Thursday 26 December 2013

Allah Pinjamkan Sekejap Rasa Itu - Part 1

Assalamualaikum. 

Harap semuanya sihat walafiat dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni. Masa tengah menaip ni, hujan lebat yang teramat. So berhati-hatilah ya.

3 minggu lepas, I pergi ke klinik untuk 2nd check up. Tapi bukan baby yang kami nampak, cuma ada kantung kosong je. Masa ni situasi macam terkejut pun ada, nak menangis pun ada, seram pun ada. Macam-macam perasaan masa doc scan dan dia cakap tak ada baby. 

Macam mana tak ada baby sedangkan masa I scan minggu ke 7, kantung sebesar 5 minggu which is masa tu memang kecik sangat kalau nak nampak jantung baby lah kan. So tunggu lah masa 2nd check up. Bila dah 11 weeks, kantung still growing sebab sebesar 9 weeks. Maknanya kantung tu still ok. Cumanya yang tak ada cuma baby.

Then kami refer pada Hospital Pantai Cheras. Jumpe doc O&G..still dia cakap tak ada baby. Masa tu memang dah redha pun ada. So dia cakap kalau nak cuci (D&C) masa tu tak boleh sebab I tak puasa. Kalau nak buat esok pagi je. Bila I tanya brp kos dan berapa lama it will take...lagi sekali terkejut. Kos untuk buat selamat 15 mnt, masuk wad 1 jam...cost me 2-3k..crazy!!!! Bukan ada hasil pun. Kalau bersalin ada hasil tak apa lah jugak. Bukan tak nak bayar tapi I rasa tak bersedia nak membelanjakan sebanyak tu untuk benda yang I rasa tak perlu lagi. So we refer to HUKM pulak.

Masa pergi tu memang tunggu lama lah jugak walau refer ke emergency kan. Tapi tak apa lah. Tunggu je lah. Sementara tunggu tu ada lah nurse yang panggil nak check tekanan darah lah, tanya soalan macam-macam lah. Dalam duk tanya tu, suddenly cakap I kena bayar deposit RM500. Masa tu blur sekejap. Kenapa kena bayar deposit, kenapa sampai RM500 kan..tapi sebab dah memang tak bawak cash, husband pulak masa tu pergi solat, I pulak hp dah habis bateri..so I cakap I tak ada cash, so I nak bayar guna kad kredit. Nak swipe pulak satu hal sebab kena pergi ke bangunan lain dan diorg tak benarkan I berjalan sebab I pesakit katanya. Ok lah fine...bayar masa semua dah selesai je. Ok dah lega kat situ.

Bila doc panggil untuk check, I pun baring lah. Dari pakai seluar..suh tukar ke kain pulak. Sebabnya dia pun 2 3 kali tanya I nak suh I sahkan betul-betul nampak kosong kantung tu. Dia pun start lah tanya macam-macam soalan. Tapi seriously, 2 minggu sebelum tu I angkat barang agak berat sebab ada bazaar tapi husband outstation, I tak ada bleesing dan tak ada sakit perut or any sign yang boleh menyebabkan miscarriage. Even I ada rasa macam orang mengandung jugak. Ada benda yang tak boleh nak telan, kadang ada rasa mengidam walau I tak ada morning sickness.

So doc bagi 3 options masa tu. Satu, tunggu selama 2 minggu tengok kantung tu turun sendiri ke tak tapi dia advise not to wait sebab kantung I kuat which is kalau tunggu pun rasanya tak turun. Kedua, induce..masuk pill macam orang nak bersalin tu. So kantung tu akan keluar naturally or akan dikeluarkan oleh doc kalau tak keluar jugak. Ketiga, buat D&C je tapi dia advise not to do this sebab kadang-kadang kalau doc salah cuci boleh tembus rahim atau kalau cuci dalam sangat pun tak bagus untuk kandungan lepas ni. So dia advise option ke-2 je.

Ok lah..fine option no 2. Katenya maybe I tak payah tido ward sebab akan ambil masa 3-4 jam untuk 1 pil je. Kalau tak sakit jugak..i will take longer lah. So lets try!

Dengan baju kerja (sebab hari isnin), dengan tak bawak apa-apa..dengan dua-dua blur, dengan dua-dua tak ada knowledge pasal miscarriage ni...masuk lah ward tukar baju segala bagai. Sampai-sampai dah diberi makan nasik dah huhu..

