Wednesday 9 April 2014

Aktiviti Bulan Februari 2014 - ATV Adventure Park, Kampung Kemensah

Assalamualaikum. 

Dah masuk April baru nak cerita aktiviti bulan Februari kan...cerita dah basi baru nak keluar, lantak lah..janji naj tulis jugak hehe.

Hari sebelum main ATV ni kitorang dah g sky trekking dulu. Back to back aktiviti..tu belum termasuk malam lepas sky trekking tu me and hubs ada kenduri kawan pulak. Kalau buffet blh lah blah awal or pergi lambat..ni serve, memang kena tunggu sampai habis lah. Boleh lah ambik gambar sekali.

Ok..berbalik pada ATV ni, kitorang ambik yang pakej RM150/pax (check SINI for rate and info). Boleh lah ride sampai air terjun Sofea Jane. Nama pun artis kan..katenye Sofea Jane pernah berlakon kat situ. Air terjun kecik je pun tapi boleh lah membasahkan badan.

Muka senyum lagi..baru sampai lah katakan..
 
 6 of us..yang ambik gambar ni pak cik i..duk belakang sekali..i kat depan sekali 

So sebelum start the journey..diorg bagi test kat circuit diorg dulu. Round situ-situ je pun. Just nak buat kita familiar dengan ATV tu, macam mana nak brek, macam mana nak corner semua kan..

Bila dah start tu...tengok jugak ke kanan..seriau jugak tengok gaung. Mula-mula start tu tak lah tinggi sangat, cuba bila dah kat atas sikit..dah lah jalan licin masa nak naik dan turun bukit. Ada pulak batang paip terjojol keluar dari tanah. Cuak juga muka iolls masa tu. 

Air terjun Sofea Jane

Masa duk atas ATV tu..tak ada makna nak ambik gambar bagai..cuak kot..time nak turun bukit ok lagi..time nak naik bukit tu i terbayangkan kang kalau terlaju sangat terbabas pulak..kalau tak laju takut menggelungsur turun hentam pulak orang belakang.
Tapi kalau nak best lagi, ambik yang RM200 ke atas..boleh pergi dam dan alur sungai, kalau tak silap lah. Walau apa pun, korang kene cuba ATV ni. Syok tapi jangan terlampau syok sangat sampai tak berhati-hati sebab adik ipar pergi, 2 orang kawan dia buat stunt..Sorang jatuh gaung siap dengan ATV sekali, nasib gaung tak tinggi sangat dan injured pergelangan kaki. Sorang lagi jatuh ATV sampai ATV nyaris hempap dia. Masa tu dia cerita, ATV tu terbang atas sikit dari kepala dia. Haa ko, macam dalam movie stunt habis kan..Takut pulak dengar cerita diorang ni. Alhamdulillah semuanya selamat..siap yang injured kat kaki tu, berpapah nak pergi test hari Isnin lepas tu.

Apa-apa pun, ia adalah satu pengalaman yang menarik. Dari berhabis duit kat shopping complex kan, baik berhabis duit ke aktiviti macam ni. Bila lagi nak try kan. Kang kalau macam iolls, nanti dah ada anak terbatas sikit aktiviti macam ni kan. Sementara masih berdua...kita enjoyyyyyy! =)

Thanks for reading=)

Love,
Nurul

0 comments:

Post a Comment