Friday 1 March 2013

Review #2 - Baju Nikah

Assalamualaikum.

Memandangkan OV (official videographer) adalah kawan iolls, so iolls paksa dia bagi raw pictures cepat-cepat sebab iolls nak buat review. Gitueww kekwat kan=p

So, lets review bebeh...

Untuk baju nikah, weolls decide nak buat warna off white. Just a simple one je. Yang groom pakai baju melayu, I pakai baju kurung moden. Yelah..kurung moden je lah sebab badan bukan ukuran model kan. Pasrah je lah.

Kain baju melayu beli dekat Jakarta. Nama kain tak dapat dikenal pasti sebab main beli je. Kain baju melayu sama dengan lining baju kurung moden I. Cerita lebih-lebih pasal mana tempah baju melayu ni, sila rujuk SINI.

Harga?. Below RM180 siap plated kat leher tu.

Berbaloi ke? Bagi I, jahitan kemas, siap on time, sangat berpuas hati. Highly recommended!=)

 him's 

Mine, kain baju kurung moden beli di Tanah Abang. Kedai mana dah lupa sebab owner kedai kekwat sikit. Kalau bukan disebabkan kain ni I dah berkenan gila, dah masuk kali ke-3 pergi kedai tu, tak ada maknanya I nak beli kat situ kan.

Tapi I puas hati sebab I tak perlu nak buat beading banyak-banyak sebab kain ni pun dah full. I just tambah pink pearls and sew-on diamonds warna pink jugak dekat lengan dan bawah baju untuk naikkan seri sikit.

 mine=)

 The details

Untuk veil + shawl, I buat sendiri tapi malangnya I tak ada gambar detail. Nanti ada masa I ambik. I D.I.Y sendiri.

Untul veil, I patched border lace yang dekat lebihan baju tu dan tambah pink diamonds. Just nak buatkan veil, shawl dan baju relate each other. 

Shawl pulak I buat bentuk half moon tapi kecik je. I patched lace dan letak pearls and diamonds jugak. So, baju + veil + shawl ada element pink-pink sikit. 

Mana I jahit baju?. Dengan jiran I kat Balakong tapi dah balik Indonesia for good.

Harga?. Dont ask me the exact price ye..nanti korang terganga mulut sebab terlampau murah haha. Baju nikah ni siap kene guna tukul untuk ketuk beads tu semua. So, bagi I sangat-sangat-sangat murah. 

Tapi apa yang I rasa tak best...I nampak gemuk!!! T__T

(dah memang ko gemuk kan)

Whatever..I okey je pun hahaha.

Us!=)


Bantal kat atas ni I D.I.Y. Kalau nak buat sendiri boleh rujuk cara-cara nak buat kat SINI. Kalau nak tengok gambar macam mana I letak bantal ni kat pelamin, sila lah rujuk SINI. Untuk dalam bilik pengantin pun ada bantal macam ni, nanti I review mana I letak bantal-bantal ni semua

Tunggu tau!

I nak buka untuk sewaan dan order nanti jugak=p


Thanks for reading=)
Signature_zps51b77f60

3 comments:

  1. cantik bj tu...tp harga bj lelaki mcm mahal je...tp okalah sbb siap on time kan..bukan senng sekarang ni nk siap on time...xpe pun nmpak gemuk sikit..jnji bahagia kan,...

    ReplyDelete
  2. Cik mah..tu sbb buat pleated.kalau kat din wahab mahal lagi..hehe..semangat sgt badan kan haha

    ReplyDelete