Bila sampai masa nak ambik ubat. Dalam hati I, doc ni kang ada yang duk berejam kat I sebab I jenis urat tak timbul, darah pekat dan susah jugak nak keluar. Jadinya, datang lah doc yang baru grad agaknya. Dia cucuk lengan kanan tak jadi, lengan kiri pulak..Pastu I cakap je lah..doc, I memang susah kalau nak ambik darah dengan celah lengan ni, kalau nak kene ambik tempat lain. Terus budak tu blur. Lari g panggil doc lain. Datang doc laki india..cucuk kiri kanan tak dapat, akhirnya cucuk dekat tangan. Tu pun lama jugak nak tunggu keluar. Sakit oi...seminggu lebam.

Ok..kul 5 petang. Masa untuk masuk ubat dah. Bila masa masuk bilik pemeriksaan, doc laki india tadi dan cina..waaaaaa...terus tanya, tak ada doc pompuan ke? I malu kot. Tapi malangnya masa ni tak ada doc perempuan yang bertugas. Inilah akibat pergi ke hospital kerajaan sebab kita tak boleh pilih doc yang kita nak. Tapi redha je lah masa ni.

Masa nak masuk ubat I kepit kangkang tu sebab malu gile. Malu gile-gile sebab mana pernah orang lain tengok, kan. Doc tu cakap lah kalau I kepit macam mana nak masuk ubat..hoho..terpaksalah kangkang je. adoiii..

Bila dah, tunggu lah dalam masa 3 jam tengok ada contraction ke tak. Masa tunggu ni kebetulan masa melawat petang. So, husband adalah datang. Masa ni pun doc tak cakap pun kene tahan kat wad. Husband pun datang berlenggang je lah. 

1 jam pertama boleh gelak-gelak lagi..masuk jam ke 2, dah seram sejuk sampai husband selimut pun menggigil. Masuk jam ke 3 husband dah kene balik. Masa ni lah pergi toilet membuang 2 kali, sakit pinggang, sejuk menggigil tak terkata. Masa ni lah pelajar pelatih datang tanya macam-macam. Sabor je lah. 

Masuk kali ke 3 g toilet, duduk je atas bed, terus rasa..eh terkencing ke? Bila bangun tengok kat pelapik yang diorang alas kat punggung tu, ada air dan darah sikit..masa ni memang memulas yang amat. Sampai I tertido penat tahan sakit pinggang yang amat. Masa ni dah kul 8 lebih.

Nurse panggil masuk bilik pemeriksaan. Masa ni syukurnya lah sebab doc pompuan. Walaupun cina still doc pompuan. Tak malu nak kangkang dah. 

Masa nak baring tu dah nampak speculum (macam mulut itik tu) kat tepi katil...ni sah nak bukak vagina. Masa ni berdebar kot. Ok..baring dan kangkang..skali masuk je speculum tu..ohoii..tak bestnye rasa..

Sakitnya lah bila doc nak tarik keluar kantung tu. Mana ada bius ke apa. Hidup-hidup macam tu lah. Masa ni lah rasa macam mana orang bersalin angkat punggung. I punye tu kira level rendah-rendah je sebab tak ada baby besar yang keluar. Tu pun dah..aduh doc sakit doc..Masa ni lah nak angkat punggung. Sekali nurse tu tekan tak bagi punggung terangkat. Sebab lagi terangkat punggung lagi dalam speculum tu masuk. Lagi lah terasa sakit. 

Masa dah selesai tu, I tengok lah kantung yang keluar tu. Menurut doc, ada 2 3 keping terkoyak masa nak tarik tapi bila scan semua dah tak ada. Masa tengok kantung bercampur darah tu rasa memang nak termuntah lah. Rupa macam tisu basah yang terendam dalam darah pekat. Yang tu diorang hantar ke makmal.

Doc tak bagi balik sebab takut ada bleeding. So duduk je lah dalam wad semalam. Masa ni antara penat dan sakit sikit lah bahagian vagina tu. Ye lah, bekas masuk ubat dan speculum kan. Tapi alhamdulillah semua dah selesai masa ni. Tukar baju yang dah kene air ketuban dan darah tu and ready untuk rehat dan tido.

Nanti I sambung kenapa lepas dah penat, I tak boleh tido. Rasa dah panjang sangat dah ni. Entry without gambar memang boring kan..hehe

Ok lah..nanti sambung next part..

tata.

Thanks for reading=)
 Signature_zps51b77f60

4 comments:

  1. Take care dan semoga cepat sembuh..Semoga tabah jugak..He always know better and the best planner..:)

    ReplyDelete
  2. Hope u tabah dear..lcik mah pernah alami..tp cik mah x d& c pun..cik mah tunggu je...

    ReplyDelete
  3. Nurul take care.akan ada rezeki lg lps ni insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Macam adik eka pregnant yg first. Lagila kantung tak normal, last2 baby dia turun terus. Cuma lepas je dua bulan, dia pregnant lagi. Alhamdulillah dah 37 weeks. Tgh tggu hari bersalin hehe

    ReplyDelete