yang I akan guna selain teknik-teknik yang I sebut ni selepas kahwin pulak.

Then, I jumpe 1 produk ni nama Sally Hansen. I baca review orang buat dan almost 90% kata best dan recommended. Produk ni sebagai peluntur dan membuatkan unwanted hair ni invisible dalam masa 8 minit. 8 minit je uolls. Masa baca ni macam..eh, magicnya. Wajib cuba, wajib tau!

Tapi...masalahnya brand ni made in USA, so quite challenging nak mencari since Guardian dan Watsons tak ada..gigih lah I suruh tunang mencarinya. Tapi silap I bagi tau dia nama Sarah Hansen. Harus lah tak jumpa. Masa dekat Caring, ada tapi dia ni tak sure betul ke nama Sarah or Sally, terus cakap tak ada. Hahahampeh betul. Apa lagi yang I boleh buat selain google je lah. Nyaris nak beli kat Amazon ni tapi berkat kesabaran dan kegigihan, I jumpe satu website ni jual RM39+RM6 postage. Tak tunggu dah, terus click to chart dan bayar.

Tunggu 1 2 hari...tadaaaaa...dah sampai! Suke suke suke =D

Yang ditunggu-tunggu hikhik

Balik tu tak tunggu dah, terus salin baju. Tak sabar nak bleach misai muahaha..So, dalam paket tu ada mixing tray, spatula kecik, activator, cream bleach dan yang paling penting instruction. Ni memang penting since I tak tahu macam mana nak mix activator dan cream tu, berapa sukatan setiap satu kan. Jadi, ambiklah masa untuk baca instruction ni.
Source : Google


I lupa nak ambik gambar macam mana nak mix those things sebab excited tu melampau sangat. So kat bawah ni I tulis je lah.

How to use this cream bleach?
  1. Prepare mixing tray
  2. Sukat 1/4 mini spatula of applicator (since applicator ni macam serbuk, I just basuh sikit je spatula tu supaya nanti nak sukat cream tak tercampur)
  3. Sukat 1/2 mini spatula of cream bleach
  4. Mix all together
  5. Sapu dekat kawasan yang nak bleach
  6. Tunggu for 8 minutes or less (kalau nak unwanted hair tu lagi invisible, just re-apply, make sure jangan lebih dari 8 minutes sekali apply)
  7. Wipe with wet cloth and rinse
  8. ok..dah siap! hehe

 
Gigih perempuan misai ni bleach misai dia hahaha

Amacam misai iolls? Dah tak nampak kan? hehe

Kalau tanya pasal pros and cons, mesti lah ada.

Pros : Ye lah, bila dah buat dekat upper lip mesti lah anggota deria yang paling dekat adalah hidung. So, bau cream ni menusuk sikit tapi sikit je pun just ignore or pakai je nose plug. Pastu pandai-pandai lah korang bernafas ikut mulut haha...

Cons : Sangat berkesan..sangat sangat. At least kalau ada yang complaint cakap tak berkesan, pada I yang bermisai agak tebal ni berkesan sangat-sangat. I just buat 2 kali untuk dapatkan hasil macam dekat atas. Even sebelum balik keje I suruh kakak opis tengok misai I memang banyak, esok pergi keje dia pun cakap dah tak nampak.

Re-purchase? : Yesss...I will!!! Murah dan berkesan.

Siapa yang berminat nak beli...sila beli di SINI ye.

Thank you Sally Hansen, saya bukan perempuan misai lagi hahaha

Thanks for reading!=)

9 comments:

  1. sis...i want la...
    but xda dah pun kat page u bagi tu.

    ReplyDelete
  2. Maybe dh sold out kot..try amazon but do calculation when convert USD to MYR..sbb memang product of USA..tp ape2 pun cuba pg caring..guardion n watson mmg xde

    ReplyDelete
  3. Hey , Nak tnya, Bila buat benda tu kira dia buang bulu ke mcm mna ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tak buang cuma bulu jd invisible..mcm bleech bju..hlgkn warna je

      Delete
    2. After you bleach it, how long does it last??? Like does the bleach disappear and you have to bleach it again?

      Delete
  4. After 2-3 weeks..or else, treading je lah misai tu. tapi sakit lah ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thanks but as your opinion it is much better with the bleaching aite ?

      Delete
    2. Hehe thanks,but as your opinion kann, it is better to bleach and bila bleach dah hilang do it all over again lah ? Kan ?

      Delete
  5. Kalau bleech i tak tkt sgt kalau tetibe misai jadi tebal lagi or makin hitam tapi bleech ni ssh nk cr since website yg i beli pun dah xde jual

    ReplyDelete